Hai... Assalamualaikum semua,
Hari ni ada terima seorang yang berminat nak join dropship Tupperware..
Sebenarnya Yoshi tak minat sangat nak ambil ejen dropship ni.
Sebabnya, sebelum ni dah ambil ramai.
Siap buat group whatsapp lagi.
Tapi krik krik je... sunyi... kadang2 bunyi cengkerik pun tak dengar.
Yoshi tak tahulah diorang ni sebenarnya nak cari duit ke tak?
Bila tanya, tak jawab. Ada yang kata, payah nak jual.
Tapi bagi Yoshi, itu semua alasan...
Lain kali, sebelum nak jual... tak kisah lah apa pun, survey dulu.
You all boleh try buat IKLAN ACAH dulu... contoh?
"Assalamualaikum, saya nak tanya pendapat. Kalau saya nak jual Tupperware online, ada yang sokong tak?"
Atau
"Ada top consultant Tupperware offer produk Tupperware dengan harga istimewa kepada saya. Jadi, saya fikir bagus saya ambil peluang ni untuk buat dropship. Apa kata kawan-kawan?"
Korang cuba la tengok feedback nya nanti. Kalau respon atau tindakbalasnya baik. Boleh la teruskan niat tu.
Kalau, korang berminat... ini yang korang kena tahu...
Tupperware ni produk dia bulanan, jadi tak semua barang yang customer minta tu ada.
Jadi...
Kita kena check dulu barang tu ada jual ke tak.
Cara dia, refer pada katalog. Katalog saya ada letak di blog, atau boleh refer di tupperware.com.my
Atau page fb saya facebook.com/jomtapauweh...
Status stok ada ke tak tanya saya...
Tentang harga...
Saya bagi ejen dropship diskaun 25% dari harga katalog
Item yang bertanda NETT tiada diskaun.
JUALAN
- Tiada jualan loose untuk item dalam bentuk set.
- item pwp(purchase with purchase) & exclusive purchase juga tiada jual loose.
Harga warna hitam pada katalog ialah harga jualan biasa. Harga yang ada warna merah, adalah harga promosi semasa untuk customer.
- ejen layak diskaun 25% dari harga promosi(yang warna merah)
Pos pula...
Ikut bajet customer & berat item. Harga pos saya akan beri setelah diketahui kuantiti order & kesegeraan customer.
Clear tak penjelasan setakat ni?
Sebarang pertanyaan tanya saya ye... 013 973 3779
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih! ^_^