Thursday 30 April 2015

Resepi: Smooth Chopper

Tak sampai tengah hari dah hujan lagi. Tapi tak apalah.
Assalamualaikum, damai sejahtera kepada anda semua.

Hari ini, alkisahnya sampailah stok dari Sabah. Upline saya dari Stokis Tupperware Tawau, Sabah kirimkan stok set yang orang tak henti-henti orang bertanya. Freezermate Bersama 2 biji OT saiz 4.3L. Boleh lah malam ini saya packing dan poskan esok.
Tapi bukan pasal barang tu saya nak promote hari ini. Saya nak kongsi sikit resepi dari produk yang dijual pada bulan ini.
Ini dia Tupperware Smooth Chopper. Dalam entry sebelum ini saya dah buat sedikit review berkenaan Tupperware Smooth Chopper ni. Untuk entry kali ini, saya nak kongsi sikit resepi sarapan sihat. Senang je nak buat...
Untuk resepi ini saya guna Herbalife F1 Powder supaya khasiatnya lebih lagi...

Bahan-bahan: (4 Orang)
* 6 cawan hirisan strawberi beku.
* 1/2 cawan raspberi beku. (kalau tak ada boleh letak buat beri lain pun boleh. tapi strawberry saja dah memadai)
* 1 cawan yoghurt vanila rendah lemak.
* 4 scoop F1 Strawberry. (atau boleh guna 1/2 cawan gula kalau anda tak guna produk. F1 Vanilla juga boleh)

Cara-cara:
1) 4 Cawan strawberry beku letak dalam Tupperware Smooth Chopper atau kalau tak ada, blender pun boleh. (Tapi saya guna Tupperware Smooth Chopper sebab tak guna elektrik dan boleh kawal blend. Tak mahu hancur sangat buahnya.).
2) Campur sekali bahan-bahan lain. 'Blend'kan sampai jadi macam ice blended yang lembut dan gebu.
3) Letak adunan tadi dalam 4 gelas. Suku sahaja, lepas tu letaklah hirisan buat strawberry tadi. Nak campur buah lain, atau sos coklat pun boleh... Kacang hancur ke...boleh juga. Lepas tu, letak lagi adunan tu. Selang selikan.
4) Masuk peti kejap dalam 30 minit. Lepas tu boleh la hidang!

Selamat mencuba!
Yoshi~



Wednesday 29 April 2015

Soalan Lazim Berkenaan Tupperware Nano Nature Water Filter


Apakah langkah-langkah penyelenggaraan untuk sistem ini?
Anda hanya perlu menukar kartrij penapis setahun sekali atau setelah penapisan 5000 liter air, mengikut mana yang terdahulu. Untuk memperoleh manfaat optimum, anda disyorkan untuk menggantikan Blok Penambah Mineral setiap 6 bulan.

Di dalam pasaran, terdapat banyak sistem penapisan yang masingmasing memberi dakwaan yang berlainan. Apakah kelebihan Sistem Nano Nature?
Memang terdapat pelbagai sistem penapisan yang memberi dakwaan berbeza-beza, namun dakwaan tersebut harus disokong oleh bukti saintifik. Bagaimanapun, kebanyakannya tidak mempunyai data saintifik yang sah. Kebanyakan dakwaan bagi penapis tidak diuji dan diperakui. Tupperware Nano Nature Water Filtration System mendapat pengiktirafan sepenuhnya dari NSF dan WQA – bukan sahaja terhadap komponen tetapi juga terhadap dakwaan keberkesanan. Ini bermaksud, semua dakwaan kami adalah sah. Kebanyakan sistem penapisan di dalam pasaran hanya mendapat pengesahan terhadap komponen-komponen tertentu sahaja, BUKANNYA terhadap dakwaan keberkesanan produk.
Jika sistem ini hanya digunakan oleh seorang pengguna atau jarang dipakai di rumah, bolehkah ia berfungsi melebihi setahun tanpa penukaran penapis?
Meter pada unit ini akan mengingatkan anda supaya menukar penapis selepas 1 tahun walaupun kadar penggunaannya adalah rendah. Penapis ini tidak disyorkan untuk penggunaan melebihi tempohnya kerana ia telah diuji mampu menapis 5,000 liter air atau selama 1 tahun, bergantung
kepada mana yang terdahulu.
Sekiranya kita mendidihkan air tapisan, adakah kita masih memperoleh khasiat mineral yang terkandung dalam air tersebut?
Ya. Bila dididih, hanya air yang akan mengeluwap, manakala kandungan mineralnya tidak terjejas.
Bagaimanakah Sistem Nano Nature TW mampu menyingkirkan 158 jenis bahan cemar namun masih membenarkan pelbagai mineral penting mengalir melaluinya?
Ya, mineral penting ternyata boleh mengalir melaluinya. Sistem Nano Nature telah diuji dan terbukti tidak akan menyingkirkan bahan-bahan mineral dalam air.
Adakah penyelenggaraan berkala perlu dijalankan?
Unit ini serba lengkap dengan bilangan komponen yang sedikit. Sekiranya kartrij ditukar tepat pada masanya, seperti yang dinyatakan pada panel LED, maka penyelenggaraan yang lain tidak perlu dijalankan.

