End of Raya di Kampung

Assalamualaikum wbt!

Apa khabar kalian semua?
Alhamdulillah sesi perayaan di kampungku Bentong selesai sudah...
Asalnya nak buat entry ni awal sikit...TAPI sebab nak jaga mutu blog punya pasal,
mesti nak kena update guna laptop jugak. DAN Wi-Fi...
Bukan apa, nanti tak kemas, ye dak?
Hah,
ni lah nak cerita sikit... pasal ending raya yang officially tamat pada Ahad lepas.
Hari tu memang tak banyak dah rumah yang saya pergi.
Cuma beberapa buah rumah je.
First, rumah kerabat kami yang paling rapat dengan kerabat di Jepun.
Kisahnya panjang...so, nak pendekkan cerita, dulu orang Melayu tak suka orang Jepun. Jadi, ayah kepada arwah moyang aku ni tinggalkanlah anak bini dia yg perempuan kat Malaya ni.
Sebabnya, zaman tu kan orang perempuan semua duk rumah je, tak keluar rumah.
Bila zaman tu dah reda, anak2 angkat ngan cucu2 pun dah mula dewasa. Adalah sorang cucu ni tanya, "Apa pasal nenek takde ayah? Surat lahir pun takde..." maka, arwah moyang aku ni pun cakap "shhh...jangan cakap kuat2, nanti orang dengar. Atok engkau orang Jepun..."
gitulah kisahnya...
yang paling sedih, semua dokumentasi berkenaan keluarga di sana takde sorang pun rekod.
Luar biasanya, YA! Sesiapa saja kat Jepun tu boleh jadi keluarga kami!
Tapi apa yang saya belajar lebih ialah, Islam itu satu penyatuan.
Live & Love!
Meriah kan?
Lepas tu kitorang terus pergi KL visit rumah adik pula. Dia baru berumah tangga. Malam tu dia kerja. So kitorang pun pergilah jalan2. Tapi dah lewat sangat sampai kat Midvalley, belasah Manhattan Fish Market aja... Not Bad Lah! Sedap juga~ Tiram dia kental, tak berbau dan ada rasa!

Malam tu memang kenyang giler...sampaikan dalam WA chat group pun ada yang tegur aku nampak gemuk. hehehe...
Alah, raya kan memang time orang cari penyakit ape? hehehe...

Masuk hari Ahad, telefon kerap betul berdering... banyak betul permintaan dengan orang yang nak buat appoinment.
Nasib baik bertolak dari KL awal, sempat rush ke Kuantan. Nak jumpa kawan kul 5.00petang. special punya! Tapi sebelum sampai Kuantan, singgah sekejap rumah pak cik di Bentong. dia baru balik dari rumah mentua di Banting.

Sampai Kuantan je ngam2 sempat wrap kuih raya dalam tupperware kat tetamu istimewa kami dari Shah Alam. Dr.Kamarul... Belajar banyak sangat dari dia. Nanti saya akan poskan video nya ya! :)
Team Power tahun ini beraya dengan warna ungu! Anda  Bagaimana? Kongsikan cerita anda di ruangan komen... ;)


PS: Masih lagi ada beberapa saja lagi stok barang terhad ni. Grab it fast! Kalau anda tak call saya untuk dapatkan barang2 ni, ANDAlah manusia yang paling rugi dalam tempoh promosi ni.
Dail 0139733779 sekarang!

Terima Kasih Sudi Lawat~. Powered by Blogger.

Search This Blog

Jom Jadi Peminat Tupperware Malaysia

Google+ Followers

Followers

Tupperware Sg. Petani TV: Jom Tapau Weh!