Kanser Zakar

Assalamualaikum,

Sekadar berkongsi. Lepas ni bukan perempuan je boleh guna, lelaki pun boleh. Ntah-ntah ada lelaki yang guna heheheeeee..... 

Apakah simptom-simptomnya Kanser Buah Zakar?
  • Bengkak pada salah satu buah zakar. Biasanya bersaiz kacang pea tetapi kadangkala lebih besar.
  • Sebarang pembesaran atau pengecutan saiz buah zakar.
  • Berlaku perubahan yang tidak konsisten pada buah zakar, biasanya kekerasan.
  • Rasa buah zakar lebih berat.
  • Rasa sakit di bahagian bawah perut atau pangkal paha.
  • Cecair tiba-tiba berkumpul paca buah zakar.
  • Rasa tidak selesa pada testis atau skrotum (kantung buah zakar).
  • Pembesaran atau kelembutan pada bahagian dada.
Siapakah Yang Berisiko Mengidap Kancer Buah Zakar?
Lelaki muda yang berusia antara 15 hingga 35 tahun merupakan golongan yang paling berisiko tinggi.Tetapi serangan kanser buah zakar jenis ini jarang berlaku iaitu empat daripada 100,000 lelaki. Puncanya masih tidak diketahui namun statistik menunjukkan lelaki caucasian lebih cenderung diserang kanser buah zakar berbanding Latin, kulit hitam dan Asia.
Lelaki yang dilahirkan dengan buah zakar terbentuk di dalam bahagian bawah perut bukan skrotum (kantung buah zakar) lebih berisiko diserang kanser buah zakar. Keadaan ini tidak akan berubah melainkan secara pembedahan.
Lelaki yang mengalami lain-lain masalah buah zakar turut berdepan risiko yang lebih tinggi kanser jenis ini. Pencemaran didakwa turut menyumbang dalam serangan kanser buah zakar berdasarkan jumlah kes yang boleh dikaitkan dengan faktor tersebut sejak 30 tahun lalu. Namun hipotesis itu terus kekal menjadi hipotesis.

Apa yang harus anda lakukan ialah:
1. Mandi dengan air panas. Suhu yang agak panas akan merelakskan skrotum dan memudahkan anda merasainya.
2. Berdiri di depan cermin dan periksa jika terdapat bengkak.
3. Periksa setiap buah zakar cengan kedua-dua tangan. Pegang dengan menggunakan ibu jari can jari hantu dan perlahan-lahan gerakkannya.
4. Pastikan kedudukan epidermis, flub lembut di belakang buah zakar yang berfungsi menyalurkan sperma.Jangan tersilap menganggapnya sebagai benjolan. Benjolan sering terjadi paca bahagian depan dan tepi buah zakar.
5. Sekiranya anda menjumpai benjolan, teruslah berjumpa dengan pakar urologi. Kebanyakan benjolan bukan kanser tetapi hanya pakar yang mampu memastikannya.

Apa yang boleh anda lakukan?
Rawatan terbaik adalah dengan mencegah dengan mengesannya diperingkat awal. Dan berita baik mengenai kanser buah zakar adalah mangsa boleh disembuhkan.

Bagaimana Menangani Kanser Buah Zakar.
Walaupun kanser buah zakar jarang berlaku, mangsanya dipilih secara rawak. Kaum lelaki perlu melakukan pemeriksaan diri sendiri secara jujur, terutamanya jika tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi. Sememangnya kanser buah zakar boleh dirawat, namun ia bukanlah alasan untuk anda menjadi mangsa seterusnya.Ubah tabiat pemakanan, pilih makanan yang mengandungi anti oksidan yang tinggi...






Terima Kasih Sudi Lawat~. Powered by Blogger.

Search This Blog

Jom Jadi Peminat Tupperware Malaysia

Google+ Followers

Followers

Tupperware Sg. Petani TV: Jom Tapau Weh!

i-Radio LTFM