Thursday 30 April 2015

Resepi: Smooth Chopper

Tak sampai tengah hari dah hujan lagi. Tapi tak apalah.
Assalamualaikum, damai sejahtera kepada anda semua.

Hari ini, alkisahnya sampailah stok dari Sabah. Upline saya dari Stokis Tupperware Tawau, Sabah kirimkan stok set yang orang tak henti-henti orang bertanya. Freezermate Bersama 2 biji OT saiz 4.3L. Boleh lah malam ini saya packing dan poskan esok.
Tapi bukan pasal barang tu saya nak promote hari ini. Saya nak kongsi sikit resepi dari produk yang dijual pada bulan ini.
Ini dia Tupperware Smooth Chopper. Dalam entry sebelum ini saya dah buat sedikit review berkenaan Tupperware Smooth Chopper ni. Untuk entry kali ini, saya nak kongsi sikit resepi sarapan sihat. Senang je nak buat...
Untuk resepi ini saya guna Herbalife F1 Powder supaya khasiatnya lebih lagi...

Bahan-bahan: (4 Orang)
* 6 cawan hirisan strawberi beku.
* 1/2 cawan raspberi beku. (kalau tak ada boleh letak buat beri lain pun boleh. tapi strawberry saja dah memadai)
* 1 cawan yoghurt vanila rendah lemak.
* 4 scoop F1 Strawberry. (atau boleh guna 1/2 cawan gula kalau anda tak guna produk. F1 Vanilla juga boleh)

Cara-cara:
1) 4 Cawan strawberry beku letak dalam Tupperware Smooth Chopper atau kalau tak ada, blender pun boleh. (Tapi saya guna Tupperware Smooth Chopper sebab tak guna elektrik dan boleh kawal blend. Tak mahu hancur sangat buahnya.).
2) Campur sekali bahan-bahan lain. 'Blend'kan sampai jadi macam ice blended yang lembut dan gebu.
3) Letak adunan tadi dalam 4 gelas. Suku sahaja, lepas tu letaklah hirisan buat strawberry tadi. Nak campur buah lain, atau sos coklat pun boleh... Kacang hancur ke...boleh juga. Lepas tu, letak lagi adunan tu. Selang selikan.
4) Masuk peti kejap dalam 30 minit. Lepas tu boleh la hidang!

Selamat mencuba!
Yoshi~



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih! ^_^