Wednesday, 10 September 2014

Sejauh Mana Pendidikan Itu Penting Bagi Saya

Chapter #7

Damai Sejahtera
Atas nama Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Semenjak 2012, saya memang rasa tak puas-puas belajar. Seronok sangat!! Sebab dapat kenal ramai rakan-rakan yang positif, kreatif dan invatif. Mereka suka sangat belajar walaupun income dah ratusan ribu.

Banyak entry blogger yang saya baca cerita bab ilmu/pendidikan ni lebih ke arah untuk naik pangkat, pentauliahan tertinggi dan seumpamanya. Lebih kurang macam untuk dapat gaji besar la... 
Tapi bagi saya ia lebih dari itu...
Apa yang saya nampak kesannya kepada saya... sebelum tu saya ceritakan dulu detik pertama saya mula-mula minat belajar...

Saya mula minat belajar sejak saya mula bersama kelab nutrisi. Tempat saya bina hidup baru dengan merubah tabiat makan saya, cara pergaulan dan belajar tentang bisnes.
Di sini saya barulah saya faham erti kehidupan yang sebenar.
Bukan berkenaan cabaran yang saya alami, tetapi hidup ini luas dan boleh diubah.
Mentor saya cakap, "Kalau orang tu lahir miskin, itu nasib dia. Tapi kalau dia mati miskin, mustbe something wrong dengan dia"
Saya sangat setuju dengan kata-kata beliau, lebih-lebih lagi perkara yang sama berlaku pada keluarga ibu bapa saya. Mereka lahir dalam keadaan yang sangat susah. Tapi kini mereka dah boleh hidup selesa.
Sorang lagi mentor saya cakap "Untuk sesuatu berubah, kita perlu berubah. Untuk sesuatu menjadi lebih baik, kita yang perlu menjadi lebih baik."

Taklimat Fast Track bersama kelab nutrisi mendidik saya supaya lebih peka dengan apa yang saya makan, peka dengan aktiviti yang saya lakukan, peka dengan pergaulan saya, bina keyakinan diri, belajar untuk buat keputusan dan memilih, berdikari dan teliti dengan kewangan saya.

Saya dapati, semenjak belajar dalam kelas-kelas begini, saya semakin maju dalam kehidupan.
Maka,
Pada Februari 2012 bermula lah hidup saya sebagai indipendent distributor atau bos kepada diri sendiri. setelah bertahun bekerja sejak 2007, saya akhirnya buat keputusan untuk berhenti dan jadi bos sendiri.


Pada bulan yang sama, saya ke Singapura demi menjalani latihan antarabangsa. Acara ni tiketnya lebih kurang $150 dolar. Berlangsung selama dua hari, dan dalam acara inilah saya bertemu dengan macam-macam jenis orang. Paling mencabar, saya terpaksa tidur tepi jalan, kat jejantas bandar Singapore ni.
Tak percaya?
Percayalah!! Demi ilmu saya sanggup. Puncanya, bad money management. Sebelum saya pergi, saya tak simpan duit. Malah terlebih belanja. So, rasakanlah...
TAPI ianya berbaloi... terlalu banyak ilmu yang saya dapat sehinggakan, income saya selepas hadir ke acara tu melonjak ke RM3500~RM5000!!!
Banyakkan?

Di situ bermula pula fasa kedua....

Pengurusan wang dan sikap
Orang yang tak pernah dapat duit banyak tiba-tiba dapat banyak duit. Memang culture shock!
habis semua nak beli... tau-tau je duit dah abis. Belanja sana, bayar itu, bayar ini. Tau-tau je tinggal duit cukup-cukup nak idup.

Bila kita dah jadi bos sendiri, saya nak sarankan kepada semua pembaca blog ni 5 perkara;

1. Disiplinkan diri dengan pengurusan wang. Buat tabung untuk kos, bil2, belanja harian, sedekah, pendidikan dan simpanan jangka masa panjang. Saya ada 7 tabung untuk urus wang.
Jangan sekali-kali korek dari tabung lain untuk tutup lubang lain. Kalau tak mampu jangan beli. Kalau terpaksa catu makanan. Catu! Itu semua nafsu...

2. Disiplinkan diri dengan masa. Ramai yang jadi bos sendiri susah nak disiplinkan diri dengan masa. Yelah, takde yang nak potong gaji kalau datang kerja lewatkan... sebab dah bebas masa. So, disiplinkan diri untuk jaga masa. Time kerja, kerja sungguh-sungguh. Time main, main sungguh-sunguh... Ingat ayat ni.. "Anggap diri anda pekerja dan bos pada waktu yang sama. Jika anda bos, anda nak ke pekerja macam anda? Berapa gaji selayaknya untuk pekerja macam anda? Anda tentukan"

3. Tegas membuat keputusan. Tak boleh lengah-lengah. Masa tak tunggu kita...

4. Hormat pelanggan anda walau seteruk mana sikap mereka. Customer anda adalah sumber kewangan anda. Customer anda adalah semua. Kawan-kawan, sedara-mara, adik-beradik, cikgu-cikgu dan semua disekeliling anda.

5. Be positive. Sentiasa senyum dan bersyukur dengan kurniaanya. Kena marah pun kena senyum, kena kutuk pun senyum, kena puji senyum tembikai :) Sentiasa bersangka baik denganNya. Adakalanya hadiah yang diberi tu bungkusannya buruk. Tapi isi dalam dia tu sangat-sangat bermakna.
Fasa ketiga;
Memberi nilai kepada orang lain.
Ilmu yang kita dapat tu bukan untuk diri kita sendiri je. Ia adalah harta. Dan harta WAJIB disedekahkan datau dizakatkan sebahagian darinya. Bila saya masuk bisnes MLM saya bina karakter seorang pemimpin. Saya bukan saja nak kena pimpin golongan yang sama macam saya, tetapi dipelbagai peringkat usia dan pangkat. Dalam gambar diatas ialah apabila saya hadir ke seminar minda jutawan buat pertama kali. Sebelah saya ialah seorang profesor. Saya menyaksikan kehidupan beliau dalam keadaan yang sangat tragis. Saya melihat kejatuhan beliau dengan mata saya sendiri dan saya terpaksa bantu beliau. Ini bukti, kelulusan anda walau tahap profesor di oxford pun, kalau tak pandai urus emosi dan kehidupan anda boleh jatuh...
Tapi,
Bila dah tengok jangan biarkan aja. Bantulah... what you give, you get back. maybe twice.
Kalau dalam Al-Quran...
 Al-Baqarah, Ayat 274:
“Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.”
An-Nisaa’, Ayat 114:
“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.”

Special Thanks...
Cikgu Anuar Md. Hashim
Masa sekolah menengah teknik, inilah cikgu saya. Orang yang biasa-biasa je. Tapi dia memberi impak yang luar biasa dalam pembentukan peribadi saya. Kenapa? Akan saya cerita dalam entry akan datang berkenaan 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Saya.... teringin sangat nak jumpa beliau lagi dan ucap terima kasih.
kesimpulan
ILMU = FREEDOM

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih! ^_^