Wednesday 30 October 2013

Matlamat 1 Minit

"Banyak atau sedikitnya rezeki bukanlah bergantung kepada jenis pekerjaan, tetapi bagaimana kita bersikap terhadap pekerjaan tersebut. Kata kuncinya KESUNGGUHAN."
Ini merupakan kata2 inspirasi yang cukup bermakna buat saya. Kisah kegigihan beliau menjadi inspirasi yang cukup besar buat saya.
Sungguhpun di awal perkenalan beliau dihantu perasaan takut dan malu, tetapi didikan dan motivasi dari pasukan Tupperware Team Power dengan jayanya merubah kehidupan beliau. Percayalah sesiapa saja, walaupun orang jalanan yang daif mampu berubah bila mereka ada KEINGINAN yang TINGGI!
Ini antara tips berkenaan matlamat yang saya nak kongsikan.
#1 Setuju dengan matlamat anda.
#2 Perhatikan bagaimana rupa sikap yang baik.
#3 Tulis matlamat anda pada sehelai kertas dan kenapa (kurang dari 250 patah perkataan)
#4 Baca dan baca semula setiap yang anda tulis. Pastikan semuanya dapat dibaca dalam tempoh 1 minit.
#5 Pantau perkembangan hidup anda dalam seminit sekali sekala.
#6 Nilaikan sama ada sikap anda sesuai atau tidak dengan matlamat yang sudah anda putuskan.

Selamat mencuba! ;)
Tupperware Vision Board



Tuesday 29 October 2013

Action Plan

 ni entry setelah pulang dari Tupperware Brands Malaysia Star Boot Camp Oct 2013
Pelan tindakan sangat penting! Ramai orang pulang dari acara dengan gembiranya. Tapi mereka gagal memenuhi hasrat mereka kerana gagal merancang tindakan seterusnya.





Sharing for the inspirations & believe that we are in best oppurtunity, the right time, the right industry..
Its a global phenomenol.. live a healthy active lifestyle. Look good, feel good.
Be your own boss, earn what you're worth..live the life of your dream


'Bina lebar dan Bina dalam' untuk kebebasan masa dan bina tembok kewangan yang kukuh sehingga ke anak cucu anda! Hanya dengan melakukan kerja asas setiap hari dan disiplin mendidik orang yang layak untuk lakukan kerja asas yang sama.

Tupperware Star Boot Camp 2013 Penang


Location : Bayview Hotel, Penang
Date : 24-26 Oct 2013


Assalamualaikum,
First...before nak tengok gamabar2 ni, saya nak bagi tau...
korang kena tengok gambar ni dari bawah ke atas. Maaf ye...GOMEN-NASAI!!!

Thursday 24 October 2013

JOM Shopping Weh Di Stokis Tupperware

Assalamualaikum,
Apa khabar kalian semua?
Semoga kalian semua happy dengan segala yang anda lakukan dan terima dengan terbuka segala pemberianNya.
Hari ni saya nak berkongsi sedikit tips yang saya belajar hasil pengalaman saya yang masih baru macam baby baru lahir ni...
Bukanlah yang terbaik, tapi boleh la untuk anda gunakan dalam bisnes anda nanti...

Ada juga beberapa orang yang saya tengok, walk-in kat stokis...terus nak beli Tupperware.
Tiba-tiba je kan?
Apa yang akan terjadi kat orang camni?
Tak boleh ke beli terus kat stokis?
Tak boleh...sepatutnya kena daftar dulu abang, akak... sebab stokis ni macam distributor office.
Hanya yang berdaftar je boleh masuk.
Akibatnya, orang camni biasanya tak dapat nak kenal siapa upline dia...kesian. Lepas tu tak dapat latihan dan ilmu yang secukupnya....

Tanpa buang masa, saya nak cerita terus CARA YANG BETUL nak beli kat stokis Tupperware.

