Friday 29 January 2016

Apakah rahsia kekayaan?

Selamat datang, dan jemput masuk!

Nama saya Khairul Mukmin. Nama glemer Yoshi.
Selamat datang ke 'dunia perniagaan' bersama saya.

Apa yang akan dikongsi sekejap lagi, saya yakin akan 100% mengubah hidup anda, jika diamalkan dengan betul.

Anda akan belajar banyak benda, dalam masa yang singkat. 

Jadi, saya harap anda tidak melangkau apa-apa bacaan pada segala email yang saya tulis. 

Sebelum kita mulakan, saya nak share sedikit saja mengenai diri saya, yang saya percaya sangat penting untuk anda fahami.

Pertama, Semua orang 'kecewa' di permulaan bisnes. Saya bertahun-tahun kecewa, dan ramai kawan saya yang kini sudah bergelar jutawan pun pernah kecewa. 

Hari ni, saya selalu mengharapkan yang dulu saya ada seorang 'coach' yang boleh tunjukkan jalan. Kerana ia akan membuatkan perjalanan saya hari ini jauh lebih cepat tanpa banyak keperitan.

Jadi ini pengakuan terbuka saya kepada anda, supaya anda faham saya ini bukannya orang yang istimewa atau terpilih. 

Saya dulu juga hanya seorang 'newbie', yang kerja kuat dan mengharapkan kejayaan satu hari nanti.

Saya dulu malas berniaga, dan benci jurujual.
10 tahun dulu, saya mula berniaga kerana terpaksa mencari wang.

  • Saya pemalu, dan pendiam. Keyakinan diri saya teruk, dan saya takda wang.
  • Saya membaca banyak di internet, dan pergi ke pelbagai kursus untuk memperbaiki diri yang saya rasakan lemah. 
  • Dulu saya punya lah takda wang, sampai sanggup berpuasa untuk beli barang yang saya nak.
  • Hutang saya banyak.

Setelah 6 tahun berlalu dengan kegagalan dan kekecewaan...kini..

  • Kebanyakan ketakutan saya, Alhamdulillah berjaya dikuasai
  • Saya pernah mendapatkan RM200,000 pertama saya, dalam 1 hari
  • Saya menjalankan perniagaan 4 angka, dari rumah. Saya tiada pejabat. 
  • Saya telah melancong lebih 3 negara termasuk Thailand, China, Singapura dan Indonesia setiap tahun belum pernah 'miss' melancong.

Dan semua ini meninggalkan anda dengan satu soalan...

Apakah yang berlaku dalam hidup saya, yang mencetuskan perubahan  yang amat ketara ni?

Itulah apa yang saya bakal kongsi di dalam blog ini.

Mula-mula, kita akan belajar rahsia psikologi menarik wang, kemudian sedikit motivasi diri, kemudian rahsia pemasaran dan jualan, dan penting untuk menarik wang dan kekayaan. 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih! ^_^