Berapa lamakah bateri mampu bertahan?
Bateri telah diuji dan terbukti mampu berfungsi sehingga tamatnya jangka hayat kartrij. Bagaimanapun, anda disyorkan untuk menukar bateri ketika penapis karbon ditukar bagi mengelakkan bateri daripada kehabisan tenaga sebelum tamatnya jangka hayat kartrij berikutnya.

Adakah jaminan diberi dan berapa lamakah tempoh jaminan?
Tempoh jaminan selama satu tahun diberi bermula dari tarikh pembelian dari Pusat Perniagaan Tupperware Brands.

Adakah komponen Sistem Nano Nature boleh didapati dengan mudah?
Ya, kebanyakan komponennya boleh didapati dengan mudah. Anda boleh berhubung dengan Pusat Perniagaan Tupperware Brands atau layari www.tupperwarebrands.com.my untuk mengetahui
ketersediaan produk.

Adakah ia bersesuaian dengan semua jenis kepala paip?
Ia boleh dipasang pada kebanyakan kepala paip biasa, melainkan muncung kepala paip berbentuk segi empat.

Tuesday 28 April 2015

Kelebihan Tupperware Rice Smart

Tong beras biasa tak mungkin harganya sampai RM308.00!

#tupperware Rice Smart bukan sahaja mampu menampung sehingga 10kg!
Tetapi juga bebas kimia dan terkawal dari serangan perosak.

Mahukan harga yang lebih jimat? whatsapp 0139733779



Monday 27 April 2015

Resepi Makaroni Cheese Bakar

Bahan-bahan: (untuk 4 orang)

200g elbow macaroni1/2 cawan Parmesan cheese – diparut

Untuk kuah putih:

1/4 cawan mentega/butter
2 cawan Cheddar Cheese – dicincang
3 cawan susu (full milk/fresh milk)
2 1/2 sudu besar tepung serbaguna
1/2 sudu kecil lada hitam
Garam sebagai perasa

Cara- cara menyediakan kuah putih:

Cairkan mentega di dalam kuali.Masukkan tepung gandum. Kacau. Masukkan susu dan kacau sehingga sebati.Masukkan cheese, gunakan api yang perlahan dan kacau sehingga cheese mencair kesemuanya.Masukkan lada hitam dan sedikit garam.

Cara memasak Mac and Cheese Bakar:

Masak makaroni mengikut langkah-langkah yang dinyatakan di luar peket. Kemudian, toskan dengan air sejuk untuk mengelakkan overcook.Sapukan mentega pada loyang yang ingin dibakar.Masukkan makaroni dan kuah. Gaul hingga rata.Letakkan Parmesan cheese di atasnya.Tuangkan kuah ke atasnya dan ratakan kesemuanya.Letakkan lagi Parmesan cheese di atasnya.Bakar di dalam oven pada suhu 175 degree C selama 30 minit.

Saturday 25 April 2015

Karnival Raudhah Di Hati Ku

 Bismillah~

Dah lebih 2 hari tak dapat update blog. Gara-gara talian putus sebab kerja-kerja baik pulih. Tapi, mujurlah waktu tu, sepanjang 24~25 April 2015 ada karnival ataupun bazar Raudhah TV9 di Amanjaya, Sg.Petani.
Boleh la saya luangkan masa shopping dan cuci mata. Hehehe...
ps: jangan tanya kenapa gambar atas tu jadi separuh.. hehehe... teeettt!

OK jom kita tengok apa yang saya sempat snap sepanjang program berlangsung.

Booth SELERA

Monday 20 April 2015

Segmen 12 Jam Bloglist #14 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 20 April 2015, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #14 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Nak Clear Stok

Damai sejahtera~

stok lama-lama dah tinggal sikit je lagi. So, hari ni nak clearkan sampai habis... harga murah2 je.
mohon whatsapp 0139733779 ya. ;)

Sunday 19 April 2015

Putik TanamanKu

Alhamdulillah!
Tanaman ku dah mula berputik. Akan ku jaganya sebaiknya. Puji Tuhan!!
Girang rasa setiap hari nak tengok mereka membesar.

