Saturday, 20 May 2017

Kenapa Tikus Suka Gigit Tupperware?


Assalamualaikum,

Terbaca Yoshi dalam perbincangan dalam group whatsapp, ada seorang akak ni tanya... "Kenapalah tupperware ni suka sangat cik T gigit. Plastik biasa tak mau pula? Sedap sangat ke?"

Yoshi pasti ramai juga yang selalu tertanya-tanya kan?

Dulu saya pun hairan juga. Macam-macam jawapan yang saya dengar. Tapi yang paling banyak bagi jawapan "Sebab bekas tak cuci bersih, maka aromanya masih lekat pada tupperware..."
Sebenarnya jawapan tu kurang...
Sebab kalau nak kira aroma melekat, bekas tipuware yang biasa-biasa tu pun ada yang basuhannya tak bersih dan masih berbau..

Tapi ada orang bangkang sebab katanya "plastik biasa ada bahan kimia yang tikus tak suka.." Namun jawapan tu boleh dibidas dengan akuran ramai orang tentang "kalau camtu kenapa wayar kabel elektrik pun tikus suka gigit?"

Betul kan?

Jadi apa jawapan sebenarnya?

OK ini penjelasannya...

Mula-mula, kita tengok dulu apa bahan yang diguna  untuk buat plastik:
1. PETE: Polyethylene terephthalate ethylene, used for soft drink, juice, water, deter g ent, cleaner and peanut butter containers.

2. HDPE: High-density polyethylene, used in opaq ue plastic milk and water jugs, bleach, detergent and shampoo bottles and some plastic bags.

3. PVC or V: Polyvinyl chloride, used for clin g wrap, some plastic squeeze bottles, cookin g oil and peanut butter jars, detergent and window cleaner bottles.

4. LDPE: Low density polyethylene, used in grocery store bags, most plastic wraps and some bottles.

5. PP: Polypropylene, used in most deli soup, syrup and yogurt containers, straws and other clouded plastic containers, including baby bottles.

6. PS: Polystyrene, used in Styrofoam food trays, e gg cartons, disposable cups and bowls, carryout containers and opaque plastic cutlery.

7. Other: Other plastics, including acrylonitrile bu tadiene styrene, acrylic, polycarbonate, polylactic acid, nylon and fiberglass. Used in most plastic baby bottles, 5-gallon water bottles, "sport" water bottles, metal food can liners, clear plastic "sippy" cups and some clear plastic cutlery. New bio-based plastics ma y also be labeled #7. Polyamide or PA is typically used for kitchen utensils. Polyethesulp hone or PES is a high heat material that can be used for microwave cooking.

JADI APA BAHAN YANG DIGUNA UNTUK BUAT TUPPERWARE
Bahannya, adalah plastik kategori nombor 4,5 & 7.
Rujuk di sini -> http://order.tupperware.com/coe-pdf/tupp_2010_materials.pdf

Kaitan dengan kabel?
Apa bahan untuk buat penebat kabel?
Salah satu bahan yang digunakan untuk buat penebat kebel hari ini adalah polylactic-acid (PLA), kerana bahan tersebut mudah lentur, tahan, murah dan mudah didapati.
Dari mana datangnya PLA?
Kebanyakannya bersumberkan dari jagung.
Ya, jagung!
Jangan tak percaya dengan jagung boleh hasilkan bahan untuk buat plastik. Nak pendekkan cerita, jagungkan boleh buat minyak, dan dari minyak kan kita boleh buat plastic.

Jadi kalau perasan....
Dekat bahagian no.7 tu ada ditulis 'polylactic acid'.
Bahan inilah yang menarik deria rasa tikus untuk gerit plastik-plastik ni.


APAKAH SOLUSI KEPADA PERKARA INI?
1. Cuci tupperware bersih-bersih. Gunalah berus jika perlu.
2. Pastikan tiada bau dan simpan dalam keadaan kering.
3. Pastikan pegang dengan tangan yang bersih supaya bau tak lekat dan...
4. Simpanlah di tempat tertutup dan tinggi. Sebab kotak pun tikus boleh gerit wehhh!!

Semoga tips ini membantu dan merungkai misteri yang anda alami selama ini...

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih! ^_^