Wednesday 27 August 2014

Jubilee 2014

Damai sejahtera,
Atas nama Tuhan semesta alam yang maha pengasih lagi maha penyayang.

Syukur, majlis ilmu dan keraian yang dianjurkan Tupperware Brands Malaysia berjalan dengan lancar.
Sangat-sangat menghargai kesihatan yang diberi sepanjang majlis.
Pulangnya saya tidaklah tangan kosong. Pastinya habuan yang diterima cukup besar, selain dari hadiah yang saya dapat.
Terima kasih kepada sahabat Abdul Salam kerana sudi menumpangkan kereta bersama-sama ke lokasi dan terima kasih juga kepada sahabat abang Eddy sebab sudi tumpangkan rumah.
Puji kepada Tuhan kerana menjaga keselamatan kami sepanjang majlis dan memudahkan perjalanan kami. Sungguhpun hari pertama agak memenatkan dan membuat kami sedikit runsing mencari tempat bermalam, namun. Dengan pertolonganNya melalui kenalan, Pn.Nurul, dapat juga kami bermalam di hotel berdekatan.

Tuesday 19 August 2014

Resepi Kek Marble Cheese

 
Bahan-bahan ( saiz kek 23cm )
- 250 gram butter
-1 cawan serbuk koko
-3 biji telur
-1 setengah cawan gula kastor
-1 setengah cawan susu cair
-1 setengah cawan tepung gandum
-1 sudu kecil baking powder
-1 sudu kecil bicarbonate soda
-1 sudu kecil esen vanilla

Lapisan cheese:
-250 gram cream cheese
-1 cawan gula kastor
-1 biji telur

Cara-cara membuat:
1. Cairkan butter, masukkan serbuk koko setelah butter cair dan kacau.
2. Dalam mangkuk lain, pukul telur dan gula.
3. Masukkan adunan butter tadi perlahan-lahan dan kacau.
4. Tambahkan susu cair, tepung gandum, baking powder, bicarbonate soda dan esen vanilla satu persatu dan kacau.
5. Panaskan oven, gris loyang dan masuk adunan dalam loyang.
Tinggalkan 2 atau 3 sudu adunan dan masukkan dalam piping bag.
Bakar adunan dalam loyang selama 20 - 30 minit.
Untuk lapisan cheese:
1. Putar cream cheese hingga gebu, masukkan gula dan kemudian telur.
2. Keluarkan brownies yang siap dibakar tadi.
3. Masukkan adunan cheese di atasnya.
4. Pipe adunan brownies dan buat corak menggunakan lidi.
Mula2 buat belang2 pastu amik lidi n tarik dgn lidi belang2 tadi. nak buat bulat2 pun bole, tarik dari tengah ke tepi atau selang seli dari tepi ke tengah
5. Bakar semula selama 15 - 20 minit.
6. Hias kek mengikut citarasa. ..selamat mencuba

Berkongsi Ilmu Jalan Kejayaan

Damai sejahtera,
Atas nama Tuhan yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Hari ni saya bukan nak cerita pasal kejayaan saya. Saya cuma nk cerita macam mana nak gapai kejayaan sebagaimana orang lain yang dah berjaya.

Setakat hari ini, saya bersyukur saya boleh katakan diri saya ada kejayaannya.
Ramai yang tertanya-tanya bagaimana nak capai ke tahap ini?
Jawapannya.
BELAJAR

Tiada isu teknikal how to do this and that.
Sekecil-kecil usaha ialah berkongsi ilmu.

Blum cukup ilmu?
Ramai yang mengeluh atau bila ditanya jawapannya blum cukup ilmu atau takde tips atau kejayaan nk dikongsi.
Itu salah!
Perasan tak di fb/twitter ramai yg update status dengan makian, pujian, marah2 atau paling koman copy paste cerita orang lain.

It's Allright to Share
Kongsikan sahaja apa jua. cerita, gambar lucu, tips2, resepi. copy paste pun takpe asalkn semuanya positif.
Semua orang berjaya ada saja sesuatu yang menarik mereka kongsikan. sebab itu mereka mudah menarik perhatian orang lain. walaupun bersederhana!

