Chapter #2
Selamat Pagi!!!
Ada ke yang tertungu-tunggu entry saya hari ini?Pagi ni, saya dah pun sibuk nak hantar adik pergi kerja dan hantar barang customer.
Tapi sebelum saya panaskan enjin kereta, saya kongsikan sebentar... 5 perkara yang membuat saya terpesona dengan anda.
1. Suka Orang Yang Periang - Saya sebenarnya mudah tertarik dengan orang yang badannya berisi. Tak kira lelaki mahupun perempuan. Tapi bukanlah ditahap gemuk. Bukan kerana sexuality, tapi lazimnya orang2 macam ni periang orangnya. Orang yang sentiasa ceria mudah untuk didekati. even by strangers ;)
2. Sukakan Senyuman. - Orang yang senyumnya cantik sangat membuatkan hati saya bahagia dan tertarik. Saya ada dua kawan yang dahulunya rakan sekerja. Saya tak akan lupakan mereka. Meskipun jarang bertemu, tapi tiap kali bertemu sentiasa ada aura positif dan keceriaan yang berseri di wajah mereka.
Abg Seow dan Uncle Tony. Mereka dalam department lain tapi bekerja dengan mereka satu keseronokan |
4. Kawan Yang Sukakan Ilmu - Saya amat mementingkan ilmu. Ilmu adalah pelita hidup dan saya akuinya. Acara/majlis ilmu saya yang mula-mula membuka mata saya ialah seminar usahawan Herbalife pada tahun 2011, iaitu ketika saya serius menceburi bidang MLM. Tanpa soal, saya akui hanya bisnes MLM sahaja yang mementingkan hubungan serius dengan downline. Kerana ia adalah bisnes relationship. Royalti = Relationship. Semenjak bersama mereka saya tidak pernah jemu hadir ke business meeting atau seminar motivasi dan bisnes.
Ia berbeza dengan ceramah agama kerana ia lebih menguntungkan. Maaf saya katakan, ceramah agama hari ini lebih kepada ibadah ritual berbanding dengan seminar yang saya kunjungi. Walaupun dianjurkan oleh non-muslim, tetapi ilmu yang disampaikan itu tetap ilmu Allah dan tidak lari dari sarana yang ditulis di dalam kitab-kitabNya. BUKTI, ilmu Allah itu tak pernah berubah. Yang merubah rupa bentuk perlaksanaannya adalah manusia sendiri.
5. Suka Pop culture - Hehehehe! Korang ingat saya tak suka? Saya antara orang yang taksub dengan K-Pop, J-Pop, Ultraman, Kamen Rider, Power Rangers, Anime dll. Saya tak pasti kenapa saya gilakan semua ni, tapi dah minat kannn...
Kalau korang ada lima perkara ni... KITA GENG!!! ;) CheersS!
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih! ^_^