PART #1 Mendaftarkan ahli baru
 Bila nak daftarkan atau jadi ahli tupperware pastikan semua butiran asas lengkap dalam borang.
*Nama penuh,
*Nombor Kad Pengenalan,
*Alamat Surat-menyurat
Dan pastikan ada salinan kad pengenalan
Klik sini untuk cara daftar ahli...
Pastikan ruangan recruiters name ada nama dan no.keahlian anda atau sesiapa yang anda pilih...
Lepas semak betul-betul...make sure sebelum anda ke kaunter. Yuran keahlian tu ADA... RM70
Kalau pilih untuk daftar dengan Treasure Box, make sure ada RM280
Jangan ditanya pula "Yuran keahlian tak perlu bayar ke?" TAK, sebab RM280 tu termasuk keahlian.
Lepas daftar dia akan beri kitbag dan lekatkan sticker pada borang daftar dan kitbag.
Juga anda akan diberi salinan warnanya kuning...
Pastikan tiga perkara ini anda dapat, salinan pendaftaran, kitbag dan stiker pada kitbag
Simpanlah salinan tersebut sebagai rujukan masa akan datang.
Dan INGAT Nombor Keahlian anda No.ID (cth : 713***)
PS: Anda TAK BOLEH beli Treasure box berasingan kerana ia hanya boleh dibeli sekali, iaitu BERSAMA pendaftaran ahli baru SAHAJA.





PART #2 Dapatkan Katalog dan Leaflet
Sekeping RM1
Lebih 10 keping, RM0.60 sekeping
Beli 200 Keping = RM200 + boleh beli Level 1 + Level 2 dengan harga RM30!
kenapa nak beli 200 keping? Sebab boleh la anda kongsi dengan downline2 anda atau berikan kat ramai orang~ :) saya pun biasanya bage jer kat downline2 yang baru daftar...
Lazimnya, leaflet disertakan dengan katalog. Jika dijual berasingan biasanya harganya cuma RM0.10

PART #3 Beli Produk
Bila dah ada No. ID dan Katalog, senang la nak shopping. Bajet2 harga...
So, cara nak order...
a) ambil borang order / kertas kosong,
b) tuliskan no.ID anda atau pembeli berdaftar tu, downline ke... Eh, apsal nak kena beli atas nama downline plak? Tengok SINI sebab apa .
c) pilih barang anda, tuliskan Nombor Kod Produk, Nama Produk dan Kuantiti
d) minta kaunter semak order anda.
*PENTING!* Anda mungkin mendaftar di pertengahan bulan atau lebih dari hari ke3 bulan tersebut, jadi kebarangkalian stok tersebut habis atau tiada SANGAT TINGGI. (Itu sebabnya lebih baik mendaftar awal!) Nak tunggu re-stock, jangan haraplah sesiapa nak panggil anda! Sebab semuanya nak rembat cepat2. So, CEPAT-cepatlah CALL 013 973 3779 untuk mendaftar!
*PESANAN MANJA* kalau anda atau ada ahli baru daftar, WAJIB buat pembelian sekurang2nya RM150(harga katalog) pada bulan yang sama anda daftar...nanti tak layak bergelar ahli aktif.
Downline Qualify, Anda Satisfy ;)
e) buat pembelian di kaunter dengan cakap elok2 pada sesiapa yang berada di dalam kaunter tu. Tak perlulah nak berborak sangat, tanya khabar sikit2 cukuplah. Dia pun sibuk nak layan pelanggan lain.
* Kalau banyak barang yang diminta tak ada cepat-cepatlah pilih barang lain. Inilah pentingnya DAFTAR awal jadi ahli. apa tunggu lagi? whatsapp cepat2 013 973 3779
*Periksa invoice anda. Pastikan ada tanda PAID pada invoice anda.
Nampak tak PAID pada hujung atas sebelah kanan tu?
PART #4 Periksa Barang-barang Anda
Selepas ambil barang di kaunter, periksa barang anda. Pastikan tidak rosak, cukup sifatnya...dan anda diberi salinan invoice(warna putih)
PAID! Pembelian anda SAH masuk sistem!
PERINGATAN: 
*JANGAN marah pula orang distokis tu kalau barang yang anda hendak tiada, kita tak tahu kondisi dia camne. Layan saja mereka elok2. Bukan salah dia stok habis atau lambat sampai kat tempat dia...
*LAYAN saja semua yang di stokis tu dengan elok2. Masuk kat tempat orang kenalah beri salam, tegur2 sikit dan yang penting SENTIASA SENYUM! :)

