Saturday 28 September 2013

Memasak di Stokis Tupperware

Hai, apa khabar?
Hari ini sungguh darah menyirap-nyirap. Macam2 dugaan. Nak giler rasa. Tapi saya malas nk cerita pasal masalah. Sebab sifu saya cakap ini semua cabaran ke arah kejayaan.
So, saya nak cerita yang best-best je. Dalam entry sebelum ni, saya ada cakap nak memasakkan? Haa... Inilah dia dapur kitorang. Adalah buat lucky draw juga. Tapi maaf, tak sempat nak snap banyak gambar.
Terima kasih saya ucapkan kepada Mia & Mandy sebab jemput kami ke acara kalian. Banyak sangat belajar ngan korang!
Ps: diorang ni malu skit nak bergambar...

Jom masak sambal hitam

Assalamualaikum,

Sebelum saya pergi memasak di Stokis Tupperware di Bukit Ubi, Kuantan hari ini...saya nak kongsikan my favourite sambal. Sambal hitam Penjom(nama daerah di Kuala lipis, Pahang)

Ada banyak versi sambal hitam, tapi formula asasnya senang aja.
ikan bilis,
belimbing hitam(belimbing buluh rebus sampai hitam)
cili padi, dan  bawang merah.
ada sesetengah orang suka letak kicap, garam dan gula sebagai perisa tambahan. tapi perahan limau nipis aja sudah cukup untuk saya.

OK, langkah-langkah nak masak sambal ni agak rumit. tapi cubalah anda tanyakan yang pakar. Sebab saya nak cerita bahagian yang saya buat aje. Biasanya saya dah beli siap2 belimbing hitam tu. so, balik rumah, goreng jelah...hehehe...


1. Tumbuk cili padi , 3 ulas bawang merah sampai hancur lumat. hiris nipis taw. Ikan bilis pun anda boleh tumbuk skali tapi jangan sampai hancur... Tumbuk belimbing buluh separa lumat.

2. Panaskan minyak. Tumiskan bawang yang dihiris sampai wangi.  Pastu campak bahan yang ditumbuk tadi sehingga nampak agak kering & garing (agak lama juga).  Tambahkan perahan limau nipis. Biarkan sambal kering sedikit (ala2 serunding gitu...).  Bila dah garing, padam api dan angkat sambal ke tepi kuali beberapa minit supaya minyak tos sebelum dihidang...

nak senang, guna aje Tupperchef Inspire. Takyah letak minyak. Hah! Lagi senang!
So, petang ni nak hidang kat ramai orang, guna segala produk Tupperware. Termasuk rempah ratus Asian Meals! Nak tau saya masak apa?
Tunggu!!!
Tak mau tunggu?
JOM jumpa saya! 0139733779 kita buat program masak2 kat tempat anda!

Monday 23 September 2013

Nak Bisnes Guna Blog?

Assalamualaikum,
Apa khabar semua netizens! :)
Baca saja tajuk entry ni, saya pansti anda mungkin individu yang tercari-cari kerja atau sumber pendapatan sampingan yang mudah kan?
Sebelum saya ceritakan lebih lanjut, saya nak bagi tau kenapa bisnes Tupperware ni mudah melalui blogging.



Inilah kelebihan BLOG

Blogging adalah satu media perhubungan yang begitu efisyen dan platform yang popular sebagai tempat berkongsi idea, pendapat dan untuk memberi bimbingan atau tutorial dalam pelbagai bidang.

Berkongsi pengetahuan dan pengurusan adalah kelebihan yang amat penting dalam blogging. Dalam pada itu,faedah lain yang boleh diperolehi daripada blogging ialah 'self-marketing', pembinaan komuniti, perkhidmatan pelanggan yang lebih baik, penulisan yang menarik, penubuhan sosial dan teknik komunikasi yang lebih baik. Di bawah ini saya senaraikan beberapa kelebihan utama:

1. Penghubung
Ia merupakan teknik yang efisyen dan kos-efektif untuk mengiklan maklumat dan kepakaran mengenai bisnes anda kerana ia merupakan penghubung dengan komuniti yang besar. Sangat membantu bagi bisnes kecil, bagi mereka yang tidak mampu untuk melabur dalam pemasaran produk atau servis.