" Aku mendengar Rasulullah S.A.W. membisikkan pada telinga ku ini, iaitu : " Barangsiapa menanam sebuah pohon dan kemudian dengan tekun memeliharanya dan menguruskannya hingga berbuah, maka sesungguhnya baginya pada setiapyang dimakan dari buahnya merupakan sedekah di sisi Allah." ( Hadis Riwayat Ahmad )

Sayur kangkung sayur sawi,
Ditanam sebelah batas jagung,
Makan yang sihat untuk diri,
Bersenam baik untuk tubuh dan jantung.


Yoshi~

Saturday 18 April 2015

9 Petua Ringkas Tangani GST

Apabila merenung kembali di saat saya kanak-kanak dahulu, dengan hanya wang 50 sen saya mampu membeli sebungkus nasi lemak beserta teh panas. Kini dengan jumlah yang sama, jika saya membeli sebungkus nasi lemak, mungkin saya hanya dapat bekas pembalutnya sahaja. Nampak sangat nilai matawang kita semakin lama semakin sikit nilainya. Perkara ini terjadi akibat daripada kenaikkan kos sara hidup tanpa henti setiap tahun.
Memang tidak dinafikan orang ramai akan menjadi marah dengan GST ini. Lagi-lagi jika kerajaan boros dan tidak uruskan kewangan dengan baik melalui cukai yang diterima dari rakyat jelatanya.

Friday 17 April 2015

Mega Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015





Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mega Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015 bermula pada jam 10.00 malam 16 April 2015 hingga 11.59 malam 30 April 2015. Menawarkan hadiah yang bernilai RM 425.00 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.
Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
2. Wajib Like Fanpage Sponsor
3. Follow Instagram Sponsor
DJH | SALINA | NURUL | MASZULL | JAJA |
SAYIDAH | QEELA | FARHANA | ADDA |
4. Tambah Google Plus Sponsor
+julia jamaludin +Mohamad Khairil
5. Buat entri bertajuk Mega Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015

6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.


Contoh Cara Nak Paste Coding Entri :



Kredit Untuk +Mia Liana


7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

Sekian Terima Kasih.


Thursday 16 April 2015

Berkebun Belakang Rumah

Penat semalam tak habis lagi.
Tapi...
Rasa teruja masih seperti api yang membara!
Kali ni, misi berbakti kepada tanah pula.

Pada 12hb baru-baru ini, kami ke Baling untuk jumpa ayahnya si Roni. Katanya ayahnya berkebun. Jadi apa lagi?
Kami bukan nak petik buah. Tapi nak serap ilmu pertanian.
Seronok tau! Bayangkan nanti nak masak untuk makan semua petik belakang rumah saja!
Lepas je breakfast mee goreng yang Alang masak, terus je kami ke Baling.
Perjalan hampir sejam juga. Tapi tak ada lah terasa sangat...
Teruja lah kan...

Wednesday 15 April 2015

Give Away Diana Rashid Nak Bagi Kucing!!??

"Nak bagi kucing!!???" Masa mula-mula baca status ni memang terperanjat gila! Serius nak bagi kucing?
Jadi, saya pun terus buka dianarashid.com
Sebeluim ni pernah sertai give away by dianarashid.com ni. Tapi tak pernah-pernah menang.
Kalau anda nak tau serius atau tidak give away ni nak bagi kucing, jom lah sertai sama-sama.

Give Away by Diana Rashid dan kawan-kawan.
klik gambar untuk sertai
Klik gambar untuk sertai
Senarai hadiah

Wang Tunai RM20 x 1 pemenang
kufi saiz A4 x 2 pemenang
Tudung x 2 pemenang
5 shishedo mask x 1 pemenang
topup RM10 x 1 pemenang
1 BB cream Seqy Beauty Natural Tone
dan 1 Cleanser Seqy Beauty X 1 Pemenang
Produk shaklee (chewable vita c)  x 1 pemenang
Hijab pins by mommylin x 1 pemenang

Giva away berlangsung dari 14 April hingga 28 April 2015

Program Amal Kedua Grup Riadah Amal PSP

Damai sejahtera semua~

Fuuhhh! Lepas je balik dari KK 5hb, esoknya 6hb dah rushing nak settlekan oreder customer.
Segala Puji kepada Tuhan semesta alam sebab tak lupa beri sedikit rezeki pada hambanya ni.
Jadi, sebagai hamba yang mencari redhanya, saya teruskan misi saya di Kedah ni dengan aktiviti seterusnya kumpulan kebajikan kami,

Kali ini kami melawat dan membersihkan rumah warga sakit mental yang letaknya tak jauh dari tempat saya tinggal iaitu di Taman Kemas, Sungai Petani, Kedah...

