Saturday 6 September 2014

Sesuatu Yang Menguatkan Saya

Chapter #3
Damai sejahtera,
atas nama Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
 
Alhamdulillah masih hidup saya hari ini.
Hari semalam cukup memenatkan. Dari pagi sampai ke petang sibuk melayan pelanggan. Terima kasih semua! :) Syukur sangat-sangat...
Walaupun agak sibuk,  saya seronok sangat dengan kehidupan saya. Bukannya saya sibuk dengan sesuatu yang menyusahkan, tetapi sibuk bersosial dan berniaga. Masa saya bebas untuk bekerja dalam masa yang sama, ada masa untuk bersama rakan-rakan dan keluarga.
Merekalah kekuatan saya untuk terus hidup dan berbakti kepada agama dan negara.

Can you spot me?
Kawan-kawan saya sangat penting dalam mewarnai hidup saya. Macam-macam perangai dan macam-macam idea; ilham yang saya dapat dari mereka. Mereka orang yang sedikit sebanyak membentuk personaliti saya. Yalah, bak kata Rasulullah... kalau kita berkawan dengan tukang besi kita dapat rasa bahangnya, kalau kita kawan dengan penjual minyak wangi, kita dapat bau wangiannya...
Rakan bisnes yang gemar belajar
Downlines adalah harta saya. Mereka adalah rakan bisnes dan LEBIH dari itu.
Semua kawan-kawan, kenalan, rakan bisnes adalah motivasi untuk saya terus berbakti kepada masyarakat. Saya rasa cukup berpuas hati berbakti dan memberi nilai kepada mereka. Sangat seronok tengok mereka berjaya, dihargai dan menghargai orang lain.

Jurulatih dan guru saya. Frederik Talloen dan Tony Wing

Upline yang sporting ;)
Tanpa didikan guru-guru dan para upline siapalah saya. Mereka adalah mentor yang terus memberi saya inspirasi dan motivasi untuk terus berkarya di muka bumi ini. Saya tidak menilai apa agama dan bangsa guru saya. Yang penting, mereka sentiasa mahukan yang terbaik untuk diri saya kerana, apabila saya berjaya mereka juga dapat tempiasnya. Itulah kuasa 'memberi'. What you give you get back. The more you give the more abundance you'll get. Langsung tak lari dari konsep yang Allah ajarkan. Bukti tuhan itu Esa!
Yang membezakan kita cuma pelaksanaan. Sama juga seperti perniagaan.

 Music dan hiburan juga antara motivasi saya. Saya sukakan pop culture dari Jepun dan Korea. Tak pernah pudar dari kecil sampai sekarang... memang suka J-Pop dan K-Pop. Yang tokusatsu/sci-fi tu tu pun sama. Biarlah apa orang nak kata, saya tetap motivated bila tonton rancangan atau dengar music mereka. kegemaran saya ialah kumpulan V6 dan TUBE dari Jepun, Kalau yang dari Korea, saya suka Infinite, TeenTop, BtoB, B2ST dan Super Junior

Stokis adalah tanda kukuhnya suatu perniagaan. InsyaAllah saya juga akan memilikinya suatu hari nanti
Trofi kejayaan
Tak dilupakan, stokis, staff-staff syarikat dan syarikat sendiri. Sangat banyak membantu melebarkan perniagaan saya. Mereka dah established lebih 40 tahun. cukup matang untuk urus pelbagai masalah, memberi komisen dan melancarkan promosi. Sistem sokongan mereka sangat baik. Saya sangat berterima kasih! :)


Keluarga kami
Kekuatan saya yang paling kuat ialah keluarga. Awalnya mereka kurang menyokong. Tetapi sedikit demi sedikit kejayaan yang saya raih. Mampu buat mereka sedikit senang. Alhamdulillah~ keluarga kami jadi lebih bahagia!

Semua yang saya ada sekarang ini tidak lengkap tanpaNYA. Kitab-kitab Tuhan membuat saya lebih dekat kepada Allah. Secara kerohanian dan jasmani. Saya sentiasa meneliti perintah dan larangannya sebagai panduan hidup. Bukan sebagai cerita dongeng mahupun bacaan sajak. Ia sangat-sangat berguna sebagai tali kepada semua yang berkaitan dalam hidup saya. Bisnes, keluarga, masyarakat dan keperluan kehidupan yang lain.

Anda bagaimana? Jemput berkongsi dan komen ya ;)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih! ^_^