2. Komunikasi Secara Terus
Terus kepada pelanggan atau pengunjung blog, di mana mereka bebas meluahkan idea, pertanyaan atau pengalaman berkenaan dengan sesuatu komoditi atau topik. Dengan cara ini, penerbit atau 'tuan punya blog' akan mendapat gambaran dari pelabgai cadangan,pendapat dan boleh membuat beberapa perubahan di dalam proses pengeluaran.

3. Masa Nyata (Real time)
Blogging membolehkan sesiapa sahaja berdebat atau berdiskusi secara 'on-the-spot'. Anda tidak perlu menunggu keesokan harinya untuk membaca keratan akhbar. Pihak pengiklanan boleh membuat perubahan dengan segera dan memberitahu kepada pembaca mengenai sebarang perubahan. 

4. Pendapat Yang Demokratik
Tidak ada halangan bagi sesiapa pun untuk membuat 'post', melainkan jika menyebabkan pembaca lain tersinggung. Melalui blog, anda akan mendapat pandangan yang berbeza dan mengelakkan idea yang berulang-ulang daripada respon yang diterima bagi sesuatu produk atau servis. Dengan ini juga, ia mengikut konsep demokrasi di dalam sumber informasi.

5. Search Engine Optimization (SEO)
Blogging menggunakan teknik SEO dan dengan cara ini dapat membantu meningkatkan kedudukan dalam enjin carian atau 'Search Engine'.Kos untuk servis SEO adalah di dalam anggaran antara $5000 ke $10,000 dolar. Servis ini sedikit sebanyak meningkatkan populariti sesebuah blog tersebut, dengan memaparkan hasil carian untuk 'keyword' yang spesifik apabila pengguna menaip di dalam kotak carian(search box). Oleh sebab itu,kebanyakan blog mempunyai 'keyword' yang berulang.Ini akan menyebabkan hasil enjin carian yang lebih positif dan meningkatkan keuntungan.

6. Penerbitan Yang Pantas
Usahawan sesuatu bisnes menggunakan teknik blogging ini untuk menyatakan atau meluahkan kepakaran, pandangan, dan pengetahuan dengan jelas kerana ianya merupakan alat atau 'tools' yang pantas dan mudah. Dalam pada itu, banyak syarikat yang menyediakan tips untuk blogging secara online untuk memulakan proses tersebut.Ia adalah mudah bagi pengunjung blog untuk melayari blog dan memberikan idea atau pertanyaan.

7. Penjimatan Kos
Blogging juga merupakan satu medium atau cara yang murah untuk membawa nama sesuatu syarikat menjadi perhatian ramai. Bisnes yang kecil menggunakan blog untuk menerangkan ciri-ciri produk yang hendak dipromosikan, menjual dan untuk melakukan perbandingan di antara sesuatu produk.Ini seterusnya dapat mengurangkan keseluruhan belanjawan dan memberi hasil yang lebih baik di mana ia menyediakan skop untuk para pembaca atau pengunjung blog memberi maklum balas.

8. Reputasi
Dengan perkhidmatan pelanggan yang baik dan produk yang berkualiti tinggi, blog mampu membina kepercayaan pelanggan dan konfiden kepada syarikat. Ia melambangkan atau menggambarkan kredibiliti pemilik blog tersebut sebagai seorang yang mahir dan menjaga reputasi syarikat, membolehkan pelanggan merasa selesa dan bebas untuk bergantung atau berharap.

