Wednesday, 16 October 2013

Cerita Pasal Semangat

Assalamualaikum!

Alhamdulillah raya haji kali ni meriah sungguh...
One of the best...
Tak sangka lepas datang menuntut ilmu kat party di Puchong,
ada pula cerita lain...
Jom masak2... Pastu Jom-Tapau-Weh!
memang meriah Party kat Puchong Perdana ni. Ceritanya, saya nak ke KL ambil barang je... itu pon mula2 abang Syam tak berapa galakkan. Yelah, risau DIQ saya kat Kuantan tu struggle sorang2. But, NOT a problem. We'll survive! Dan saya percaya dan pasti kami berjaya :)
Pada masa yang sama, saya juga mengalami konflik membuat keputusan sebenarnya. Tapi kerana niat yang betul dan keputusan yang tepat, alhamdulillah, kehadiran saya memang tak sia-sia.
Bukan saja dapat ambil barang, tapi dapat juga belajar sambil bantu sifu saya ni buat jamuan untuk anak buah baru rakan seperjuangan saya Kak Jun.

Maaf gambar blur...sengaja..hehehe
Okay, lepas party kononnya, aku nak balik terus ke Kuantan, tapi...tengok2 rupanya...ada orang perlukan bantuan...nak pindah rumah rupanya. So, tolong2lah dengan budak2 ni... Tuan rumah dengan sportingnya belanja kitorang KFC kul 2.00pagi.

Esoknya, dalam pada siap2 nak balik, Mak call dari Kuantan. "Ko nak balik Kuantan ari ni ke? Tak payahlah. Kitorang esok terus ke Bentong.."
Ape lagi, melompat la aku! Seronok plak...dapat spend time ngan abg Syam & dik Haikal.
Diorang bawa aku pi jalan2 KL. Selama ni kalau aku gi KL memang aku buat menda2 lame je...ala2 otaku...
This time, mmg meriah!



Esoknya, dah nak raya haji...masa balik tu aku dah siap peluk ala2 farewell dah...tapi...nak jadi takdir jugak...NAH!

Pagi beraya kat Bentong...tetiba, tengah hari mak saya cakap "Jap lagi kita raya kat KL plak, kak Dirah kerja, petang baru abis syif. Kita beraya rumah dia plak..."
Twit-twit! whatsapp aku berbunyi - "Jom beraya kat rumah Fa petang ni. Siapa nak ikut?"
Terus aku jawab "Nak ikut!"
Dan petang tu jugaklah, jumpa balik abg Syam yg tengah belek2 enjin kete dalam suara dah serak...
Sampai2 je tengok ada orang tengah repair kereta..
Beraya kat rumah Fa ngan abg Syam, Eddy & Buck...
 Dalam duk makan2 tu sempatlah kitorang sembang2...

Cerita Pasal Semangat

1) Nak berjaya kena ada Niat yang betul.
- Bukan untuk membuktikan kita boleh kalahkan orang lain. Tapi untuk membuktikan yang semua orang boleh berjaya. dan semua orang ada peluang yang sama. Innama a'malu bin niat. Setiap sesuatu perkara itu bermula dengan niat.

2) Bersedia untuk Belajar dan diAjar
- Bila kita niat nak belajar. Kita kena buka minda kita untuk sedia terima sesuatu ilmu itu dengan terbuka. Tanpa niat bangkang. Always open to recieved!

3) Positive
- Memang tidak dinafikan adakalanya minda separa sedar kita ni banyak keluarkan tanggapan negatif. Tapi cubalah dengan melihat dari sudut yang lebih baik. Terima dengan lebih baik. Secara positif. That's what TEAM are for. Mendapat aura dan cas2 positif dari rakan2 yang positif.