Monday 11 April 2016

Cara-cara Buka Stokis Tupperware Brands Malaysia

Assalamualaikum,

Kebelakangan ini ramai yang tanya saya "Encik Yoshi, nama sebenar apa ye? Nak panggil apa? Yoshi boleh ke? Saya sebenarnya nak tanya ni... Macam mana ek nak buka stokis Tupperware?"
Bila di tanya "Dah jadi ahli ke belum?" Jawapannya rata-rata orang "DAH!"
Sama ada upline dia tak beri penerangan atau info ni atau dia memang TAK BACA langsung buku panduan. Apapun Insya-Allah saya cuba terangkan sedikit sebanyak kepada semua pembaca terutamanya kepada semua rakan niaga (downline) saya. Nak tau lebih lanjut kena join team saya... :)  Dapat Double FREE GIFT lagi Exclusive dari saya . :)

Sebenarnya mudah sahaja jika anda benar-benar berminat ingin membuka satu stokis. Mulakan langkah anda dengan .....
Mendaftar sebagai seorang Tupperware Consultant

Ya.. Ini langkah pertama anda. Daftar dengan orang yang boleh membantu anda dan membimbing anda ke arah impian anda membuka satu stokis. Berdamping dengan orang yang berjaya dan berpengalaman adalah penting untuk anda tahu selok belok mengenai dunia Tupperware. Macam mana nak berundur... macam mana nak menyerang dan how to maneuver jika berlaku sebarang masalah.

Kedua. Product Knowledge.
Lengkapkan diri anda dengan pengetahuan produk Tupperware. Pastikan maklumat dihujung jari. Bukan di handphone tapi di sel-sel otak kita yang sedia berhubung tu. Kalau boleh ingat harga sekali. Katakan... Berapa harga Eco Bottle 1L???
PAAPPP!!! Terus dapat jawap! Tak payah nak belek katalog. Pastikan kita tau kelebihan produk dan kebaikan dengan mengunakan produk Tupperware. Dengan pengetahuan yang mendalam barulah kita boleh berhadapan dengan sebarang persoalan dan pertanyaan daripada pelanggan kita. Dengan menjadi seorang consultant yang berpengetahuan kita lebih yakin dan bersemangat untuk berjaya dalam bidang ini, 

Untuk membuka stokis, inilah diantara perkara yang perlu ada selain daripada mengadakan road show, recognition, personal challenge, home party dan apa-apa sajalah!

Handbook dihujung jari..

Itu perkara asas. So bagaimana secara teknikalnya?



Secara teknikalnya jika anda benar-benar berminat membuka stokis anda perlu bergelar Associate Executive Director (AED) dan keatas... Ada duit pun tak boleh bukak kalau anda bukan AED. AED mempunyai minimum 8 Director di Level 1. Dan 4 daripada Director tersebut adalah sekurang-kurangnya 1 Star Director.

Kenapa di tetapkan demikian.? Saya takda jawapan yang spesifik.... barangkali HQ Tupperware Brands Malaysia mahu individu yang benar-benar komited dan mempunyai asas yang kukuh.
Secara logiknya jika anda mempunyai rangkaian yang kukuh, maka lebih mudah team anda menjual dan diedarkan. HQ sendiri akan mengenalpasti individu yang mempunyai prestasi yang cemerlang, konsisten dan mempunyai rekod perjalanan yang baik.
Dengan membuka stokis, kita juga mempunyai sasaran jualan yang perlu di penuhi setiap hujung bulan.

Modal membuka satu satu stokis tidak kurang daripada 500K termasuk sewa dan proses pengubahsuaian. Pihak pengurusan Tupperware Brands Malaysia akan bantu sediakan papan tanda, rekebentuk dalaman dan luaran, banner dan lain-lain mengikut perjanjian keperluan.
Cukup semua syarat tu, barulah kita(dengan syarat AED) boleh mohon untuk membuka stokis . HQ akan panggil interview, dan kita boleh memilih kawasan mana pun asalkan tidak berdekatan dengan stokis sedia ada sekitar 5km. Paling penting FULL TIME!!!

Soalan seterusnya..? PERLUKAH buka stokis untuk berjaya.?



Jawapan. Sudah tentu TIDAK PERLU. Anda juga boleh berjaya tanpa stokis. Saya kenal beberapa orang yang bergelar SED dan seorang ED yang tidak mempunyai stokis langsung. Mereka juga mampu berjaya dan bebas kewangan tanpa stokis. 

Yang penting kukuhkan dengan perkara-perkara asas dalam Tupperware. Saya dah terangkan 2 perkara asas seperti di atas. Ada beberapa lagi perkara asas yang saya selalu kongsikan bersama-sama dengan semua rakan niaga saya seperti satu keluarga yang besar..
Berminat...???? Bolehlah hubungi saya untuk maklumat lanjut. Yoshi 013 9733779.

Jumpa lagi di post yang seterusnya. Layari Facebook rasmi kami search : Jom Tapau Weh! #1 Choice
*Jika mana antara makumat diatas tidak tepat atau sudah dikemaskini bolehlah berhubung dengan saya untuk di perbetulkan

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih! ^_^