Hari ni saya terima tips yang baik dari group whatsapp.
Mungkin anda boleh share sesama rakan bisnes anda.
Saya pun kurang pasti dari mana sumbernya. Apapun, semoga yang berkongsi ni diberkati...
Sebelum baca, jamu mata dulu... hehehe |
Sudah menjadi lumrah dalam dunia perniagaan pastinya kita akan berjumpa dengan pelbagai kerenah prospek. Penting untuk kita tahu bagaimana komunikasi yang terbaik untuk berhadapan dengan mereka. Lagi-lagi prospek yang suka bagi alasan.
Jangan buat 5 perkara ini apabila berdepan dengan prospek yang suka bagi alasan untuk membeli.
#1 – Jangan Bertekak
Anda akan hilang peluang untuk buat jualan apabila anda mula bertekak dengan prospek. Walaupun anda betul, itu bukan sebab yang baik untuk mulakan pertengkaran.
#2 – Jangan Serang Peribadi
Mungkin prospek ambil masa sedikit untuk buat keputusan pembelian. Jangan kata macam ini, “Tuan kena buat keputusan sekarang. Fast action, fast result. Kalau tuan slow sahaja macam mana nak nampak hasil?” Asingkan elemen peribadi daripada alasan prospek.
#3 – Jangan Main Teka
Prospek kata, “Saya nak servis yang bagus.” Anda pun jawab, “Servis kami memang bagus. Puan boleh hubungi kami bila-bila masa.” Sepatutnya anda kena dapatkan kepastian daripada prospek, apa yang dia maksudkan dengan servis yang bagus. Dia mungkin maksudkan tentang tempoh jaminan, khidmat nasihat, alat ganti dan sebagainya. Jadi jangan main teka sahaja.
#4 – Jangan Hina Prospek
Katakanlah prospek kata, “Mahalnya harga barang ini.” Jangan jawab balik, “Barang berkualiti memang mahal. Cik tak pakai barang berkualiti kah?” Tapi cuba jawab dengan cara baik, “Saya faham cik bimbang tentang harga ini. Boleh saya tahu kenapa cik kata barang ini mahal?”
#5 – Jangan Lari Daripada Masalah
“Saya tak suka awak.” Marah tak bila prospek kata macam ini? Tapi daripada marah, baik ambil tahu kenapa prospek beremosi macam itu sekali?
“Boleh saya tahu kenapa cik tak suka saya? Mungkin saya ada buat kesilapan yang saya terlepas pandang.” Mungkin cara anda buat follow up salah. Mungkin cara anda dapatkan jualan terlalu memaksa. Ambil tahu dan selesaikan masalah anda dengan prospek. Kekalkan hubungan baik untuk keuntungan berpanjangan...
Perkongsian yang amat menarik sekali untuk kaki bisnes yang selalu berjumpa dengan pelanggan..
ReplyDeleteIkhlas dari
AlongMisuari.com