Assalamualaikum,
Ketika entry ini dicoret, saya sedang membakar lemang sempena Aidiladha.
Dan
Baru sahaja pulang dari Petaling Jaya bertemu dengan rakan baik saya yang juga seorang deklamator hebat.
Dalam hidup saya, beliaulah orang pertama yang saya kira cukup banyak warna dalam kehidupan.
Terima kasih kepada saudara Noorhisyam Razali kerana membuka mata saya ke dunia puisi.
Sabtu: 12 Oktober 2013,
Saya diperkenalkan buat pertama kalinya dengan sebuah sajak karya Gunawan Mahmood.
JOM kita perhatikan bait-baitnya.
Tun Perak itu bijaksana orangnya lagi sopan tingkahnya
gagah perkasa tidak menghilangkan baik perilakunya
keperwiraannya tidak melenyapkan kesetiaannya
fikirannya bernas, tubuhnya perkasa, nadanya tegas
pandai bermain senjata, pandai pula bersilat kata
ungkapannya sarat strategi, tindakannya sudah teruji
suaranya adalah titah raja, titah raja adalah firasatnya.
Tun Perak lelaki Melayu tokoh terulung di zamannya
dialah pemerintah di bawah junjungan mahkota mulia
bijaksananya memikat ribuan orang datang berdagang
kepandaiannya terbina kota niaga dan pelabuhan
makmurnya tanah ini mengundang kuasa-kuasa Barat.
Tun Perak tahu di mana meletakkan dirinya
sedikit pun tidak terlintas menjadi Jebat yang derhaka
apa lagi menjadi Tuah yang setianya membuta
Tun Perak tidak menjadi raja walaupun di tangannya tergenggam kuasa
Tun Perak tidak angkuh walaupun tapaknya kukuh
setianya pada tugas terjunjung sepenuh jiwaraga
dia menjadi pemimpin di tengah-tengah rakyat
dia menjadi pekerja di sisi raja berdaulat
Tun Perak lelaki perkasa yang mengangkat martabat bangsa
dialah juga wira yang melebarkan wilayah kita.
Penuh hikmah lagi pandai menjaga harga diri
patuh kepada kuasa tertinggi
tetap menimbang dengan akal budi
musuh datang ditewaskan dengan helah hulubalang
sahabat pulang mengurut dada yang lapang.
Tun Perak, walaupun telah ratusan tahun kau pergi
tetapi semangatmu tetap pada dalam nurani kami
jasamu besar membina peribadi jatidiri
kaulah penyemai benih-benih demokrasi
di tanah bertuah ini.
Review:
Dalam rangkap pertama, awal2 lagi nama tokoh telah disebut. Barangkali penulis mengambil kira nilai 'darjat' seperti mana dalam surat2 dalam Al-Quran yg dimulakan dengan basmallah yg mbawa erti 'dengan NAMA Allah'. Mungkin.
Kemudian diceritakan pula sifat2 beliau yang saya nampak, tokoh adalah bendahara muslim yang SIHAT orangnya. Mana mungkin orang tidak sihat diiktiraf suaranya sbg titah raja, apatah lagi keperkasaan tubuhnya. Ternyata tokoh punya kemahiran furqan(menilai haq dgn batil) yg tinggi. (rujuk Al-Baqarah ayat 185)
Dalam rangkap kedua. Jasa tokoh dinampakkan dalam bentuk pembentukan suatu sistem kekhalifahan yg lengkap. Bayangkan besar mana sebuah pasar raya. Cuba pula bayangkan jika disebut KOTA niaga. Terbukti apabila Melaka itu sendiri diiktiraf sebagai kota niaga pada 700 tahun dahulu. Benarkan? Hebat! Pastinya dalam sistem begini pasti hulubalangnya bukan calang orang dan disini kita juga boleh nilaikan bagaimana hebatnya 5 pendekar ternama Melaka. Lebih mengagumkan, sistem yg diamalkan inilah yg mengembangkan Islam melalui dunia perniagaan.
Buktinya, kuasa barat seperti Portugis sanggup datang demi meluaskan kuasa mereka demi 3G(gospel, gold, glory)
Dalam rangkap ketiga, penulis menampakkan tokoh sbg seorang rijal(lelaki sejati) yg punya nilai toleransi yg tinggi. Bayangkan disaat inggeris cuba berunding dengan sultan untuk berurusan dibumi malaya, tokoh kelihatan tenang dan tegas dengan pendirian. Beliau tidak segera memberontak seperti Hang Jebat. Namun tidak juga taat membuta tuli seperti Hang Tuah yang sanggup dianiaya ulilamri(penanggungjawab/sultan) negara. Tokoh juga dinampakkan sebagai seorang yg disenangi dikalangan rakyat dan juga dikalangan pimpinan. Buktinya apabila beliau dijulang sebagai wira yg meluaskan wilayah. Barangkali apa yg dicerita ialah mengenai perang 3 wilayah iaitu ketika berlaku pergolakan antara Pahang, Melaka dan Johor.
Dalam rangkap keempat, penulis memuji kebijaksanaan tokoh berikutan kehebatannya mengatur strategi peperangan iaitu dengan menambat puntung api pada pokok-pokok yang berada di sepanjang sungai sebagai helah menunjukkan angkatan Melaka mempunyai bilangan anggota yang ramai.
Hebatkan?
Ternyata, secara peribadi saya rasakan penulis adalah seorang yg genius dalam penulisan. Bait2nya diatur dengan baik sekali. Malah tepat!
Anda pula? Tuliskan tanggapan anda diruangan komen.