Orang miskin tidak berkongsi
Apa yang ada pun tak cukup dan selalu tak cukup. sebab itu mereka miskin. sedangkn banyak perkara mereka boleh kongsikan cuma mereka tidak menghargainya kerana dah anggap ia adalah biasa.
contoh:
basuh baju guna tangan.
bagi dia mungkin itu perkara yang biasa. tapi, perkara itu boleh juga dikongsikan. teknik basuh baju misalnya, cara gosok/sental... bahan/sabun apa yg diguna.
Still, idea/ilmu menarik untuk dikongsi.

Jangan kedekut ilmu
sharing is caring. what you give, you get back.
Berkongsi adalah keprihatinan. Berkongsi ilmu ibarat mensedekahkan harta kerana ilmu itu sesuatu yang beharga.
Percayalah! Apa yang anda beri, pasti dibalas kembali.

Puji tuhan semesta alam.

Sunday 17 August 2014

Kelebihan TupperChef Inspire dan Asian Meal

Damai sejahtera,
Dengan nama Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Pada malam ini saya terbuka hati nak berkongsi cerita berkenaan alat memasak dari Tupperware Brands iaitu TupperChef Inspire.
Saat kemas-kemas barang ni, tetiba terfikir plak... "nak pindah jauh ke Kedah ni... kena la rajin masak sikit... Haa, Inspire tak bungkus lagi..."
Tentunya saya juga memasak dan menggunakan produk TupperChef termasuklah pek Asian Meal.

Biasa yang segera-segera ni tak berapa umph kan rasanya... tapi yang ni serius sedap!
Kalau balik kerja nak masak, tak payah tumis-tumis dah... campak-campak je...

6 pek pes Tupperchef Asian Meal
 
Ada 7 Kelebihan Tupperchef Asian Meal ni selain dapat consumable bonus sales.(hehehe)

1. Tiada MSG(Monosodium Glutamate) iaitu bahan asid amino yang biasa diguna sebagai perisa tambahan
2. Tiada pengawet. Cuma bahan asli tanpa kimia yang mengekalkan kesegaran produk
3. Tiada pewarna atau perisa tiruan
4. Tiada lemak tepu/trans fat.
5. Tiada 3-MPCD (3-monochloropropane-1,2-diol) melainkan bahan penaipaian semula jadi dari kicap.
6. Bukan GMO(Genitic Modified Organic) Hanya bahan mentah tulen yang tidak diubah genetik.
7. Bebas Gluten. Baik untuk sesiapa yang mengalami osteoperosis mahupun mana-mana ganguan immune.




Best kan??? SANGAT asli dan berkualiti. Dalam satu pek ni ada 2 bungkusan pes.
So, bahan dah ada... alat memasaknya? Tentulah Tupperchef Inspire...

Antara kelebihan TupperChef Inspire pula adalah...

- Boleh memasak tanpa menggunakan air
- Bahagian bawah adalah rata dan tahan karat magnetik membuatkan penyerapan panas lebih efektif
- Penutup kaca menjadikan kita mudah melihat bahan yang kita masak tanpa perlu membuka tutup.
- Pemegang mudah digenggam dan tetap kering selama kita memasak
- Permukaan badan yang berkilat dan mudah dicuci.


TupperChef Inspire memudahkan kerja memasak kita. Cepat, mudah dan mengurangkan penggunaan minyak dan api besar ketika memasak.

Bagaimana TupperChef Inspire berfungsi. ?

TupperChef Inspire dilengkapi dengan penutup kaca yang direka khusus diletakkan di atas dapur memasak, ia akan berfungsi mempertahankan kelembaban asli makanan ketika proses memasak. Ia juga diperbuat daripada bahan anti karat, anti kikisan serta boleh menyebarkan panas dengan rata dan cepat. 

Ketika wap panas naik ke atas, ia akan terkena penutup, lalu meluap dengan cepat, dan terus menitis kembali pada makanan untuk memasak sayur atau daging dengan tetap menjaga rasa, zat nutrisi dan aroma asli masakan. Rasa, aroma dan nutrisi pada masakan tidak berubah. 


memasak rendang TupperChef Asian Meal menggunakan TupperChef Wok


Korang tunggu pe lagi? Jom order 013973779

Puji Tuhan semesta alam.... amiin

Thursday 14 August 2014

3 Tips Hebat Untuk Menikmati SEKARANG

Damai sejahtera,

Adakah ia pernah berasa seperti hidup anda dengan cepat melewati anda oleh kerana anda sentiasa memikirkan tentang masa lalu atau bimbang tentang masa depan?

Sebenarnya, hanya masa ini anda mempunyai pasti, adalah masa 'ini, sekarang.

