Wednesday, 23 August 2017

Kenapa Usahawan Mudah Putus Asa?

Assalamualaikum semua,

Entry ni saya dapat dari e-mail En.Faisal Abdullah. CEO/Founder Nasihat Niaga. Perkongsiannya begini.

Salah satu sikap yang wajib ada pada seorag usahawan ialah mereka tidak mudah putus asa.

Gagal itu adalah asam garam dalam berbisnes. 

Usahawan yang berjaya tidak akan putus asa dan menjadikan kegagalan itu sebagai batu loncatan untuk mereka terus melangkah jauh.

Tapi kenapa ada saja usawahan yang mudah berputus asa?

Salah satu sebabnya ialah mereka tidak ada matlamat yang jelas.

Mereka tak tahu apa yang sebetulnya hendak dicapai apabila mula berbisnes. 

Tiada matlamat jangka pendek mahupun matlamat jangka panjang yang mahu dicapai.

Akhirnya mereka terpaksa berputus asa dan kembali kepada seorang yang tunduk kepada kegagalan buat kesekian kalinya.

Satu aktiviti yang dapat membantu mendapatkan matlamat yang jelas ialah dengan menulis impian.

Semua orang pasti mempunyai seribu satu impian. Tapi adakah mereka menulis impian tersebut di atas kertas dan berusaha ke arah itu?

Atau impian hanya tinggal impian. Datang dan pergi di dalam fikiran begitu sahaja.

Inilah yang perlu diperbetulkan terutama kepada usahawan yang mahu berjaya.

Proses menulis impian perlu dijadikan tabiat semua orang kerana ia adalah langkah pertama untuk mencapai kejayaan.

Impian inilah yang akan menjadi penggerak ketika mana saat ditimpa kesusahan.

Jika anda terfikir untuk berputus asa, ingat kembali impian yang sudah anda tulis. Terus bangkit segera mengejar impian tersebut.

Ramai usahawan yang telah berjaya menjadikan impian mereka sebagai ' BIG WHY ' untuk mereka terus bertahan.

Sebagai cadangan, setiap hari perkara anda perlu buat ialah :

1. Tulis semua impian anda di atas kertas dan bacalah ia sambil membanyangkan anda telah mencapai impian tersebut.

2. Sebelum tidur, baca kembali impian tersebut dan bayangkan anda telah meraikan impian tersebut.

3. Cerita dan kongsi impian anda kepada pasangan atau orang terdekat. Minta sokongan moral dari mereka

4. Tampal impian anda di tempat yang anda boleh lihat selalu sebagai peringatan.

Ramai orang juga masih tak tahu menulis impian dengan betul dan ada juga yang menulis impian yang tidak memberi manfaat kepada mereka.

Jika anda mahu cara yang lebih terperinci berkenaan strategi menulis impian ini, saya ada kongsikan dalam group meeting saya.

Untuk mendaftar sebagai ahli group, anda boleh klik link ini -> DAFTAR
atau whatsapp saya 013 973 3779

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih! ^_^