Kesimpulannya blog ni FREE, traffik senang dapat terutamanya blogger sebab templete ada banyak, dan mudah dijumpai dalam Google. Tambah pula memang blogger ni bawah seliaan Google.
Saya memang tak sangka...blog saya akan menang(hek eleh, poyo! kekeke XP )
Actually, sebelum saya buat blog ini saya pernah mempunyai blog lain yang saya gunakan sebagai medium berkarya dan mencurahkan perasaan (peewwwiitt! serius yo! zaman kolej dulu...hehe)

This time, blog ni saya buat berinspirasikan sifu punya blog(seperti tertera dalam gambar)
Sememangnya saya mengidamkan Condimate ni sejak awal penglibatan dalam bisnes Tupperware lagi. Sememangnya usaha saya berbaloi.
BUT 
Yang lebih penting, hadiah yang tuhan anugerahkan adalah lebih menarik.
Sejurus pengumuman pemenang dibuat, bilangan pengunjung bertambah ramai DAN ramai yang nak jadi ahli atau buat bisnes melalui blog ni datang berbondong-bondong. Seharian jawab sms,whatsapp dan panggilan. 
 Ini adalah antara individu yang berjaya saya rekrut melalui blog. Hafiz adalah pembaca senyap(silent reader) blog saya. Beliau mendapat akses ke blog saya melalui post Twitter saya(Min_TeamPower)
 En.Mie merupakan pembekal selipar yang saya kenal agak lama, namun setelah lama terputus hubungan, kami ditakdirkan berjumpa kembali apabila isteri beliau membaca blog saya di rumah. Ia bagaikan takdir! (pernah dengar ayat ni? XD )





Rumahlah ofis saya, tempat saya melakukan perniagaan dan pengurusan.

Saya tak mampu memberikan jaminan kepada anda, tetapi saya cuma boleh memberitahu anda bahawa, jika anda konsisten dan fokus, apa saja DMO(daily method operation/ cara kerja harian) yang anda lakukan, pasti menjadi!

Saturday 21 September 2013

Botol Susu Bayi

Life Time Warranty
Puting boleh tukar kalau rosak.. FREE!




Apa kelebihan botol susu tupperware ini?

Tri-flow teat-puting 3 aliran
1-Gentle flow (Mengalir perlahan)
2-Medium flow (Mengalir sederhana)
3-Stong flow (Mengalir deras)
* Fungsi tri-flow ini membantu aliran susu berada di tekanan udara rendah, supaya dapat mengurangkan masalah sedu.
*Aliran susu boleh dilaras
*Nombor di'embossed'(ditekat) supaya boleh disentuh dalam gelap/malam.
*Puting susu tidak tumpah (spill-proof).
*nombor aliran berkedudukan di atas bila botol menghadap ke arah bayi.

Thursday 19 September 2013

Demam Party dan Special Gifts!

Assalamualaikum semua,
Terlebih dahulu tahniah saya nak ucapkan kepada rakan kelab VIP Team Power Kuantan En.Hazarul Hisham dan En.Syed Syikh bersama isteri Pn.Nabahaah yang berjaya melayakkan diri ke kelab 500!  Kegigihan mereka dalam menjayakan Misi Tupperware Jelajah Kuantan pada September 2013 harus dihargai. Belum sampai hujung bulan tetapi prestasi mereka sangat mengagumkan!

Mungkin anda tertanya-tanya macam bagaimana mereka boleh meraih hasil yang GEMPAK camni?
Senang je... PARTY Jom Tapau Weh!










Macam mana nak anjurkan Party Jom Tapau Weh! ni?
Senang je. Jemputlah 10 orang tetamu atau lebih ke rumah anda.
Kami akan sediakan  
1) hadiah keahlian, 
2) door gift, 
3) lucky draw 
4) serta barang-barang untuk demo 
 termasuk set memasak dengan menggunakan periuk dari Tupperchef Inspire dan Tupperchef Asian Meals Paste.
Maklumat lanjut jom hubungi saya Mukmin 013 973 3779

Sunday 15 September 2013

Like and Share Rally : 10 Pemenang di Cari!!

