Monday, 22 December 2014

5 Cara Berkesan Untuk Merekrut Dalam Bisnes MLM

Atas nama Tuhan semesta alam yang maha pengasih dan penyayang.
Assalamualaikum dan damai sejahtera.

Konnichiwa~

Sudah hampir seminggu, hujan turun tidak henti di Malaysia. Dan sekali lagi, tradisi tragedi alam di pantai timur semenanjung berlaku. Banjir kali ini teruk melanda sekitar negeri Terengganu dan Kelantan. Moga pengalaman terus mengajar dan kita doakan supaya mereka terselamat.

Pada tahun lalu, saya antara yang merasai musibah ini. Awalnya cuma nak bantu rakan dari rumahnya ditenggelami air, tetapi bila kawasan bandar banjir, saya pula yang terputus hubungan untuk pulang ke rumah. Namun nasib saya tidaklah seteruk orang lain yang rumahnya ditenggelami air. Syukur, puji tuhan. Pengalaman ini cukup bermakna kerana saya melihat bagaimana musibah seperti ini bukan saja melibatkan kerosakan harta dan meragut nyawa, tetapi ia juga mengganggu perjalanan perniagaan dan sumber rezeki.
Antara orang yang saya kenal, yang juga seorang alumni Dr.Azizan Osman, pemilik sebuah bakeri, Pn.Amaruszati terkena tempiasnya pada tahun yang sama(2013). Kedai dan alat memasak rosak sehingga mengakibatkan kerugian ribuan ringgit. Mujurlah semangat kental beliau mengekalkan beliau dalam dunia perniagaan.

Itulah cabaran bisnes komersil. Pendapatan putus bila tidak dapat berniaga. Berbeza kes dengan saya.
Dalam bisnes multi-level atau lebih popular dengan singkatan MLM, pendapatan diraih bukan dari sekadar dari untung runcit, tetapi juga dari tajaan. Konsep tajaan ini hampir sama dengan konsep royalti. Contoh paling mudah ialah Petronas dan 7Eleven. Kalau satu kedai terpaksa tutup, pemilik syarikat masih tak putus pendapatan kerana cawangan lain masih buka dan berniaga. Itulah kelebihannya!
Kebanyakan bisnes MLM boleh dimulakan dengan modal yang rendah. Tupperware di Malaysia misalnya, hanya dengan RM70 sahaja! Namun, memang biasa bila orang jemput masuk MLM, atau mana-mana bisnes pun lazimnya orang beri jawapan "Saya tak reti meniaga...", "Saya tak pandai cari orang...", "Nanti, saya fikir dulu..."

ITU BIASA!!

Saya dah cukup lali dengan alasan yang begitu. NAMUN jangan pula anda putus asa. Anda juga perlu bagi ruang dan masa kepada mereka. Ada 5 tips yang saya praktiskan sepanjang pengalaman saya ini.



1. Follow-up: Bila ada yang dah bertanya, jangan lepaskan mereka. Terutama ejen dropship. Beri mereka peluang mencuba dan berfikir. Kalau takde hasil, bermaksud mereka memang tak serasi dengan bisnes tu.

2. Target penggemar produk. Product-lover adalah orang paling suka promote dan suka guna produk. Walaupun mereka tak pandai meniaga, tapi ia boleh didik. Yang penting, mereka tahu nilai kelebihan produk. Mereka lebih mudah untuk menarik pelanggan lain.

3. Jangan mendesak: Rata-rata peniaga MLM nak sangat 'tarik orang' join bisnes. Perkara ni yang buat tak best. Jangan nampakkan yang kita ni nak sangat dia(prospek) join. Tapi tawarkan mereka peluang. Kalau kata tunggu gaji, nak fikir dulu, nak tanya suami dulu, jawab je elok-elok. Contohnya "Bagus tu, encik fikirkanlah tawaran saya ni dulu. Saya sedia untuk terima dan bantu encik bila encik dah sedia. Saya harap encik tidak ketinggalan untuk dapat manfaat dari tawaran ini." Meyakinkan orang bukan tugas kita, sebab orang sehebat Rasul pun tak dapat yakinkan ramai orang. Tapi tetap dapat ramaikan umat sebab orang yang yakin tu boleh sampaikan dalam bahasa kaum masing-masing. Contohnya orang muda bahasanya lain, orang tua pula lain. Guru bahasanya lain dengan jururawat. Manusia terkesan dengan cara yang berbeza. FACT

4. Elak merapu: Kebanyakan yang gagal merekrut adalah sebab cerita terlalu panjang, lama dan merepek. Poin utama ialah MANFAAT kepada prospek dan beritahu bagaimana untuk mula. Soalan yang patut anda tanya untuk dapatkan prospek ialah seperti ini. "Ada tak kenal kawan yang ada masalah.....? Saya ada produk ...... yang boleh beri manfaat ....."
Juga, kalau di facebook, twitter dan instagram tu jangan la asik nak merungut, merintih, marah-marah. Itu boleh mengurangkan pengikut(follower) dan rakan(friend) anda.

5. Keterujaan: "Kalau nak tarik orang, kenalah jadi orang yang menarik. Walaupun kemahiran menjual itu tidak hebat, tetapi dengan bilangan usaha yang banyak tetap akan dapat hasil juga" - Jim Rohn. Mendiang adalah antara yang banyak didik saya dalam perniagaan. Kalau kita nak jemput orang masuk dalam bisnes kita. Kita mesti teruja dengan apa yang kita buat! Kalau produk kesihatan, kita mesti tunjuk sikap kita bagaimana kita suka guna produk tu. Itu cara kita menjenamakan diri kita. Keterujaan ibarat magnet. Orang lebih mudah tertarik dan sukarela untuk sertai kita. Juga, sertakan kredibiliti. Jangan teruja sangat sampai menipu. Kalau income baru dapat RM10, tunjukkan teruja dengan RM10 tu. Sebab TAK ADA ORANG BIASA yang teruja dengan sekecil-kecil pendapatan. Hanya ORANG LUAR BIASA BERSYUKUR dengan apa jua yang mereka terima.

So, cubalah petua-petua ni. Semoga ia bermanfaat untuk anda. Nak lagi?
Jom sertai team saya. Saya sedia bantu anda untuk berjaya. Komitmen anda bermula dengan mendaftar sebagai salah seorang dari kami. Hanya RM70 sahaja.

Oh ya, jangan segan untuk whatsapp saya. 0139733779

Ikhlas,
Yoshi

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih! ^_^