Monday, 8 December 2014

Pawang Nong Ulu Cheka

Assalamualaikum, damai sejahtera hendakNya.

Sebagai anak jati Pahang, selain dato' Bahaman dan Mat Kilau, ada beberapa orang lagi tokoh yang patut dikenali.
Pawang Nong atau nama biasa Haji Nong Taib Bin Santan. Beliau juga adalah orang kuat Mat Kilau. Pernah terlibat dalam tugas penting semasa keganasan komunis.
sumber gambar: mforum2.cari.com.my

Pawang Nong dilahirkan di Kampung Sempiat,Tanjung Besar, Benta Kuala Lipis pada tahun 1874. Pawang Nong meninggal dunia pada 10 November 1977 di Kampung Ulu Cheka.
Sekitar kampung Ulu Cheka ini masih banyak terdapat waris-waris Pawang Nong.
Pawang Nong berjaya menangkap orang minyak yang berluluasa di sekitar Ulu Cheka dan Damak.

Ketika zaman penjajahan tentera Jepun, Pawang Nong erjaya memagari kawasan perkampungan dari Kampung Damak sehinggalah ke kampung Ulu Cheka sehingga tidak dilihat atau dicerobohi oleh tentera Jepun.



SAJAK
Tajuk : PAWANG NONG
Nukilan : Ahmad Shah Haji Jamlus

Kata berbisik,
Riuh rendah berkhabar,
Tentang keramat kesaktian,
Berpegang pada Zat keEsaan,


Berbutir serapah Kalam,
Menunjang sendi alam,
Terpacak tiang-tiang ghaib,
Mendinding musuh mengintip,

Kau dianugerahkan,
Membuka dan membina,
Membangun dan mempertahan,
Sebuah desa yang engkau perlihara,
Dengan izin Tuhan,

Menjunjung titah ke bawah Duli,
Taat setia bernaung,
Limpah lambang gading bersilang,
Makmur bumi negeri Pahang,

Rasmi tanah ini engkau buka,
Bersama enam moyang ternama,
Mereka terdahulu,
Engkau angkat bersama,
Membangun desa tercinta,
Tanah Ulu Cheka,

Berdiri tidak meninggi,
Duduk tidak merendah,
Terpasak nilai jati,
Sopan langkah berbudi indah,

Pesan ditatang,
Nasihat dijunjung,
Berlangkahlah ke mana,
Berbuat baik,
Engkau selamat,

Ibu segala ilmu dan keramat,
Disimpan menjadi azimat,
Tidak kan sesat hingga kiamat,
Berpegang pada Zat,
Dan berbuat baik
Kepada alam dan umat,

Doa anak cucu mu,
Bersemadilah,
Semoga dikau,
Bersama kalangan terpilih,
Dalam lembayung Rahmat,
Yang Maha Pengasih.

Nukilan : Ahmad Shah Haji Jamlus
12.15 tgh malam, 30 November 2014, Kg. Tengah, Ulu Cheka, Jerantut, Pahang Darul Makmur.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih! ^_^