Like and Share Rally ini ditaja oleh Blog Jom Tapau Weh!. Blog Jom Tapau Weh merupakan blog koleksi peribadi serta jualan pelbagai produk-produk naungan Tupperware Brands Malaysia
Please like and share  
Syarat Penyertaan :
1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
2. Like Facebook Tupperware Kuantan
3. Follow blog Jom Tapau Weh! 
4. G+ Google (optional untuk pengguna Google+) : Google+
Cara Penyertaan :
Terdapat dua cara untuk menjadi peserta. 

Cara Pertama : Hanya Like and Share sahaja 
♥ Wajib like FB seperti tertera disyarat penyertaan diatas.
♥ Kemudian share salah satu album atau gambar produk (share to public) yang ditawarkan di Facebook Page Tupperware Kuantan di facebook masing-masing.
♥ Hantar link gambar/album yang dishare di kotak komen entry ini.

Cara Kedua : Post entry di blog anda 
♥ Wajib like FB, follow blog dan G+ seperti tertera disyarat penyertaan diatas.
♥ Letak tajuk : Like and Share Giveaway
♥ Letak banner dan description diatas dan backlink kan ke entry ini.
♥ Hantar entry anda di kotak komen entry ini.

* Sertakan nama FB, link gambar/album yang dishare serta entry blog di kotak komen entry ini.
* Kalau hantar dua cara penyertaan bermakna semasa proses pemilihan pemenang, nama korang akan naik dua kali. Dua-dua layak dapat lebih dari satu hadiah. Ada faham?? 

Senarai Hadiah :
Hadiah-hadiah yang ditawarkan ialah:
 
1st : Set Produk Tupperware bernilai RM50
2nd : Set Produk Tupperware Bernilai RM35 
3rd : KeyChain Tupperware x 8 pemenang

*Pemilihan pemenang berdasarkan perkongsian terbaik.
*Penambahan hadiah akan dimaklumkan jika ada.

*Tertakluk kepada terma dan syarat. (peserta yang tidak mengikut syarat automatiknya akan dikira sebagai tidak layak dan hadiah mungkin akan ditukar mengikut nilai yang ditawarkan, ditambah dan tak mungkin dikurangkan.) 

SENARAI PESERTA (akan dikemaskini)

Saturday 14 September 2013

Makan Gaji VS Makan Komisen

Assalamualaikum,
ni saya nak cerita sikit...
sikit je....
mula2 bacalah keratan akhbar ni dulu...





Ok, ape motif citer pasal menda ni?
Sebenarnya nak cerita, kerja makan gaji ni tak semestinya menjamin masa depan.
Anda tak akan capai kebebasan masa dan wang.
Hidup mungkin boleh mewah. Tapi setakat tu je.
Bila dah pencen tengoklah majoriti. Duit habis kat anak2. Pastu anak2 pula miskin.
Itupun kalau pangkat tinggilah. Kalau yang sedang2 tu rasanya macam, boleh idup jelah. Cuma hutang tu...hmmm...kira sendirilah. duit pencen pun abis buat bayar bil hospital.

Bukan nak kata kerja tu tak bagus. BAGUS!
Tapi ramai sangat yang lebih suka penjarakan diri. Cipta keterikatan dalam kehidupan sedangkan Allah jadikan kita ni khalifah. Sepatutnya kita yang tentukan masa kita, tentukan berapa banyak pendapatan kita.
Ini tidak, tengoklah kat pejabat, kilang atau di mana anda bekerja.
Kadang2 kerja sama banyak dengan rakan sekerja, tapi gaji lain2. Ada juga yang kerja lebih, tapi gaji sama yang kurang buat kerja. Mulalah dengki mendengki tak puas hati.
Ada lagi...
Nak dapat majikan yang baik, alhamdulillah.
Yang dapat dapat majikan ermmm...'kureng skit' tu paham2 jelah...
Asik2 kena marah. Kalau buat kerja baik pujian sikit pun tak dapat.
Nak dapat terima kasih pun susah...
Pastu mengeluhlah sana sini, komplen macam2...cipta suasana negatif di tempat kerja.
Ini gejala tidak sihat!

