Tuesday, 31 May 2016

TIPS Buang Sifat Negatif

Sudi sudikan yer.. Renungan kita bersama

Assalam,
Saya menulis entry ini untuk share selama beberapa tahun saya buat bisness ini.
Saya dapat satu rahsia yang mana untuk berjaya bukan halangan untuk siapa sahaja.
Ramai betul orang mengadu...
"Saya tak ada modal.. Saya tak pandai niaga.. Saya tak pandai online.."
 
Sebenarnya bukan dia tak boleh.. tapi dia MALAS.. itu lah dia akan beralasan sepanjang HAYATnya..
Saya gelarkan diri saya Yoshi yer.. memandangkan memang kat facebook nama tu yang glemer.

Actually, Yoshi rasa dah lewat sangat nak mulakan bisnes Multi Level Marketing ini, dan rupanya...
Yoshi boleh pintas masa orang lain yang berpuluh tahun tapi masih rank dan tahap yang sama.
Maksudnya sekarang ini, konsepnya bukan berapa lama dia masuk, tetapi berapa cepat dia maju.

Cepat dan lambat maju ini sebenarnya ada kaitan dengan gigih dan usaha.

Yoshi dah cerita kat fb tentang KELUK kejayaan yang mana GIGIH dan USAHA saling seiring.
Ada orang yang usaha sikit dan gigih siang malam untuk berniaga, menunggu customer PM dan beli.
Walhal, dia pun kena usaha untuk cari customer. Kita bukan ARTIS sampai orang tergila-gilakan kite.

Fizo dan Mawar Fareeda pun.. bukan boleh dapat orang yang gila-gila terkam stokis dia tanpa ada drama dan strategi.
So.. kena usaha cari dan prospek downline kita

Kadang-kadang Yoshi tengok ada downline yang semangat sampai berkobar-kobar nak kaya dan berjaya. TAPI duduk umah makan keropok je. 
Hari-hari!
Pastu cakap kat saya "ORANG TAK ADA NAK JOIN AHLI..."
...
DAH ko terjelepok kat rumah je.. mana lah orang tahu ko jual tupperware??? Pastu salahkan orang tak nak  masuk jadi downline ko.. Kamu sendiri tak promosi diri.. 
Yoshi kekadang nak je cakap agak lazer serupa Ultraman tapi saya baik hati tau... (heheheh perasan)
Soal promosi memang tak dapat dinafikan.. ramai yang selesa dengan cara promosi di FB.. 
Jual... Jual... Jual... dan semua sama sahaja.. jual dan tak ada beza.. 
Bila orang rendahkan harga.. 
Kita mengamok dan report orang tu... 
Walhal.. kita sendiri tak nak promosi dengan persaingan bukan harga..
Kita bagilah hadiah... kita COD dan ucap terima kasih.. semua tu.. kekadang orang sanggup bayar mahal utk dapatkan servis Tip Top macam tu...

Wah... tak sangka panjang lebar saya berleter.. saya memang agak geram bile orang orang kita dan downline saya.. asyikkkk bagi alasan. 
Dan paling nyampah.. " dah dapat RM20 ribu.. bagi lah sikit.. seribu ker??" --> ko ingat aku duduk sahaja dapat duit ini (cakap dalam hati).. Tapi kita jawab molek je.. "Insyallah.. kalau kita gigih dan kuat berusaha, kita akan berjaya. Malah RM30 ribu pun boleh..."

Gitu la.. kena positif. Ttapi bile dengar tu rasa macam nak cekik jugak leher orang yang cakap tu.
Baiklah Yoshi nak share TIPS yang saya lalui sepanjang niaga tupperware ni.

Sedia??

Tips hari ini adalah ...

