Thursday 4 September 2014

Gambar Terkini dan 5 Fakta Tentang Diri Saya

Chapter #1

Damai sejahtera,
atas nama Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Hari ini, Khamis malam Jumaat, 4 September 2014...
Rupa saya macam ini...
tu dia selfie skali kat stokis. tengok budak tu pandang camne? hehehe
Masa ni baru je sampai stokis Tupperware di jalan Bukit Ubi, Kuantan. Sampai-sampai je, terus owner stokis Ms. Amy tegur. "Mukmin, bulan sebelum ni you ada layak challeng RD kan?" - Aha, ye betul. "Dapat itu rice maker kan? Aaa...mari ambil.."
Terus dia bagi dan, apa lagi?? Selfie la... hehehe!! Itu yang dalam gambar tu warna ungu yang saya pegang tu. Microwavable Rice Maker. Fungsi dia? Masak nasi guna microwave... 10minit siap!



Sebenarnya tujuan gi stokis tu nak bantu downline daftarkan ahli baru dia... sempat la amik gambar item2 sikit...
Sharifah Noor'Ain, downline saya yang kini dalam proses mendapatkan status Directornya. bergambar dengan kitbag Tupperware

Beli dua set, untuk diri dan anaknya.
Okaylah, anda pasti tertunggu-tunggukan? Nak tau sangatkan? 5 Fakta tentang diri saya...


Pertama! - Saya berketurunan campuran dari datuk dan nenek saya. Belah mak melayu+cina, belah ayah melayu+jepun. Malangnya... atuk saya yang cina tu dibesarkan dengan bahasa melayu dan sekolah Inggeris. Maka kami sangat tak pandai mandari. sikit-sikit boleh la... tapi senang citer anggap je tak reti langsung. Berbanding bahasa Jepun, kami ada kemahiran bertutur, menulis dan membaca. Walaupun tak berapa bagus...tapi boleh hidup la...

Kedua! - Saya suka makan! Dari masakan well-done western sampai la sementah-mentah sashimi atau sushi. Cuma yang saya tak suka makan... organ haiwan... sebab...

Ketiga! - Saya pentingkan kesihatan. Makan organ tak elok untuk kesihatan. Maka, saya sedikit memilih jenis masakan. Goreng takpe asal kurang minyak. Saya juga pengguna tegar produk kesihatan dari Tupperware NatureCare, Herbalife dan snek dari Isagenix. Yang lain saya tak ambil...

Keempat - I am a money magnet! Saya percaya, wang berada dimana-mana dan rezeki Allah yang tentukan. Bila saya mahu wang, ia pasti datang.

Kelima - Saya suka belajar, mahu diajar dan boleh mengajar. Ilmu adalah keutamaan bagi saya. Jadi wang yang saya ada lazimnya diguna untuk membeli buku, selain dari makanan dan Tupperware! ;)

So, itu dia lima fakta tentang diri saya. Anda? 
Jemput komen di ruang yang disediakan ya... cheers! ;)

1 comment:

Terima Kasih! ^_^