Masa kerja sebagai juruteknik kat sebuah kilang elektronik dulu, saya alami perkara2 macam ni. Banyak pahit manis.
Tapi semuanya mula berubah bila kita mula buat bisnes.
Part-Time je...
Makan komisen.
Tapi...
Biasalah...bila kita dapat duit skit mulalah dengar tiga perkara ni;
1) BELANJAlah sikit....
2) Komisen dah banyak...Bagilah FREE se, dua...
3) Alah, SEDEKAH sikit kat member2 ape salahnye...

Ni lah dia bahasa yang ORANG BIASA guna...
Kerja harap gaji bulan. Lepas seminggu buat muke sebek(mcm miskin gitu...)
Duit abis kat hutang, beli lauk, beli ubat, ASTRO!
Benda yang kurang penting pun dia belanjakan juga.
Kadang2 tak faham juga, yang berkhasiat tu tak nak pulak bagi kat anak2. Beli jajan tiap2 ari. Racun lah tu...adoyai...
Budaya ni memang tak baik..
Satu lagi, bila anak perform tak bagus tak kira pelajaran atau perangai. Boleh pulak cakap "budak ni memang malas sikit...bla3", "budak ni asyik tau nak main... je!" yg teruk lagi "apsal la budak ni jahat sangat!?"...Hello! Anak sendiri tu...!!
Perents camni memang nak kena cepuk!


Sesungguhnya orang-orang yang beriman serta orang-orang yang berhijrah dan berjihad(harta dan diri) di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (QS al-Baqarah [2]: 218).

Berubahlah!
Dalam ayat ni ada beberapa poin penting.
1) Beriman - Yakin: Kena yakin dengan sistem dan aturan yang Allah dah tetapkan. Kalau Allah cakap budak2 memang suka main, itulah fitrahnya. Kalau Allah cakap 9/10 rezeki tu datang dari perniagaan itulah fitrahnya. Janganlah duk baca qur'an tapi sepatah haram tak faham. Duk sibuk harapkan pahala dari taranum aje. RUGI! Pahala tu lebih besar jika kita lahirkan kata-kataNya.

2) Berhijrah - Tak semestinya berpindah tempat. Pemikiran sikap semua tu kena hijrah. Dan hijrah tu bukan sekali. Hijrah tu maksudnya sentiasa improve. Move on! Grow up better and better!

3) Jihad (Harta dan Diri) - Harta ialah komitmen anda. Ramai orang sanggup gi perang bersabung nyawa. Tapi bila bab komitmen harta. FAIL! Mahal sangatlah, Takut rugilah, Tak Cukup duitlah...
Funfair, gi shopping, tengok wayang, karaoke...BOLEH PULAK!

So ini yang saya nak offer kat anda!
5 sebab pilih team power photo kenapaperlupilihTP_zps1482dd9d.jpg
5 Paksi nilah yang menjadi kekuatan kami. Bermula dengan saya seorang di Kuantan kini, ahli Team Power di Kuantan dah mencecah LEBIH 50 orang!
Dan mereka berjaya menggandakan bisnes mereka dalam masa satu bulan saja!
Hebatkan?
Mereka bukanlah orang yang berduit. Berbekalkan motivasi yang kami capai secara talian dari seluruh Malaysia, kami berjaya capai kejayaan bersama-sama. Lihatlah buktinya!












Thursday 12 September 2013

Kacang Pool Makanan Orang Johor?