===================================
TIPS BUANG SIFAT NEGATIF DALAM DIRI
===================================

Nak bagitahu sifat syaitan yang jahat dalam diri tu kena buang jauh jauh.
Macam nak puasa ni... boleh kita sedekah dan buat juadah berbuka lebih dan sedekah kepada surau. Kalau kita bajet duit gaji sahaja, macam mana kita nak bersedekah?
Itu sebab saya KUAT untuk buang sikap negatif dalam diri.

1. BUANG PRASANGKANEGATIF
Paling utama sifat syaitan yang kena buang dulu adalah dengan membuang sifat negatif yang mana selalu sahaja kita ada.
Tengok orang lain berjaya, cakap "Ala.. bukan dia yang buat.. upline topup sales la tu".. 
Pastu kita kita pun asyik nak fikir SUSAAAAHHH je sepanjang masa.. itu susah dan ini susah.. 
Sampai kita nak suap makanan kat mulut pun susah.
Memang kalau tahap begitu.. baik duduk dan menantilah rezeki gugur dari langit.. 
CUBA lah UBAH sikap tu kepada sikap yang positif.. "Aku BOLEH !!" Tak cube tak tahu.. I can do it!"..
 
Dan kita kena rasa diri kita mampu dan tak salah kita nak mencuba.. 
Yoshi sendiri, kalau ikutkan rasa DOWN sebab bisnes ini semua pompuan yang buat dan saya tak putus asa sebab kita nak berjaya.
Bukan bergantung harap orang lain.
KITA SAHAJA! Jadi bile free je, saya terus start ONLINE dan cari strategi secara ALL OUT di facebook, blog dan YouTube..

SIAPA KATA lelaki PART TIME tak leh berjaya??.. saya akan buktikan.. ia sebenarnya tidak benar.. SAYA MAMPU BERJAYA.. kalau fikirkan.. memang macam mimpi nak dapat RM 9K tu sebagai passive income dalam sebulan.
Sebelum nie.. dalam 10bulan.. tapi sebab kita niaga dan bina rangkaian.. ia jadi makin pendek kepada sebulan...


2. ELAK SIFAT PHD & PANDANG RENDAH
Pernah tak anda rasa dengki dengan kejayaan orang lain??
Saya pun pernah, tapi saya dah tukar set minda.. 
Dengki kepada rasa CEMBURU dengan kejayaan dia.. 
dan anggapkan dia pencetus cabaran dan mencabar diri untuk jadi macam dia.. 

Sifat PHD nie... bile kita tak tukarkan sesuatu yang tak elok.. kita dengki dengan dia sebab dia berjaya.. 
kita pancitkan tayar dia.. itu SYAITAN namanya.. so, tukarkan perasaan tu dan anggap.. 
"Aku pun boleh berjaya macam dia".. kenapa aku tak boleh??? Aku sempurna anggota.. "
Yoshi selalu dok bagi semangat macam tu.. dan selalunya,., kita jangan sesekali pandang rendah kat orang lain.. 
Kita tengok dia ala ala pakai baju kedut,.. kita terus kata.. "INI BUKAN PROSPEK" terus tak nak dekati dia.. walhal.. dia punya potensi yang bagus kalau berniaga.. 
INGAT!!.. kita kena bersikap adil kepada semua manusia.. jangan pandang serong kat orang lain..

 
3. JANGAN MALAS & JANGAN JADI PENIPU DAN TAK IKHLAS
Pengalaman malas dalam sehari memang Yoshi pun penah.. bantai tidur dari pagi sampai petang dan bile petang.. kepala jadi pening dan rasa nak malam.. 
Memang rasa kehilangan masa yang berharga.. 
Ganti tidur sebenarnya satu reward untuk bagi kita berehat dan timbal balik sebab kita berjaga malam.. 
Tapi kalau HARI HARI qadaq tidur.. itu dah jadi PEMALAS.. 

