Assalamualaikum dan salam lebaran!
Guane aok seme? Beraya sakan tak?
Koi beraye kat Bentong ni ah. Rumah arwah atok nenek. Tempat kelahiran koi jugak. Rodong2 sedare mara pun ramai sini weh.
Macam tu lah kalau bertutur kata dengan orang Pahang.
Cakapnya leweh.
Koi=saya(loghat pahang timur spt temerloh, karak)
Rodong=kawan/kenalan
Hari raya pertama cukup meriah walaupun terlupa bawa bunga api kat Kuantan. Hajatnya nk main ngan anak2 buah, tapi nampaknya dengan kawan2 kat Kuantan jelah...
Pagi raya, kami solat sunat aidilfitri di masjid semambu kuantan. Tempat paling ramai kenalan rapat sejak sekolah rendah. Siap je, terus masuk bagasi dalam kereta dan vrooom! Singgah ke Maran tengok kucing kat rumah mak abah, then, singgah melawat keluarga Pakistan kt area sini. Diorang kenalan rapat mak abah kat sini. Sempat la juga saya hulur katalog. Suka betul diorang tengok barang memasak!
Sempat juga beraya kt rumah rakan sekerja ayah kt kampung di Maran ni. Warga Indon... Sedap juga tumbuk diorang. Ala2 lemang rebus gitu.
Lebih kurang kul 2ptg, kitorang pun sampai Bentong. Rumah 1st yg kitorang visit is rumah Aki Cu Yus. Maklumlah aki & wan (atok & nenek) 2-2belah dah takde, so rumah adik2 diorang la jd tempat bertandang. Lagipun, mesti utamakan yg paling tua, betul tak?
Alhamdulillah, diorang sihat lagi. Memasak pun berdaya lagi. Bab makan pun diorang jaga jugak...
So, lesson nya, kalau korang nak hidup SIHAT LAMA, JAGA MAKAN.
Saya?
Err...hehe... Alhamdulillah still under control (^_^)v peace~
Before, kitorang ke rumah arwah nenek di kg.baru(which tempat all cousins gathering), singgah lah juga rumah Mak Cu Esah. Antara rumah fav saya sebab semua kuih yg saya suka ada. The BEST place to bring your Cozy Nest untuk tapau segala jenis home-made kuih tradisional.
End on day... Dinner kat MerryBrown Bentong. Baru je buka. Servis pun baik...lagi. Que panjang, tapi waiter ambil inisiatif ambil order on the row. Bagus kan?
Masuk hari kedua,
Macam tiap2 tahun, acara wajib 2 Syawal mestilah singgah kubur pagi2. Meriah sungguh pagi tadi. Semoga warga kubur semua happy ...
Btw, jalan KL-Raub dah mula jammed. So awal2 kena beredar...
Bagi mengelakkan masa terbuang kt jalan, kami terus ramai2 pakat pi rumah yg confirm ada orang. Rumah Mak Chik Jah. Kembarnya MakCu Esah... FYI, Briyani dan teh paling sedap ada disini. But not for sale. Haha...
MakCu & Mak Chik sebenarnya peniaga kuih since kecik lagi. Sebab Arwah Wan dulu mmg peniaga kuih. Aku pun selalu join diorang niaga since darjah empat. Asal cuti sem je mesti nk balik kampung walaupun naik bas ekspress dari Kuantan sorang2.
Agaknya inilah sebab aku berbeza ngan adik2 lain. Lebih independant & suka meniaga.
Ok, cukup bab tu...sedih plak teringat arwah wan...manja dulu saya dengan dia...
Tup tap, tup tap... 12 tengah hari dah balik rumah kt kg.baru, tido jap, pastu terus gi solat Jumaat di bandar.
Petang tu dalam kul 3 call downline di Taman Harmoni, Bentong.
Alhamdulillah dapat juga bertemu dengan dia. Sempatlah juga bergambar dan serahkan kit bag kat Norazhar. Meriah juga family dia ni. Very supportive.
Balik dari rumah beliau, saya terus kembali ke kg.Baru. Keletihan+kekenyangan=Ketiduran
ZzzZZ...
Maghrib dah!
Bangun, solat, lepak tgk tv... "Apa Celop Toqq"
Mengarut, tapi sebab dah bosan tgk aje...sambil gossip2 ngan mak2 sedare. Haha!
Tetiba abah cakap nk gi makan Musang King kat Chamang. Apa lagi, melompat terus la aku!
Lebih kurang RM14-20 sebiji. Kat 80hinggit habis! Janji puas! Kekeke... Tapi sebab mak mmg tak berapa layan durian. Bawa jugalah ke OldTown....
Penutup citer... Balik rumah nenek, masing2 cari tilam. Saya sempatlah main mercun kejap ala2 kanak2 ribena ngan anak2 buah...
*tarik nafas...* Huh---!
Masuk bilik dan buat entry blog ni...
Puas!
Bagaimana dengan Hari Raya anda? Kongsikan bersama dalam ruangan komen ;)
Ps: Raya ni paling best. Sebab meriah, dapat duit raya RM100(hehe...tak sangka betul) dan sbb ada tupperware... :D