Assalamualaikum.
Ketika entry ini digarap, saya baru sahaja pulang mencari rezeki di Felda Keratong 1, Rompin, Pahang.
Syukur, tanpa sedar, hampir 100 orang pengunjung blog saya hari ini.
Entah siapa yang membaca, saya pun tak tahu.
Semoga pembaca sekalian mendapat manfaat dan inspirasi dari penulisan saya.
Saya harap saya dapat berkenalan dengan anda dan sudi berkongsi idea serta pendapat.
Jika tidak keberatan, klik pada 'join this site' di panel sebelah kanan; supaya saya boleh berkenalan dengan anda. ;)

Baiklah,
Coretan kali ini untuk santai2 sahaja ya...hehehe
Nak cerita sikit je..
Boleh tak?
(apelah, tanya plak boleh ke tak? baca jugak kan? hehe...)

Tadi, sambil2 ber FB ternampaklah post seorang member ni...dia cakap 'trend ofis aku terkini...kacang pol'
Seriously, ni first time saya dengar pasal kacang pol@pool ni...
So, saya pun surf la google dan jumpalah gambar2 dan macam2 artikel pasal kacang pol ni.
Rupanya kacang pol ni hidangan kuah kacang istimewa yang biasanya dimakan bersama roti bakar.
 First, nak cerita pasal Kacang Pool Haji ni. Setelah di'google', jumpalah lokasi restoran ni... iaitu di Larkin. Kedai ni nampak simple, tapi banyak review dari blog yang saya baca diorang semua suka kacang pol kat kedai ni.
So, jika anda berada di Larkin atau berdekatan, please...beritahu bila korang free, sebab saya nak korang bawa saya ke tempat ni! (hehehe...aci tak?)
Dail 0139733779 ok...whatsapp pun boleh

Second, ni haa...gambar yang menarik. Gambar ni di'copy' dari sebuah blog milik Ana Suzana.
Dan bestnya, dia ada tunjuk tutorial camne nak masak kacang pol ni! Best taww!! Klik pada gambar untuk visit.
http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/2012/11/resepi-kacang-pool-tutorial.html

Pasni nak try masak sendiri dan makan dalam Elegancia Bowl ni. Mesti jadilagi SODAAAPPP!
hehehe... btw, cantekk kan mangkuk ni? Limited Edition tau, sampai 30 Sept je...
Tupperware Elegancia Bowl

If nak harga murah? Join jadi ahli! ;)
Tupperware Team Power Membership

PS: Sebelum bertolak ke Rompin tadi, posmen hantar ni!

Tengoklah beza antara bulan pertama saya join dengan bulan kedua(kini)
Berbaloi betullah. Tak sangka dari orang yang hampir miskin tiba-tiba hidup balik. Terima kasih Team Power. Benar2 merubah hidup saya dan memberi harapan untuk saya bernafas semula.
Terima Kasih ALLAH!!

Tuesday 10 September 2013

Tupperware Brands Malaysia: Tupperchef Inspire

Assalamualaikum,
Apa khabar semua?
Harap kalian semua sentiasa sihat dan bersemangat.
Saya juga dapat banyak kata-kata semangat ketika menaip malam ini.
Perkongsian luar biasa sentiasa menguatkan jiwa saya. Duit yang sedikit bukan alasan untuk berjaya.

Baguskan? JOM jadi ahli dengan saya dan saya akan bongkarkan lagi rahsia kejayaan sifu saya. Dan sebagai anak murid yang dilatih, pastinya saya juga akan turunkan ilmu kejayaan ini.

Semua dah makan?
Haa...malam ni saya makan mee goreng je...
TAPI
Special tau sebab... ada tukang masak yang pro masakkan. Dah la dia pro, tambah plak product yang beliau guna pun PRO jugak!
Siapa sangka TupperChef Inspire ni salah satu dari product Tupperware Brands. Harus anda dapatkan!
Hebatnya TupperChef Inspire ni, kuali/periuk tak melekat, tahan panas, dan... tak merosakkan sayur-sayuran anda! Nutrisi terjamin dan barang2 ni ADA warranty!
Menarikkan?
Dail 013 973 3779 untuk saksikan demo depan mata!

