Thursday, 16 June 2016

8 Cara Bina Team Berkualiti

Cara ini harus diterapkan dalam syarikat anda.
Anda sebagai boss perlu ingat, kejayaan anda bergantung pada kejayaan pekerja anda.
Jangan layan pekerja anda macam hamba. Mereka ada emosi. Jaga emosi mereka.
Dibawah saya tunjukkan 8 cara memantapkan team yang dikongsikan oleh “bussiness insider”.
.
.
Nak kaya buat bisnes seorang diri. Jika nak kaya raya, buat bisnes berjemaah.
Sebab itu anda perlukan team. Team yang akan bekerjasama untuk cipta kejayaan bersama anda.
.
.
#1. BERI KEBEBASAN.
Pekerja anda tidak suka dikongkong. Tetapi mereka wajib mematuhi perturan yang telah ditetapkan syarikat.
Beri kebebasan pada mereka untuk buat keputusan. Beri kebebasan untuk mereka beri pendapat mereka.
Kadang-kadang ada baik dan buruknya. Kita sebagai boss hanya perlu angguk-sngguk sahaja pendapat mereka.
.
.
#2. DENGAR DENGAN PENUH MINAT.
Dengar pendapat mereka dengan penuh minat. Hormati pendapat setiap pekerja anda.
Semua orang ada emosi. Jika anda sebagai boss mahu pekerja dengar percakapan anda, anda juga mesti dengar pendapat mereka.
.
.
#3. PERCAYA PADA PEKERJA.
Kepercayaan sangat penting jika anda mahu membina syarikat kerana jika anda tak percaya pada pekerja anda, susah untuk anda berjaya.
Betulkan ? Macam mana pekerja anda nak buat keputusan jika anda tak percaya ? Kan susah tu. Jadi, percaya pekerja anda.
.
.
#4. MAAFKAN KESILAPAN PEKERJA.
Setiap orang pernah melakukan kesilapan. Ada caranya untuk tegur pekerja dengan berhemah. Bukan bermaksud tak boleh buat silap langsung, kita kan manusia biasa.
Biarkan pekerja buat silap, tugas kita sebagai boss adalah baiki dan membina pekerja itu ke level seterusnya. Baru lah skill mereka makin lama, makin mantap.
.
.
#5. PELUANG KENAIKAN PANGKAT.
Beri peluang pada pekerja anda untuk membina kerjaya mereka disyarikat anda. Jangan biarkan mereka bekerja ditempat yang sama. Pekerja mahukan perkembangan.
Jika dia berada di tempat yang sama dalam tempoh masa yang lama, peratus untuk mereka berhenti agak tinggi.
.
.
#6. BERI PUJIAN DAN PENGHARGAAN.
Jangan puji bakat mereka, tetapi pujilah usaha mereka. Usaha adalah jauh lebih penting daripada bakat.
Jika anda puji usaha mereka, anda akan membuatkan lebih ramai orang untuk belajar dan berkembang.
.
.
#7. BERIKAN PEKERJA MASA.
Anda mungkin tidak boleh beri duit yang banyak. Tetapi anda boleh beri masa pada mereka. Masa peribadi mereka dan juga masa mereka belajar untuk pembangunan diri dan bisnes anda.
.
.
#8. BUANG EGO ANDA.
Zaman sekarang terlalu ramai boss yang mahu jadi pandai dalam syarikat sendiri.
Jika semua perkara anda mahu kedepan, anda nak menang, andalah seorang boss yang paling bagus bermakna anda sebenarnya telah gagal sebagai pemimpin dan pengurus. Meraikan team anda, bukan diri sendiri.
.
.
Kata-kata terakhir dari saya, tidak penting siapa yang memulakan tetapi sangat penting siapa yang bersama anda. Hargai mereka.
Bulid your team

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih! ^_^