Tuesday 14 April 2015

Monday 13 April 2015

14 Rahsia Minda Jutawan

Cuba anda perhatikan kajian statistik yang dikeluarkan
oleh U.S. Department Of Health, Education & Welfare.
(Hampir sama dengan Malaysia)

Pada umur 65 tahun:

- 1 jadi jutawan

- 4 hidup senang

- 5 masih bekerja sebab terpaksa

- 54 hidup dengan bantuan keluarga & kebajikan

- 36 mati

Adus....

Tahukah anda apa yang menyebabkan hanya 1 daripada
100 orang yang benar-benar mampu mencapai kekayaan?

Ianya bergantung kepada MINDA seorang dan disini
saya jelaskan perbezaan antara minda orang kaya dan
orang susah:

Sunday 12 April 2015

7 Kelebihan Bekerja Dari Rumah

daftar ahli tupperware
Mungkin anda suka kerja anda.Mungkin bos dan bos mereka menyambut dan menghargai anda.Saya tidak anggap bahawa semua pekerjaan tidak baik, tetapi ...Saya pasti bahawa lebih ramai orang perlu membuat PILIHAN. Walaupun anda adalah salah satu daripada beberapa yang SAYANG kerja mereka dan bagaimana mereka dilayan, mengapa tidak membuat PILIHAN? Salah satu faedah besar perniagaan berasaskan rumah adalah anda boleh memulakan sambilan, membangunkan beberapa pendapatan dan sekarang anda lebih baik daripada kebanyakan orang-orang yang anda bekerja dengan mereka.

Saturday 11 April 2015

Bila Boleh Hidup Senang?

Saya terfikir, bilakah mula2 saya dapat hidup dengan lebih senang.

Di mana titik permulaannya?

Sebelumnya saya selalu gusar. Diarah-arah oleh orang lain (boss), dan bekerja macam orang gila sedangkan gaji setiap tahun taklah naik banyak mana.

Bila difikirkan balik, titik permulaan itu ada dua.

Pertama, masa saya mula sedar yang istilah "menunggu masa sesuai" itu sebenarnya tak wujud. 


Masa yang sesuai itu tidak pernah berkunjung tiba. Jadi sekarang, saya yang tentukan bila,  dan apa yang saya MAHU.

Kedua, apabila dahi saya bersujud di tengah malam memohon pertolongan yang Maha berkuasa. Sebelum ini sungguh sombong dan angkuh.

Sekadar peringatan diri, dan agar dapat dimanfaatkan pembaca.

Ikhlas,
Yoshi

Jika mahu ubah ekonomi anda, dan tidak mahu tunggu masa sesuai, lihat video ini sekarang

Friday 10 April 2015

Kelebihan Tupperware Smooth Chopper

Assalamualaikum,
haii....ada tak yang nak blender tanpa elektrik dan mudah dibawa kemana-mana? Smooth Chopper ni boleh guna untuk bancuh telur/bancuhan kek/lempeng dsb.

harga katalog RM160...
tapi kalau nak jimat,
untuk bulan April ni, dapat FREE 4 biji FM bersaiz 250ml

whatsapp 0139733779
Yoshi~

Thursday 9 April 2015

Bila Dilanda Kesempitan Wang

Sebenarnya banyak kisah kejayaan dari individu yang kesempitan dan kesusahan...

... tetapi dapat mencipta kejayaan.

Jadi jika anda berfikir yang anda tak mampu melakukannya...

samada kerana tak cukup modal, atau kerana tiada masa, adalah karut semata-mata.

Jika anda berfikir, dan duduk dalam keadaan tenang, anda boleh mencari jalan.
 

Kejayaan bukan datang sekali harung.

Ia datang setiap hari dalam bentuk kejayaan-kejayaan kecil.

Setiap masalah anda, mesti difikirkan dan diselesaikan langkah demi langkah.

InsyaAllah bila disusuli doa dan perbuatan, kejayaan yang dijanjikan boleh dicapai.

Ikhlas,
Yoshi

Thursday 2 April 2015

Barang Panas April 2015!!

Hot Item Tupperware April 2015
snack n games. RM40 each

lunch n go set RM55

Bread Keeper RM30

so fresh square round RM120

smooth chopper RM130

basic Freeze Up Set RM100
purple blossom bowls RM95

A: RM129 | B: RM170 | C: RM170

2014 April Tupperware Highlights

Katalog Tupperware April 2015

Katalog Tupperware Malaysia APRIL 2015
Katalog Tupperware Malaysia APRIL 2015
Katalog Tupperware Malaysia APRIL 2015