Pembeli Puas Hati, Stokis Sayang Lagi





Sunday 20 October 2013

Trick Mendapatkan Pelayar Blog SEGERA

Assalamualaikum,

Malam ini saya nak ajarkan satu teknik untuk menarik ramai orang untuk mengunjung blog kita.
Kenapa perlu ramai pengunjung?
Sebab pengunjung adalah prospek.
Dan pengunjung penting untuk menambah aliran traffik blog kita supaya blog kita mudah dijumpai dalam enjin carian.

So, apa teknik nya?
Biasanya, jika anda post link kat facebook atau mana2 media sosial,
Orang yang baca tu blum tentu nak kunjung. Terutama yang skeptikal.
Antara tanggapan popular pembaca...(yang saya sendiri pernah alami)
1) Jual produk laa ni...
2) Nak ajak bisnes la ni...
3) Website bisnes lagi...
4) Tengok alamat pon dah tau...

Betul tak?
Tambah2 pula kalau post kat FB. Automatic akan keluar preview...
Nampak sangat cam nak ajak join bisnes tapawe kan? hehehe...
Abis tu nak cover camne?
Tengok camni haaa....

bila kita bagi link macam tu, tulis la ayat ape pon, orang mesti rasa nak tengok...sebab diorang takde klu ke mana link tu bawa...
PERINGATAN: jangan pula trick orang, nanti serik pula mereka...
Sebab itu pentingnya, dalam blog anda harusss ada pengisian selain jual produk semata-mata.

OH!
camne nak dapat link tu?
SENANG jerrr...
ada dua laman yang biasa saya guna.
1) bit.ly
2) goo.gl

Caranya,
#1 Copy url(alamat blog/website) anda, atau mana2 lokasi yang anda nak orang layari.
#2 Buka goo.gl dan paste url yang anda copy tadi
#3 Klik pada 'shorten url' dan...
#4 Wal-Lah! Anda dah pun ada url pendek!
#5 Terus copy...pada wall facebook.
Oh, jangan lupa, kalau keluar preview. Padamkan!
Nak lebih baik, selitkan gambar kata2 motivasi...
Cam ni...


Adakah info ini berguna? KOMEN! (^_<)b


Freezer Mate Essential Set : Katalog Tupperware Malaysia

Price: RM180 Full Set

Tupperware Malaysia Rice Dispenser : Tupperware Brands Malaysia Catalog


this is regular edition.
Price: RM295
Boleh dibeli bersama keahlian Percuma.
Harga boleh dirunding./ dail saja 0139733779 negotiable.

Cara guna:
1) Tarik tuil atas supaya beras jatuh ke bekas tadahan.
2) Tutup tuil, dan tarik bekas bawah untuk keluarkan beras.

Hati-hati:
Penutup bekas adalah nipis. Jangan letakkan barang-barang berat atas tong beras ini.

10 Fakta tentang Recognition Rally Kuala Terengganu: Tupperware Malaysia East Coast Team

Location: Riyaz Herritage, Pulau Duyong, Kuala Terengganu.
Date: 19 Oct 2012
Time: 2.00pm-4.30pm
Fakta acara:
1) Pengisian acara disaratkan dengan pantun.
2) Tema acara adalah 'Merah'
3) Dua orang wakil Team Power dianugerahkan di atas pentas. Norfaezah Tupperware & Zalilasyam Tupperware.
4) Zalilasyam naik ke pentas sebanyak dua kali. Yang pertama untuk anugerah New Director, yang kedua sebagai 1Star Director!
5) Semua wakil Team Power dari wilayah pantai timur hadir!
6) Semua hadirin dapat hadiah.
7) Ada 4 Sesi penghargaan dan 5 sesi cabutan bertuah.
8) Set Inspire Cookware(bernilai 2700) adalah salah satu hadiah cabutan bertuah!
9) Ramai lelaki dari Terengganu naik pentas sebagai penerima anugerah.
10) Yoshi memandu 3 jam perjalanan demi seorang ahli baru dan menuntut ilmu....hehe! ;D

