Sunday, 21 December 2014

Resepi: Kerabu Mangga

Aiiissshh!!

Tak leh jadi ni... lama tak pekena. Skali dapat, kena pula yang sedap... pergh!!! tak boeh lupa. Cukup pedasnya, masam, manis dan masinnya. Balik rumah terus cari resepi... :)

Ada pelbagai cara untuk menyediakan kerabu mangga. Janji rasanya ada pedas, masam dan manis.
Saya suka kalau perah limau nipis sedikit.
BAHAN2:

2 biji mangga muda dibuang kulit & disagat
1 biji bawang besar
5 biji cili padi (kalau nak pedas tambah lagi)
½ cawan jus limau nipis
1 sudu besar gula
daun kesom 

daun limau purut
kacang tanah goreng

CARA:

Sagat manga muda halus2 memanjang supaya airnya tidak terkeluar. Tepikan.
Bawang, Cili api, daun kesom, limau purut, hiris. nak senang masuk je semua dalam turbo chopper. Tak perlu blender okay...

Campurkan gula dan jus limau hingga gula hancur. Masukkan bawang, mangga, cili api dan daun2 yang digunakan dan gaul hingga sebati. Lepas tu, curahkan jus limau dan gula dan gaul lagi hingga sebati. Pastu taburkan kacang tanah. Nak bubuh udang halus2 cam cencaluk atau ikan bilis goreng pun boleh...



SIAP!!

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih! ^_^