Saturday, 18 April 2015

9 Petua Ringkas Tangani GST

Apabila merenung kembali di saat saya kanak-kanak dahulu, dengan hanya wang 50 sen saya mampu membeli sebungkus nasi lemak beserta teh panas. Kini dengan jumlah yang sama, jika saya membeli sebungkus nasi lemak, mungkin saya hanya dapat bekas pembalutnya sahaja. Nampak sangat nilai matawang kita semakin lama semakin sikit nilainya. Perkara ini terjadi akibat daripada kenaikkan kos sara hidup tanpa henti setiap tahun.
Memang tidak dinafikan orang ramai akan menjadi marah dengan GST ini. Lagi-lagi jika kerajaan boros dan tidak uruskan kewangan dengan baik melalui cukai yang diterima dari rakyat jelatanya.


Saya amat peduli dengan keharmonian ekonomi keluarga orang ramai, terutamanya mereka yang tidak pernah didedahkan dengan ilmu-ilmu kekayaan dan kejayaan. Bagi mengurangkan kerunsingan, saya bercadang untuk berkongsi beberapa tip-tip peribadi yang berkesan ke atas diri saya dan saya berharap ia juga dapat memberi kesan positif terhadap sesiapa yang membacanya. 

Tip GST #1 : Akaun Kewangan Peribadi 
Periksa dahulu akaun kewangan peribadi anda. Cuba teliti perbelanjaan-perbelanjaan bulanan anda sebelum ini, kemudian bandingkannya dengan anggaran perbelanjaan yang bakal dikenakan GST. Adakah berlaku peningkatan kos? Bagaimana pula dengan pendapatan bulanan apatah lagi jika anda bergaji tetap, adakah ia masih mampu menampung peningkatan kos ini?
Jika tidak, mulalah anda memotong kos-kos yang tidak memberi manfaat diri seperti kos perbelanjaan hiburan. Sebelum anda sibuk menjaga kewangan negara, lebih baik anda sibuk uruskan kewangan keluarga terdahulu. 

Tip GST #2 : Jangan Bakar Duit
Ini isu yang paling sensitif, kalau cakap ni mesti confirm ada yang marah. Hentikan aktiviti-aktiviti bakar duit, dalam bahasa lain beli mercun, hiburan yang tak berfaedah, beli benda yang tak perlu dan paling ketara rokok, apatah lagi jika ia merosakkan kesihatan. Kos bagi merawat kesihatan bukanlah murah. Saya pernah terbaca satu papan tanda di Jakarta yang bertulis “Jika anda miskin, anda jangan jatuh sakit sebab kos merawat kesihatan itu tidak murah."
Anda faham ker tak faham apa yang diperkatakan oleh papan tanda itu? Tak kisahlah anda tuan kepada medical card takaful atau tidak, sebab bila dah sakit teruk nanti anda akan tetap tafakur walau ada takaful. 

Tip GST #3 : Buat Perbandingan
Jangan berbelanja membabi buta. Rajinkan sikit diri itu, pilih dan beli barang harga yang paling menjimatkan kos

Tip GST #4 : Memasak
Siapa yang rajin ke dapur sahaja faham bahawa makan di rumah lebih murah kosnya dari makan di kedai. Sepatutnya, makan di rumah lebih kos efektif dan sihat kecuali anda penggemar makan mee segera yang akan memutuskan urat perut serta gugurkan rambut. Alang-alang dah memasak, lebih baik jadikan ia bekal ke tempat kerja atau sekolah. TUPPERWARE kan ada. Kalau belum order boleh order kat sini... hehehe ;)

Tip GST #5 : Pengangkutan
Ingat tak lagi satu ketika dulu? TV ada mengeluarkan iklan “Jom berkongsi kereta." Pakat-pakat dengan rakan, kongsi kos petrol kereta. Kalau anda tidak mempunyai rakan, belajarlah pergi ke tempat kerja dengan menaiki pengangkutan awam. 

Tip GST #6 : Jangan Tambah Hutang
Sudah-sudahlah dengan perangai lagak berbarang baru seperti berhutang duit membeli kereta baru, handset baru, sekadar untuk ditayangkan orang sekeliling atau buat kad kredit untuk buat sale banyak... Jangan tambah hutang yang tidak mendatangkan hasil. 

Tip GST #7 : Tambah Ilmu Kewangan
Belajar membina kewangan. Bersedia untuk laburkan sedikit wang dalam pencarian ilmu yang boleh meningkatkan pendapatan bulanan anda. Anda boleh dapatkan ilmu ini menerusi bahan bacaan seperti buku, majalah, internet dan media sosial. Jika ada pulus lebih, cuba lapangkan masa untuk hadiri seminar-seminar dari mentor yang berjaya seperti seminar Dr.Azizan Osman. 

Tip GST #8 : Jom Berniaga
Bermulalah berniaga dengan modal yang rendah, nak lagi best belajar niaga tanpa modal. Berniaga itu mudah. Ramai downline saya berniaga secara online atau menjadi ejen dapat hasilkan pendapatan sekurang-kurangnya RM200 hingga RM500 sebulan.cukuplah buat duit poket...

Tip GST #9 : Tingkatkan Sedekah
Sedekah memilik kuasa dan impak yang besar terhadap kehidupan. Melaluinya, Allah SWT mampu datangkan anda rezeki tidak disangka melalui cara aturanNya yang cukup luarbiasa. Dengan bersedekah juga, Allah SWT akan lapangkan setiap rezeki kita. Lagi banyak anda bersedekah, Insya Allah lagi banyak anda akan menerimanya kemudian.

Ikhlas
Yoshi~

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih! ^_^