Friday 18 October 2013

10 Cara Yang Betul Untuk Tulis blog

Assalamualaikum,
Saya sebenarnya pun belajar juga nak tulis blog dengan betul. mujurlah ada mail yang saya subscribe ni ada hantar maklumat bagus camni...

So, saya ringkaskan poin-poinnya aja ya.
1) Rekaan blog yang ringkas dan sesuai - ikut elemen anda
2) Guna perenggan - tapi jangan terlalu banyak pula
3) Semak dan tulis semula - elakkan salah eja, perkataan tak sesuai dll
4) Kurangkan perkataan yang tak perlu - orang nak baca ISI penting
5) Guna perkataan yang telus, tepat dan jelas.
6) Karang tulisan anda dengan cara bagaimana anda berkata-kata. Sifat asli anda.
7) Telus. Tak perlu berbunga-bunga sangat. Cakap biar terang ;)
8) Guna bahasa yang anda biasa guna. Tak perlu istilah-istilah aneh jika tak perlu.
9) Elakkan guna perkataan yang fancy(terlalu panjang atau sukar diterang) jika ada perkataan inggeris yang boleh diguna, GUNA aje...
10) Jangan guna bahasa tringkas terlalu banyak. Mulakan dengan perkataan penuh, bila dah lama skit, boleh la guna yang pendek-pendek tu...


Teknik Twitter Tupperware

Assalamualaikum,
Salam Jumaat.
First of all, saya nak ucapkan terima kasih kat sifu, abg Syam untuk gift yang MEGA Laaazaatt ni!
 Yang hijau tu agak masin. tapi untuk orang yang berjalan jauh dan cepat berpeluh. Bagus sangat...bekalkan garam dalam badan. Yang SuperChips tu, tak tawar, tak masin. Just Nice! Sihat~
Biskut gelang tu..(or whatever the name is...) memang selera aku! Yum! Yum! Terima kasih sekali lagi sebab buat nyawa saya extend sikit lagi. Dikala ini, mungkin ada manusia lain yang sedang kebuluran. Hargailah makanan anda, makan sampai habis!

Okaylah, teruskan aje dengan topic asal kita ya! ;)
tupperware malaysia twitter
Screen capture dari tupperwarebrandsmalaysia.webs.com
Apa yang anda nampak dalam gambar kat atas tu? Baik, kat sebelah kiri yang berlatarkan warna pink tu ialah tweet saya.
Anda boleh lihat bagai mana saya postkan tweet tu.

Soalan:
Macam mana tweet yang simple ni boleh dapat customer atau ahli baru?

Jawapan:
Ia tertakluk kepada bagaimana kita gunakan sains dalam twitter. DAN element penting dalam mana2 bidang pemasaran ialah "NUMBERS GAME"
dengan Berapa RAMAI orang yang anda bercakap hari ni?
Berapa kali kekerapan anda beritahu anda jual tupperware?

Ini cara yang saya lakukan~

PERHATIKAN Baik-baik;

Trends - trends melambangkan perbualan semasa yang hangat. Maksudnya, ramai orang berbicara tentangnya. lazimnya perkataan-perkataan yang menjadi trend ada tanda #(hash tag) contoh yang saya gunakan dalam gambar di atas ialah #CampokBalek
Bukti trends tu berkesan ialah apabila ada orang beri tindakbalas kepada tweet kita seperti yang saya bulatkan O atau yang saya tandakan  


Retweet - ialah tindakbalas bila ada orang memperkenalkan tweet kita kepada lingkaran pengaruhnya ataupun follower. Ini memudahkan maklumat yang kita sebarkan capai kepada lebih ramai orang.
cuba lihat bahagian yang saya bulatkan O

Bagaimana nak dapatkan mereka yang boleh retweet pos saya?
anda perlu dapatkan @ yang betul. Tanda @ membuat pos anda dituju kepada suatu penama tertentu. dan ada dikalangannya ialah ejen penyiaran/penyebaran maklumat.


