Wednesday, 6 August 2014

Promosi Hot item Ogos 2014

Damai Sejahtera,
Dengan nama Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Sebelum saya terus ke promosi Hot item Tupperware Malaysia Ogos 2014,
saya kongsikan dulu ilmu berkenaan investment a.k.a pelaburan...

Ramai orang cakap beli rumah ni untung jangka masa lama.
Itu pendapat dia...
Pada pendapat saya: - berapa nilai kenaikan rumah berbanding kadar inflasi kita?
 
Harga rumah yang naik atau currency kita yang jatuh sebenarnya? 
Harga rumah kekal naik suatu hari nanti ada house bubble yang akan dropkan harga rumah? 
Bagaimana jika semua rumah mahal and orang dah tak mampu bayar?
Harga rumah kini mahal disebabkan kita yang berkejaran nak beli rumah tambahan pula pujuk rayu bank yang sedia memberikan pinjaman supaya pemaju boleh letak harga sesuka hati.

Ingat, kini kebanyakan org beli rumah ikut kepada pinjaman. Belum tentu mereka boleh bayar habis untuk 30-40 tahun sebab currency kita makin teruk and taraf hidup kita makin tinggi. 
Suatu hari nanti belambak orang tak mampu nak bayar rumah dan bank akan lelong berlambak rumah dengan harga masyarakat mampu. 

Masa itulah yang korang semua boleh beli rumah tanpa hutang piutang. Orang yang beli rumah kini and tak mampu bayar akan berada dalam hutang and orang yang tak beli rumah kini mungkin dalam kebebasan. 
Dont waste your money now bayar rumah mahal mahal dengan loan. 
Gunakan duit yang ada tu sikit untuk sewa rumah and start investment atau business. 

ANDA perlu belajar asas wang maka anda akan melihat dengan jelas bagaimana semua ini...Jangan percaya pada media atau kerajaan dan lain-lain, mereka tidak mengambil berat tentang kita. Hanya percaya pada diri sendiri bahawa anda boleh melakukannya!
 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih! ^_^