No! No! No! Dah lama kita malas.. kerje kita asyik nak menipu orang je kerje.. jual barang yang tak elok.. dan tipu sana sini.. memang hidup tak diberkati.. 
Bayangkan.. ada bisnes yang saya dengar.. orang tu kena buat loan beribu ribu dan beli secara banyak.. 
dan kemudian terus jual.. dan bagi saya , TUPPERWARE tak macam tu.. 
Tak ada sampai beli beribu-ribu.. 
Cuma, kalau ada order baru beli.. dan ikut strategi yang ditetapkan.. 

OK.. Pasal ikhlas ni.. kena betul betul sucikan diri.. kalau kita bantu orang.. bantulah seikhlasnya.. 
Kita turunkan ilmu dan tips dengan niat nak bantu dia dan niat berjaya.. 
Kita tumpang bangga.. perasaan utk bantu dia mesti IKHLAS dan insyallah.. kita akan rasa kejayaan dia.. adalah kejayaan kita juga..


4. USIR RASA BODOH SOMBONG
Poyo dan bongkak serta bodoh sombong adalah sifat syaitan yang sangat sangat banyak kalau kita dah start nak UP dalam bisness.. bisness baru je nak meletops.. terus kita rasa DIVA dan rasa ala ala pandaiiiii sangat., padahal.. ALLAH baru bagi kejayaan sikit dan nak tengok kita nie stop untuk belajar atau terus mencari ilmu.
Kalau kita seorang yang bagus dan nak kekal berjaya.. sikap bodoh sombong kena ketepikan.. kita tak tahu dan kurang ilmu.. carilah.. jangan tipu diri sendiri.. bile tak pandai.. cakap pandai.. mengalah dan mengaku nak belajar dari rasa pandai dan mengharap orang kata kita HEBAT sebenarnya merosakkan diri kita.. 

Jauhkanlah rasa takbur tapi tenang dan rendah diri sahaja bile bercakap dengan orang lain.. 
Saya rasa.. kita perlu ada sikap nak belajar walaupun kita dah pandai.. 
Yoshi sendiri banyak belajar dari downline dan kawan-kawan sebab kita nie bukannyer genius yang semua kat otak.

So jangan jadi bodoh (tak nak belajar) dan sombong (ala ala berangan pandai).


5. RIAK & TAK BERSYUKUR
Patut tak kita rasa bangga dengan kejayaan diri kita.. jawabnya.. memang patut.. tapi bile kita dah bangga tahap macam "AKU BERJAYA SEBAB AKU HEBAT".. itu dah namanya riak dan takbur.. 

Tanpa ALLAH yang permudahkan jalan kita.. makanya.. kita tak boleh berjaya..
Tanpa doa mak ayah dan rakan niaga kita pun tak dapat keberkatan niaga ini hidup rasa tenang dan seronok sebab kita takbur dan riak nie lah akan memakan diri kita

Yoshi suka nak bagitahu, orang yang selalu tunjuk kereta dan tayang komisen bagi saya bukan semestinya riak.
Tapi kita boleh ambil inspirasi kita boleh dapat benda ini sebab kita sama sahaja dengan diorang.
Dan ada yang keje tupperware FULL time dan itulah teknik perniagaan.. 
TOLONG JANGAN KECAM saya
kalau saya tolong tayang sana sini.. Yoshi tak riak taw.. hehehe.. 

Dan paling penting dalam semua usaha adalah DOA dan senantiasa bersyukur.
Bulan ini.. dalam sibuk dan nak guna duit, saya rasa sangat sangat seronok.. 
ALLAH nak bagi reseki.. bulan ini.. team sales sudah cecah RM19k 
Sangat bersyukur!!! 
Alhamdulillah kan?? Dipermudahkan semua perkara..

OKlah lenguh dah menaip(bukan malas ye hehehee) 
Nak buat keje lain pula...

Semoga perkongsian Yoshi bermanfaat untuk anda semua.
InsyaAllah, kita merancang, ALLAH yang menentukan.

USAHA dan GIGIH.. habuannya adalah KEJAYAAN.
 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih! ^_^