tupperware malaysia murah | katalog tupperware malaysia catalogue | tupperware sungai petani kedah | tupperware tawau sabah
Atas nama Tuan Semesta Alam yang Maha Pengasih dan Penyayang
BismiLLAHiRahmanirRahim
Assalamualaikum.
Apa khabar semua?
Sihat?
Saya harap semuanya baik belaka. Semoga Tuhan perjalankan kehidupan kita ke arah keredhaanNya.
Syukur, Alhamdulillah, saya masih sihat meskipun Sungai Petani ni tiap-tiap petang hujan.
Yang paling BEST, sasaran sales Oktober tercapai!
|
Tercapai sasaran 10K sales untuk Oktober. Alhamdulillah |
Cabaran oktober banyak juga. Pembaca tetap blog ni pasti tahu yang saya dah pun tambah bisnes baru dalam hidup saya iaitu bisnes simkad onexox. Jadi cara nak promote simkad ni, memang saya buat kat pasar malam saja... setakat ni lah. Di facebook saya ada promote juga, tapi tak macam jual tupperware. Target audience lain, dan caranya kurang sesuai. Tapi kalau simkad ni jual pasar malam MEMANG BEST! Sebab kita buat heart-to-heart sharing.
|
En.Tajuddin, antara pelanggan saya yang pertama di pasar malam. |
Sebelum saya sambung cerita...
Saya tinggalkan no.fon saya. Incase ada yang nak contact kan?
Nah,
013-9733779
Okay, kita sambung balik...
Jadi sekarang makin sibuk. Tapi tak apa. Saya seronok!
Lebih menyeronokkan lagi madam Layping ada whatsapp, bulan November kalau ada sign up, dapat Gift baru!
|
Hadiah sign-up untuk orang Semenanjung |
Hadiah untuk orang semenanjung lain, sebelah borneo lain.
TAPI JANGAN RISAU!
Disebabkan saya boleh pos, dan upline saya pun orang borneo, maka, jika anda nak hadia mana satu pun saya terima. Cuma kadar pos tu kena la up sikit.
|
challenge bulan november 2015 |
Since Rabu lepas, (entry saya yang terakhir) saya tak sempat nak update blog. Maaf. Apa pun, terima kasih kerana ada yang sudi follow-up. Tak sangka ramai yang suka dengan ilmu yang saya share kat sini.
Saya just share apa yang saya dah belajar je. Harap ia berguna untuk anda.
|
Group meeting onexox |
Jumaat baru-baru ni, saya dah daftarkan 4 orang pengguna onexox. Masa mula-mula daftar itu hari, saya dapat 5, seorang saya daftarkan pada hari esoknya. Maka baki lagi empat tu pun habis hari tu. So, saya call lah abang Yus, team leader kami untuk order kad sim lagi. Biasanya kalau nak beli kad kena ke kedai pembekal. Tapi sebab tutup. So, terpaksalah pergi jumpa.
|
Bincang apa tu? Banyak kad sim tu... |
Sampai saja, dah ada beberapa orang atas meja tengah discuss. Rupanya ada yang tengah buat group meeting. Apa lagi? Join skali la mengeteh. Dengar je...
|
Jom pilih-pilih! |
|
Abang Yus yang duduk depan saya tu. |
Banyak juga ilmu nak tambah. Sempat juga la discuss tentang future plan. Sembang sampai lewat malam juga. Nasib baik tak lupa yang esok saya kena hadir ke booth jualan di Pasar Tani Puteri Jaya.
|
nasib baik flyers onexox saya dah siap cop hari sebelum tu |
|
pertama kalinya |
Sabtu, 31 Oktober 2015: Pasar Tani Bandar Puteri Jaya ni buat julung kalinya dianjurkan. Ia dikelola dan diuruskan oleh FAMA. Alhamdulillah sambutan menggalakkan.
|
Booth kami |
Di booth tu, saya sebenarnya tolong kawan saya jual ikan laga. Dia muda lagi, umur baru 22. Orang Kurang Upaya, OKU. Tapi dia bagus. Sangat berdikari.