Yang telah saya tandakan ialah feedback yang saya dapat hasil dari tweet saya. Dan mereka yang berpuas hati dengan perkhidmatan saya atau mahu mengikuti perkembangan saya akan pilih untuk follow tweet saya.

Amacam? Berguna tak info ni? Nak tahu skill yang lebih dalam? Join Team Power! JOM sertai kami! ;)
 

Twinkle Baby Set

Limited till 9 Nov
Beli Twinkle Baby Set(RM99), dapat beli thermos flask dengan harga RM89 instead of RM119
Daftar jadi ahli, dapat less lagi 25% untuk semua barang.

Thursday 17 October 2013

Me & Mum set

Cantikkan?

Tips On Air


4 Cara Mudah Tarik Pelanggan ke Facebook anda



Jangan fokus pada gambar saya yang tak siuman tu. Kejap lagi saya akan explain kenapa anda MESTI baca blog yang ditulis oleh lelaki berwajah ala2 Korean ni….
Sabar jelah...kekeke
Bagi saya 5 minit jer.... Adil kan? ….Orait..

Kalau anda sedang cari bisnes, especially yang bercadang nak bukak bisnes online….anda sedang baca blog yang amat tepat.
Saya percaya, kalau anda baca blog ni dengan teliti, anda akan dapat beberapa tips yang membolehkan anda kembangkan bisnes sampai boleh berhenti kerja, atau double income bisnes sedia ada.
Saya baru saja 3~4 bulan meniaga guna blog dan buat bisnes guna Facebook.
Banyak juga jatuh naiknya….jadi saya nak kongsi apa yang saya belajar… terutama cara-cara nak kasi Tupperware anda laris di Facebook (kejap lagi saya ajar…so, teruskan membaca…)

“Bro, gambar di atas tu tak  profesional langsung! Boleh percaya ke ni?”

Saya ditegur kawan saya pasal gambar tu jugak.
“Kenapa tak letak gambar yang smart, pakai kot dan tie? Baru la orang percaya?”
Jawapan saya?
Gambar tu melambangkan kebebasan.

Bisnes online ini membolehkan saya menjelajah ratusan bandar di serata dunia
bersama keluarga tanpa perlu fikir pasal duit tak cukup, 
masa tak ada, cuti tahunan dah habis guna, boss tak sporting, dan lain-lain!

Jika ini kebebasan yang ANDA IMPIKAN …. teruskan membaca. Kerana impian anda semakin hampir setiap kali anda membaca setiap huruf dalam blog saya ni…. inshaa Allah!

Ok, Dah. Jangan Buang Masa Lagi. Jom Kita Start….

Kalau anda pernah cuba jual barang kat FB, dan sambutannya hambar, suram dan menyedihkan…. relaks! Normal lah tu…. Perkara ni biasa... Problem tu boleh settle kalau tau rahsia psikologi pembeli dalam facebook nih.
Bila dah jumpa satu formula kejayaan,  nak duplicate balik kejayaan tu tu dah jadi senang...

Sekarang, dalam blog ni, saya akan bagi terus formula tersebut pada anda,  100% percuma tanpa bayaran. Ikhlas! So, teruskan membaca! :)

Kepercayaan Karut Internet

Kalau anda penah cuba-cuba buat bisnes online… anda pun patut dah tahu. Banyak ‘indah kabar dari rupa kan?’
Sebab bila tengok orang lain buat, nampak macam kencang…
tapi bila diri sendiri cuba… asyik buang duit dan buang kederat dan buang masa je….
Kekadang, ada jugak terasa macam nak sumbat kepala dalam mesin potostet macam braderr kita ni kan?


