Hari ni saya terlintas membaca status di muka buka rakan karib saya. Ternampak pula aktiviti anjuran kelab blogger. Nampak menarik. Apa taknya, semua hendak menyertai cabaran
30 hari itu. Ramai yang berminat untuk bersama-sama.
Meskipun saya agak terlewat menyertai, namun... demi minat berblogging. Saya sertai juga. Berikut adalah senarai task yang diperlukan untuk anda membuat entri.
Satu hari satu task. Semua entri adalah berkisarkan tentang diri anda.
Bukan orang lain. Jujur, tiada kepalsuan.
So, ini dia senarai cabaran tersebut. Jadi, bila siap entri, copy dan pastekan link tersebut ke kelab blogger ben ashaari
di facebook. Letak hash tag #kelabbloggerbenashaari #cabaran30hari.
Selepas itu anda bolehlah blogwalking mereka. Tujuan cabaran ini murni,
kita akan mengenali seseorang itu dengan lebih rapat lagi. Seronok bukan
jika kita dapat mengenali sifat dan sikap seseorang yang bergelar teman
pada kita.
Baru 3 hari, anda masih boleh sertai lagi. Jom meriahkan segmen ini.
Ramai yang sudah join! Semua blogger hebat ada di sini... anda tak mahu
selit sekali?
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih! ^_^