|
Mendaftar user |
Walaupun baru hari pertama, dalam keadaan yang sedikit becak (sebab tiap-tiap petang Sungai Petani dilanda hujan.), Tapi acara berjalan dengan lancar dan sambutan sangat bagus. Saya sangat berpuas hati. Cuma, saya tak dapat nak jual Tupperware hari tersebut sebab stok pun dah tinggal sedikit dan ada yang orang dah booking.
|
Meh, tengok internet masing-masing laju tak? |
|
Jimat dan Efisyen dengan OneXOX |
|
Syuhada dan Amir yang sama meniaga |
Guna OneXOX ni memang best, saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Ibarat guna Celcom, DiGi, U-Mobile dan Altel dalam satu masa.
|
Testimoni pengguna onexox |
Internet laju, call ke mana-mana talian murah, sms pun murah. Nak cakap apa lagi? Cakap sampai puaslah! Hehehe...
Bila kadar pun jimat, so, tak perlulah nak berkira lagi untuk call mak ayah, kawan-kawan, adik beradik, atau saudara mada. Jimat!!!
|
T-shirt onexox. Nak beli? Jadi dealer! Hehehe |
Nak jadi dealer tak susah, modal RM90, dapat 5 simkad. Nak jadi user, RM10 je... komisen 6%. Yes! Jadi user pun ada komisen ye. But ini bukan company MLM. so, takde main cucuk satay, pairing or whatever.
|
Teringin nak jion murah je |
|
Business Opportunity Meeting |
Siapa nak jadi dealer onexox boleh
daftar di sini atau call saya 0139733779. Disebelah borneo juga ada buat event. Boleh follow
facebook,
twitter atau
instagram saya untuk ikuti perkembangan semasa.
|
Cabaran Tuppeware Oktober 2015 |
Berbalik cerita pasal di pasar tani tadi. Okay, pasar tani BPJ(Bandar Puteri Jaya) Sungai Petani ni buka setiap Sabtu, 8.00pagi hingga 12.30 tengah hari. Lepas je balik dari pasar tani tu, saya terus rush ke stokis untuk cukupkan sales dan bantu downline saya di Saratok daftarkan ahli.
|
Jom DAFTAR ahli Tupperware. |
Alhamdulillah, sempat closing dengan jayanya mendaftar 2 orang ahli. TARGET TERCAPAI!
Sementara Ah Hau key-in data tu, saya belek-belek lah item baru. Cantik dan BEST sangat!
|
New Item Tupperware November 2015 |
Kalau sesiapa nakkan item-item ni dengan harga murah, boleh mendaftar dengan saya secara online
di sini.
|
Pomosi bulan ini. Potongan hampir 50%!!! |
Banyak juga promosi Tupperware Brands Malaysia untuk November ni. Ada macam-macam. Gift, discount, Trip oversea dan banyak lagi.
Buat bisnes MEMANG BEST. Banyak perkara saya belajar. Dulu, pernah ada orang cakap kat saya, "Nak buat bisnes ni kena fokus satu je.."
But saya dah prove yang bukan bisnes tu yang kena ada satu. Bisnes, ada banyak pun tak apa. Janji anda fokus. Maksud saya, macam kita drive kereta. Kita nak sampai ke satu destinasi, Tapi kita kena sentiasa fokus pada sekeliling. On the way, kita kena pandai uruskan perjalan kita. Kalau tidak, bajet lari. Duit abis kat minyak, tol, kredit, data...dan lain-lain.
Satu lagi, jangan lah kalau dah leave satu-satu bisnes tu, kondem habis bisnes tu sedangkan perniagaan tu masih kukuh dan ada orang yang berjaya dengannya. Kalau yang buat bisnes dengan suatu company yang masih berjalan dan semakin meluas. Itu bukan company yang bermasalah. Itu adalah masalah diri kamu yang tak mampu nak serasikan diri dengan bisnes tu.
Buatlah bisnes dengan kasih sayang.
Jumpa lagi,
Yoshi~
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih! ^_^