Thursday, 24 October 2013

JOM Shopping Weh Di Stokis Tupperware

Assalamualaikum,
Apa khabar kalian semua?
Semoga kalian semua happy dengan segala yang anda lakukan dan terima dengan terbuka segala pemberianNya.
Hari ni saya nak berkongsi sedikit tips yang saya belajar hasil pengalaman saya yang masih baru macam baby baru lahir ni...
Bukanlah yang terbaik, tapi boleh la untuk anda gunakan dalam bisnes anda nanti...

Ada juga beberapa orang yang saya tengok, walk-in kat stokis...terus nak beli Tupperware.
Tiba-tiba je kan?
Apa yang akan terjadi kat orang camni?
Tak boleh ke beli terus kat stokis?
Tak boleh...sepatutnya kena daftar dulu abang, akak... sebab stokis ni macam distributor office.
Hanya yang berdaftar je boleh masuk.
Akibatnya, orang camni biasanya tak dapat nak kenal siapa upline dia...kesian. Lepas tu tak dapat latihan dan ilmu yang secukupnya....

Tanpa buang masa, saya nak cerita terus CARA YANG BETUL nak beli kat stokis Tupperware.

PART #1 Mendaftarkan ahli baru
 Bila nak daftarkan atau jadi ahli tupperware pastikan semua butiran asas lengkap dalam borang.
*Nama penuh,
*Nombor Kad Pengenalan,
*Alamat Surat-menyurat
Dan pastikan ada salinan kad pengenalan
Klik sini untuk cara daftar ahli...
Pastikan ruangan recruiters name ada nama dan no.keahlian anda atau sesiapa yang anda pilih...
Lepas semak betul-betul...make sure sebelum anda ke kaunter. Yuran keahlian tu ADA... RM70
Kalau pilih untuk daftar dengan Treasure Box, make sure ada RM280
Jangan ditanya pula "Yuran keahlian tak perlu bayar ke?" TAK, sebab RM280 tu termasuk keahlian.
Lepas daftar dia akan beri kitbag dan lekatkan sticker pada borang daftar dan kitbag.
Juga anda akan diberi salinan warnanya kuning...
Pastikan tiga perkara ini anda dapat, salinan pendaftaran, kitbag dan stiker pada kitbag
Simpanlah salinan tersebut sebagai rujukan masa akan datang.
Dan INGAT Nombor Keahlian anda No.ID (cth : 713***)
PS: Anda TAK BOLEH beli Treasure box berasingan kerana ia hanya boleh dibeli sekali, iaitu BERSAMA pendaftaran ahli baru SAHAJA.





PART #2 Dapatkan Katalog dan Leaflet
Sekeping RM1
Lebih 10 keping, RM0.60 sekeping
Beli 200 Keping = RM200 + boleh beli Level 1 + Level 2 dengan harga RM30!
kenapa nak beli 200 keping? Sebab boleh la anda kongsi dengan downline2 anda atau berikan kat ramai orang~ :) saya pun biasanya bage jer kat downline2 yang baru daftar...
Lazimnya, leaflet disertakan dengan katalog. Jika dijual berasingan biasanya harganya cuma RM0.10

PART #3 Beli Produk
Bila dah ada No. ID dan Katalog, senang la nak shopping. Bajet2 harga...
So, cara nak order...
a) ambil borang order / kertas kosong,
b) tuliskan no.ID anda atau pembeli berdaftar tu, downline ke... Eh, apsal nak kena beli atas nama downline plak? Tengok SINI sebab apa .
c) pilih barang anda, tuliskan Nombor Kod Produk, Nama Produk dan Kuantiti
d) minta kaunter semak order anda.
*PENTING!* Anda mungkin mendaftar di pertengahan bulan atau lebih dari hari ke3 bulan tersebut, jadi kebarangkalian stok tersebut habis atau tiada SANGAT TINGGI. (Itu sebabnya lebih baik mendaftar awal!) Nak tunggu re-stock, jangan haraplah sesiapa nak panggil anda! Sebab semuanya nak rembat cepat2. So, CEPAT-cepatlah CALL 013 973 3779 untuk mendaftar!
*PESANAN MANJA* kalau anda atau ada ahli baru daftar, WAJIB buat pembelian sekurang2nya RM150(harga katalog) pada bulan yang sama anda daftar...nanti tak layak bergelar ahli aktif.
Downline Qualify, Anda Satisfy ;)
e) buat pembelian di kaunter dengan cakap elok2 pada sesiapa yang berada di dalam kaunter tu. Tak perlulah nak berborak sangat, tanya khabar sikit2 cukuplah. Dia pun sibuk nak layan pelanggan lain.
* Kalau banyak barang yang diminta tak ada cepat-cepatlah pilih barang lain. Inilah pentingnya DAFTAR awal jadi ahli. apa tunggu lagi? whatsapp cepat2 013 973 3779
*Periksa invoice anda. Pastikan ada tanda PAID pada invoice anda.
Nampak tak PAID pada hujung atas sebelah kanan tu?
PART #4 Periksa Barang-barang Anda
Selepas ambil barang di kaunter, periksa barang anda. Pastikan tidak rosak, cukup sifatnya...dan anda diberi salinan invoice(warna putih)
PAID! Pembelian anda SAH masuk sistem!
PERINGATAN: 
*JANGAN marah pula orang distokis tu kalau barang yang anda hendak tiada, kita tak tahu kondisi dia camne. Layan saja mereka elok2. Bukan salah dia stok habis atau lambat sampai kat tempat dia...
*LAYAN saja semua yang di stokis tu dengan elok2. Masuk kat tempat orang kenalah beri salam, tegur2 sikit dan yang penting SENTIASA SENYUM! :)

Pembeli Puas Hati, Stokis Sayang Lagi