Wednesday, 27 August 2014

Jubilee 2014

Damai sejahtera,
Atas nama Tuhan semesta alam yang maha pengasih lagi maha penyayang.

Syukur, majlis ilmu dan keraian yang dianjurkan Tupperware Brands Malaysia berjalan dengan lancar.
Sangat-sangat menghargai kesihatan yang diberi sepanjang majlis.
Pulangnya saya tidaklah tangan kosong. Pastinya habuan yang diterima cukup besar, selain dari hadiah yang saya dapat.
Terima kasih kepada sahabat Abdul Salam kerana sudi menumpangkan kereta bersama-sama ke lokasi dan terima kasih juga kepada sahabat abang Eddy sebab sudi tumpangkan rumah.
Puji kepada Tuhan kerana menjaga keselamatan kami sepanjang majlis dan memudahkan perjalanan kami. Sungguhpun hari pertama agak memenatkan dan membuat kami sedikit runsing mencari tempat bermalam, namun. Dengan pertolonganNya melalui kenalan, Pn.Nurul, dapat juga kami bermalam di hotel berdekatan.



Permulaan hari alhamdulillah cukup mudah. Bertolak dari Kuantan ke KL tanpa sebarang halangan.
Pagi esoknya dari rumah Eddy ke Sunway makan masa hampir dua puluh minit. Syukur, jalan tak jem. Sampai je terus daftar dan masuk dewan.
Seat dah disediakan syukur tak perlu berebut. Tapi sejujurnya saya lebih suka mingle-mingle dengan orang dari team lain. Barulah tak nampak berpuak-puak sangat kan...


Acara dimulakan dengan ucapan dan kata-kata motivasi dari Managing Director Mrs. Ying.
Kemudia disusuli dengan adegan ala-ala rancangan Nona/Jejak Kasih yang penuh dengan tangisan ditangani oleh Pn. Ella. Kemudian, kami menikmati makan tengahari yang dibekalkan dalam tupperware sebelum rancangan seterusnya dikendali oleh satu-satunya lelaki senior dalam syarikat iaitu Mr Bok Chew
Sarapan dan Makan tengah hari disediakan
Selesai acara pendidikan hari pertama. Kemudia disusuli dengan Gala Dinner yang menempatkan qualifiers terpilih.
alang-alang dah terpilih biar pakaian pun sakan...hehehe!
Yang pakai topeng tu..YA, SAYA! Hehehe, syukur terpilih ke gala dinner. Tapi nak sumbat makan kenalah buka topenkan. Paling best, ada Faizal Tahir!!


Dan tak lupa bergambar dengan upline dan orang-orang yang berjaya. Sebab malam tu juga kami menyaksikan Rainbow Awards yang terakhir. Sebelum ia bertukar nama dan tahap kelayakan untuk tahun depan.


Congrates to Mdm Chng Lay Ping dan Mr Eric Tan
Teruja sangat melihat Mr.Eric Tan dan Mdm Chng Lay Ping dapat menang banyak anugerah. Beliau banyak bantu saya dalam kejayaan dan tak jemu-jemu follow up. Terima kasih madam. You deserved it!
PS: Suka tengok anak beliau, Ian Tan sorak dengan kami ramai-ramai. Very friendly family...



Hari esoknye...
lagi-lagi awards! YESSS!!! best tau dapat pegang trofi...


Acara ditutup dengan pelancaran produk baru, pengenalan sistem bonus baru dan grand lucky draw.
Bertuah betul pemenang hadia bukan calang-calang. Tupperchef Inspire Full-Set, Beg tangan Coach, Jam tangan Tissot dan perutian bernilai RM15,000.00!!!!

Acara ini cukup bermakna bagi saya. Ia adalah seperti yang saya harapkan. Video akan saya upload setelah selesai mengumpul semua gambar dan video yang dirakam dari lensa kamera rakan2. InsyaAllah...

Sementara itu, silakan membelek album facebook saya ya... :)


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih! ^_^