Personal Coaching

Tupperware Malaysia Online Pilihan No.1!!
INOVASI PRABAYAR TERKINI

PERCUMA Tanpa Syarat

<--SILA KLIK--><--SILA KLIK-->

Monday, 27 April 2015

Resepi Makaroni Cheese Bakar

Bahan-bahan: (untuk 4 orang)

200g elbow macaroni1/2 cawan Parmesan cheese – diparut

Untuk kuah putih:

1/4 cawan mentega/butter
2 cawan Cheddar Cheese – dicincang
3 cawan susu (full milk/fresh milk)
2 1/2 sudu besar tepung serbaguna
1/2 sudu kecil lada hitam
Garam sebagai perasa

Cara- cara menyediakan kuah putih:

Cairkan mentega di dalam kuali.Masukkan tepung gandum. Kacau. Masukkan susu dan kacau sehingga sebati.Masukkan cheese, gunakan api yang perlahan dan kacau sehingga cheese mencair kesemuanya.Masukkan lada hitam dan sedikit garam.

Cara memasak Mac and Cheese Bakar:

Masak makaroni mengikut langkah-langkah yang dinyatakan di luar peket. Kemudian, toskan dengan air sejuk untuk mengelakkan overcook.Sapukan mentega pada loyang yang ingin dibakar.Masukkan makaroni dan kuah. Gaul hingga rata.Letakkan Parmesan cheese di atasnya.Tuangkan kuah ke atasnya dan ratakan kesemuanya.Letakkan lagi Parmesan cheese di atasnya.Bakar di dalam oven pada suhu 175 degree C selama 30 minit.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih! ^_^