Kanser Zakar

Assalamualaikum,

Sekadar berkongsi. Lepas ni bukan perempuan je boleh guna, lelaki pun boleh. Ntah-ntah ada lelaki yang guna heheheeeee..... 

Apakah simptom-simptomnya Kanser Buah Zakar?
  • Bengkak pada salah satu buah zakar. Biasanya bersaiz kacang pea tetapi kadangkala lebih besar.
  • Sebarang pembesaran atau pengecutan saiz buah zakar.
  • Berlaku perubahan yang tidak konsisten pada buah zakar, biasanya kekerasan.
  • Rasa buah zakar lebih berat.
  • Rasa sakit di bahagian bawah perut atau pangkal paha.
  • Cecair tiba-tiba berkumpul paca buah zakar.
  • Rasa tidak selesa pada testis atau skrotum (kantung buah zakar).
  • Pembesaran atau kelembutan pada bahagian dada.
Siapakah Yang Berisiko Mengidap Kancer Buah Zakar?
Lelaki muda yang berusia antara 15 hingga 35 tahun merupakan golongan yang paling berisiko tinggi.Tetapi serangan kanser buah zakar jenis ini jarang berlaku iaitu empat daripada 100,000 lelaki. Puncanya masih tidak diketahui namun statistik menunjukkan lelaki caucasian lebih cenderung diserang kanser buah zakar berbanding Latin, kulit hitam dan Asia.
Lelaki yang dilahirkan dengan buah zakar terbentuk di dalam bahagian bawah perut bukan skrotum (kantung buah zakar) lebih berisiko diserang kanser buah zakar. Keadaan ini tidak akan berubah melainkan secara pembedahan.
Lelaki yang mengalami lain-lain masalah buah zakar turut berdepan risiko yang lebih tinggi kanser jenis ini. Pencemaran didakwa turut menyumbang dalam serangan kanser buah zakar berdasarkan jumlah kes yang boleh dikaitkan dengan faktor tersebut sejak 30 tahun lalu. Namun hipotesis itu terus kekal menjadi hipotesis.

Apa yang harus anda lakukan ialah:
1. Mandi dengan air panas. Suhu yang agak panas akan merelakskan skrotum dan memudahkan anda merasainya.
2. Berdiri di depan cermin dan periksa jika terdapat bengkak.
3. Periksa setiap buah zakar cengan kedua-dua tangan. Pegang dengan menggunakan ibu jari can jari hantu dan perlahan-lahan gerakkannya.
4. Pastikan kedudukan epidermis, flub lembut di belakang buah zakar yang berfungsi menyalurkan sperma.Jangan tersilap menganggapnya sebagai benjolan. Benjolan sering terjadi paca bahagian depan dan tepi buah zakar.
5. Sekiranya anda menjumpai benjolan, teruslah berjumpa dengan pakar urologi. Kebanyakan benjolan bukan kanser tetapi hanya pakar yang mampu memastikannya.

Apa yang boleh anda lakukan?
Rawatan terbaik adalah dengan mencegah dengan mengesannya diperingkat awal. Dan berita baik mengenai kanser buah zakar adalah mangsa boleh disembuhkan.

Bagaimana Menangani Kanser Buah Zakar.
Walaupun kanser buah zakar jarang berlaku, mangsanya dipilih secara rawak. Kaum lelaki perlu melakukan pemeriksaan diri sendiri secara jujur, terutamanya jika tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi. Sememangnya kanser buah zakar boleh dirawat, namun ia bukanlah alasan untuk anda menjadi mangsa seterusnya.Ubah tabiat pemakanan, pilih makanan yang mengandungi anti oksidan yang tinggi...