Hehe… sabar….
Sebenarnya, ada lah tu sebab musababnya sebab apa belum dapat kejayaan yang kita mahu lagi.
Biasanya, sebab kita cuba dengan ilmu yang belum cukup di dada.
Contohnya macam ilmu menjual dalam FB nih.
Orang kata, FB nih tempat ramai orang melepak. Berjuta-juta orang dalam Facebook. Patutnya senanglah nak buat duit dalam FB ni kan?
Ya ke?
Hehe…ya! Memang betul lah, dalam FB memang ramai orang.
Tapi…
  • Orang masuk FB sebab nak melepak, bukan sebab nak membeli
  • Orang masuk FB sebab nak relax…bukan untuk berfikir atau kena buat keputusan
  • Orang masuk FB sebab nak berhibur...bukan nak belajar
Kalau anda masuk ke shopping mall, anda memang sudah berniat untuk shopping.
Tapi di FB, orang bukan masuk ke situ dengan niat nak membeli.
Jadi nak menjual dalam FB nih, takda lah semudah yang kita sangka.
Ada lah cara dan seni dia.
Ada juga sains dan pengiraan matematik di sebalik nya.
Anda mesti faham formula untuk tukar mood orang yang sedang melepak, ke mood untuk nak shopping!


Saya Boleh Tunjuk Cara Bina Bisnes Facebook Yang Sahih, Halal, Serius dan Berkekalan …. 100% Secara Online Supaya Anda Boleh Rasa Sendiri Lifestyle Bebas dan Mewah Yang Anda Idamkan Selama Ini
(tanpa modal besar, tanpa kerja penat, dan boleh buat dari rumah)
 Okay lah… takyah la kita buang masa lagi.
Ini Formula Sulit yang anda perlukan supaya orang TAK SABAR-SABAR nak membeli produk anda….

Rahsia 1: Jangan Syok Sendiri!

Dulu banyak kali saya baring atas katil sambil berfikir…. “produk apa yang boleh dijual di Facebook?”
Lepaih tu…bila terjumpa satu produk…. mula lah syok sendiri. Kononnya boleh laku lah. Main hentam kromo ikut sedap hati sendiri je… Tak buat kajian pasarang langsung!
Ya lah, dalam Facebook kan ada 500 juta orang. Takkan TAKDA SORANG pun tak tersangkut nak beli kan?
Saya pun dengan penuh semangat buat website cantik-cantik, buat promosi besar-besaran, dan banyak lagi benda yang makan masa sampai berbulan-bulan baru siap.
Hasilnya?


Heh.
Sakit hati.
Dipendekkan cerita, sebelum jual Tupperware, cari dulu pasaran dari team mana yang memang terbukti laku, terutamanya dalam Facebook.
Dulu…setiap kali saya tengok orang jual tupperware, saya akan tanya diri sendiri…
“Adakah RAMAI orang fikir pasal benda ni tiap-tiap hari?”
Iyalah…bekas simpan makanan, botol air... Adakah orang terfikir nak beli tiap-tiap hari?
Tak.
Nak jual mana2 produk kena GENIUS
Kalau produk kuruskan badan pun, mujurlah orang nak beli...
Hmm, mungkin. Mungkin setiap kali dia terpandang cermin… atau setiap kali mengah memanjat tangga!
Jadi, sebelum saya decide nak jual tupperware ni sebenarnya,
saya pun mula buat senarai benda-benda yang mungkin orang dok fikir setiap hari. Dan ini antara senarai yang saya ada:
  • Badan gemuk sangat, rasa tak hensem, tak lawa, dah buhhsan setiap kali nak ambik gambar kena tarik nafas untuk control perut
  • Bagi wanita, nak nampak cantik anggun dan bergaya. Nak juga ‘merasai’ perasaan kalau orang terpikat lagi (walaupun bukan berniat nak memikat)
  • Bagi ibu-bapa, mereka tiap-tiap hari pikir pasal anak mereka (pendidikan, kecomelan, kesihatan, dll)
  • Apa nak makan hari ni..
  • Masalah hutang, takda duit, takda saving
  • Kerja penat, bosan dengan kerja, menyampah dengan boss, sakit hati dengan trafik jam
Anda mesti Jual Apa Yang RAMAI orang Fikirkan dan renungkan Tiap-Tiap Hari!

