Saya join bisnes ni pada Julai 2013. Waktu tu bulan puasa.
Produk yang paling banyak permintaan masa tu ialah Condimate(kalian boleh google) dan malang bagi saya sebab stok produk tu dah habis di stokis menyebabkan saya buntu nak jual apa.
Tapi syukur dengan diberi kesusahan dan cabaran menjual diawal permulaan bisnes, saya belajar awal untuk counter masalah ni.
Saya cepat2 fokus jual item lain dan jual seolah2 barang tu sangat penting untuk dimiliki. Antara yang paling mudah jual ialah Eco Bottle.
Sebab produk kesihatan jenis bancuh banyak dipasaran dan ia juga menjadi keperluan bagi mereka yang faham pentingnya ada bekalan air bersih.
Masa mula2 saya jual dulu ada 4 cara.
1. Facebook
2. Blog
3. Pasar pagi/malam
4. Party
Party bukanlah kelebihan saya. Sebab saya kurang pandai nak bersembang. Kalau nak celoteh sikit2 boleh la.
Sebaik saja saya dah jadi ahli, perkara pertama saya buat ialah iklan di facebook.
Untuk pengetahuan, bila dah daftar jadi ahli biasa(RM73.50) kita kena ada sales runcit minima RM150. Tak kisah sales tu kita beli untuk guna sendiri atau untuk customer. Yang penting dalam sistem, kat nama kita tu ada nilai sekian untuk personal sales.
Saya jenis tak suka simpan stok dan berjimat. So, masa saya daftar dulu saya tak buat pun belian produk bernilai RM150 tu. Saya dapat order dari iklan di Facebook. Mula2 iklan di wall sendiri. Sekarang guna fb page dan fb market place lebih dari personal fb.
Blog saya selalu update supaya selalu boleh muncul di enjin carian Google. Lagi kerap anda update, lebih tinggi SEO anda. Maka, lebih mudah untuk anda dapat customer online.
Jualan di pasar pagi/malam saya buat sekali sekala. Tujuannya supaya dikenali komuniti setempat.
Bila mereka rasa nak beli, nanti mereka call je saya untuk hantar terus ke rumah/pejabat.
TERKINI ada beberapa cara lagi saya kembangkan jualan saya. Yang ini tak ramai orang buat.
1. YouTube
2. Google Maps/Business
YouTube tujuannya untuk kita bina reputasi dengan menyampaikan maklumat tentang produk dan servis yang saya buat. Selalunya, hasil yang dapat ialah orang yang nak daftar ahli. Jualan tak banyak...
Google Maps & Google Business pula terkait.
Dari Google Maps kita boleh dapat banyak order dari lokasi terdekat.
Caranya,
buka Google Maps. Tag rumah/pejabat/kedai/lokasi yang anda rasa sesuai dengan nama perniagaan anda atau identiti yang sesuai. Contohnya, namakan ia sebagai Tupperware Taman Tun.
Bila anda tag, pastikan anda dah sign in dalam google account anda.
Sebab, kemudian anda tag tempat yang anda tanda tu sebagai 'kedai' anda.
Nanti anda akan dibawa ke laman Google Business untuk setup waktu operasi 'kedai' anda dan butiran lain seperti nombor telefon dll.
Cara ni agak berkesan dan membantu untuk anda dapat pelanggan yang terdekat dan kekerapan yang agak memberangsangkan.
SELAMAT MENCUBA. SEMOGA BERJAYA!
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih! ^_^