Untuk membantu anda melangkah ke SEKARANG ... hari ini saya ingin berkongsi 3 tips hebat untuk menyerap dan menikmati masa kini. Saya menggalakkan anda untuk melaksanakan sekurang-kurangnya 1 daripadanya minggu ini :)

Wednesday 13 August 2014

PENGUMUMAN: Pemenang Cabaran Minggu Pertama Ogos 2014

Terbaca sejarah saat gemilang, 
Laungan Merdeka!! ulang berkali, 
Harapan rakyat maruah terjulang, 
Senyum di muka, Gembira di hati.

Layar direntang sauh dinaikkan,
Anak kelasi merentas samudera,
Merdeka datang kita abadikan,
Rakyat Malaysia bersatu saudara.

Pohon empunya membisik kata,
Merisik hari tidak berawan,
Di sini lahirnya sebuah cinta,
Rantai jajahan kita leraikan.
 

 

Sunday 10 August 2014

Hari Lelongan

Damai sejahtera,
Segala puji bagi Tuhan semesta alam Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

9 Ogos 2014 Sabtu... semalam saya dan Eddy a.k.a Aidilputra dan Salam a.k.a Thabrani pergi stokis Tupperware mentakab untuk hari lelongan...
Ringkas je majlisnya.
Sblum tu, saya nak beritahu. Program lelongan ini dah lama dirancang... lebih sebulan. Dan ia berlaku di seluruh Malaysia di semua stokis pada hari yang sama.
Untuk program ni, kami tak pakai duit. Tapi pakai kupon khas, Tupper Dolar yang dikumpul hasil dari pembelian bulan lepas...


Tontonlah video kami....

Hadiah yang ditawarkan sangat-sangat menarik... lain kali bila ada buat lagi... mesti nak join!
Oh ya... syukur juga... untuk contest bulan lepas... saya telah memenangi pertandingan selfie #lovemyecobottle

inilah gambar bertuah tu...

Thursday 7 August 2014

Set Treasure Box Baru

Damai sejahtera,
Segala puji bagi Tuhan semesta alam Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Ingin dimaklumkan bahawa set Treasure Box yang baru telah pun dilancarkan.
Apa bezanya?
Eco Bottle 500ml lain warna, Set Modular Mates Starter yang baru dan Freezermate tambahan!


New Challenge!!
Terbuka untuk semua pelanggan kami. Di FACEBOOK sahaja!


Wednesday 6 August 2014

Promosi Hot item Ogos 2014

Damai Sejahtera,
Dengan nama Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Sebelum saya terus ke promosi Hot item Tupperware Malaysia Ogos 2014,
saya kongsikan dulu ilmu berkenaan investment a.k.a pelaburan...

Ramai orang cakap beli rumah ni untung jangka masa lama.
Itu pendapat dia...
Pada pendapat saya: - berapa nilai kenaikan rumah berbanding kadar inflasi kita?
 
Harga rumah yang naik atau currency kita yang jatuh sebenarnya? 
Harga rumah kekal naik suatu hari nanti ada house bubble yang akan dropkan harga rumah? 
Bagaimana jika semua rumah mahal and orang dah tak mampu bayar?
Harga rumah kini mahal disebabkan kita yang berkejaran nak beli rumah tambahan pula pujuk rayu bank yang sedia memberikan pinjaman supaya pemaju boleh letak harga sesuka hati.

Ingat, kini kebanyakan org beli rumah ikut kepada pinjaman. Belum tentu mereka boleh bayar habis untuk 30-40 tahun sebab currency kita makin teruk and taraf hidup kita makin tinggi. 
Suatu hari nanti belambak orang tak mampu nak bayar rumah dan bank akan lelong berlambak rumah dengan harga masyarakat mampu. 

Masa itulah yang korang semua boleh beli rumah tanpa hutang piutang. Orang yang beli rumah kini and tak mampu bayar akan berada dalam hutang and orang yang tak beli rumah kini mungkin dalam kebebasan. 
Dont waste your money now bayar rumah mahal mahal dengan loan. 
Gunakan duit yang ada tu sikit untuk sewa rumah and start investment atau business. 

ANDA perlu belajar asas wang maka anda akan melihat dengan jelas bagaimana semua ini...Jangan percaya pada media atau kerajaan dan lain-lain, mereka tidak mengambil berat tentang kita. Hanya percaya pada diri sendiri bahawa anda boleh melakukannya!