Rahsia 2: Padankan Produk Power Tersebut Dengan Orang Yang BETUL!

Kalau nak tupperware, maka kenalah padankan dengan orang yang suka menda2 warna warni, pindah rumah, nak cantik, dan suka simpan makanan(eh...yeke? hehehe). Mana mungkin orang yang suka tengok kereta akan beli.
Kalau nak jual pelaburan emas, kena lah padankan dengan pelabur saham atau unit trust. Kalau dah jenis tak suka melabur tu…memang tak melabur jugak!
Reason dia simple:
Kalau kita cari orang yang memang dah minat nak beli, kita dah tak payah susah-susah nak pujuk untuk beli. Diorang dah percaya dah pun.
Habis tu, macamana nak cari orang yang suka beli tupperware?

Jadi kita boleh cari diorang dalam Facebook:

Jadi dalam FB, secara kasar ada lebih kurang 122,215 rakyat Malaysia yang mungkin meminati tupperware.
Langkah seterusnya adalah, menghubungi mereka dengan mesej yang tepat dan sesuai dengan keadaan dan situasi.

Rahsia 3: Mesej Yang Berpengaruh dan Memotivasikan Prospek Untuk Bertindak Serta Merta

Jom Kita Rekrut Dia.
Jom Kita BANTU Dia.


Ayat mana satu yang lebih tarik perhatian anda?
Words have power.
Setiap perkataan ada nilai sendiri.
“rekrut” – mungkin bernilai RM10.
“BANTU” – bernilai RM90!
Perkataan yang nilainya kecil, takkan mendapatkan respons prospek.
Cuba tengok iklan yang hambar, membosankan dan tiada respon ni:

Tapi dengan mesej yang berpengaruh….respon prospek boleh jadi GILA macam ni…

KEY Factor penting adalah, mesej berpengaruh tu… mesti sesuai khas untuk target market yang sangat spesifik.
Contohnya:
Kerja sambilan.
Kerja Sambilan Ejen Tupperware.
Peluang Pendapatan untuk Eksekutif IT yang kesempitan masa dan wang.
Jika anda seorang Eksekutif IT, dan anda mengalamai masalah kewangan, dan anda ternampak ketiga-tiga iklan ini … iklan yang mana satu yang anda akan pilih?
Tepuk dada, tanya mesej Team Power.

Rahsia 4: Cara Yang Mudah Untuk Respon Atau Beli

Saya ni pemalas.
Kebanyakan orang pun, pemalas. Sifat manusia. Pemalas.
Jadi kita kena memudahkan semudah mungkin cara prospek kita nak respon pada iklan kita.
Ramai yang buat kesilapan dengan seribu macam arahan yang mengelirukan:
“Mula-mula, bayar ke akaun bank XYZ. Nombor akaun 133434134234342.
Kemudian, sila isi borang ini. Kemudian, sila bagi bukti pembayaran.
Jangan lupa emailkan sekali semua tu.
Dan kalau nak cepat, SMS <nama> <produk> <alamat> ke 012 xxx xxxx”.
FUH!!!
Banyakknya step!
Mengikut statistik, 90% dari prospek yang memang dah BERNIAT nak beli…tapi bila sampai je part nak kena buat banyak kerja tu… diorang give up. 90% tukar fikiran dan putus asa untuk beli…kerana malas nak ambil terlalu banyak langkah pembelian!

Mudahkan cara prospek anda nak respon.

So macamana?
Itulah dia, 4 cara untuk buat orang tak sabar-sabar nak membeli produk anda di Facebook. Boleh buat kan?