tupperware malaysia murah | katalog tupperware malaysia catalogue | tupperware sungai petani kedah | tupperware tawau sabah
Atas nama Tuan Semesta Alam yang Maha Pengasih dan Penyayang
BismILLAHiRahmanirRahim
Ganjaran Allah SWT sesungguhnya menanti orang yang taat pada perintahnya, saat
Nabi Ismail hampir-hampir disembelih, Allah SWT telah menggantikannya dengan
seekor kibas. Sebenarnya pengorbanan tersebut hanyalah ujian dari Allah
SWT untuk menguji sejauh mana ketaatan kedua Nabi dalam mengerjakan suruhanNya.
Jika kita renung betul-betul, peristiwa pengorbanan Nabi
Ismail a.s itu tidak jauh bezanya dengan kehidupan kita seharian. Hidup
kita menuntut pengorbanan. Saban hari kita banyak berkorban tenaga dan
masa untuk memastikan kelangsungan hidup kita. Malang sekali, kita sering
silap dalam percaturan kehidupan, kita sering korbankan masa kita untuk bersama
keluarga tercinta dan untuk menyembah Allah SWT demi mengejar keduniaan.
Kita sering korbankan ganjaran pahala sedekah kerana memikirkan kita tidak berkemampuan dan yang paling sedih bila kita sanggup korbankan impian dan cita-cita kita hanya kerana kita rasa kita tidak boleh untuk mencapainya.
Kita sering korbankan ganjaran pahala sedekah kerana memikirkan kita tidak berkemampuan dan yang paling sedih bila kita sanggup korbankan impian dan cita-cita kita hanya kerana kita rasa kita tidak boleh untuk mencapainya.
Tanya diri sendiri, apa ganjaran yang kita dapat hasil dari silap percaturan
kita itu? Adakah nilainya setimpal dengan apa yang dikorbankan?
Saya ingin mengajak kita semua untuk menilai balik erti
pengorbanan yang selama ini kita lakukan.
Saya share ini bukan saya baguslah sangat tetapi ia sebagai ingatan buat diri sendiri dan mereka yang suka diingatkan.
Saya mula mendapat feedback daripada
ramai tentang kos sara hidup yang
meningkat. Saya setuju dan saya juga
tahu ramai orang yang tahu dia ada masalah
kewangan tetapi ramai yang tidak tahu
atau tidak mahu tahu bagaimana untuk
perbaikinya. Sebab itu saya suruh
berniaga dengan mempunyai ilmu.
Ini adalah 10 tip dari saya di dalam
menjaga kewangan apatah lagi musim
shopping Raya telah bermula di
sesetengah kawasan:-
1. Kita ada duit, berjimatlah. Kita
tidak ada duit, lagi kena berjimatlah.
2. Jangan main dengan hutang apatah
lagi kad kredit hanya untuk beli kuih Raya?
3. Hidup bukan hanya untuk Hari Raya.
Hari Raya tetap Raya InsyaAllah walaupun
semua benda bukan baru.
4. Jangan hidup kerana nak menunjuk
aku ada sofa baru, kereta baru atau bini
baru.
5. Amalan berganda adalah untuk
mereka yang menggandakan amalan di dalam bulan
Ramadan dan bukan perbelanjaan
berganda.
6. Tidak perlu membeli banyak-banyak
di pasar Ramadan. Beberapa hari lepas,
saya sempat singgah pasar Ramadan
Taman Cempaka, Melaka bersama isteri saya.
Saya jalan dari hujung ke hujung
tetapi saya end up tidak beli apa-apa. Wife
saya beli 2, 3 jenis kuih sikit-sikit
untuk mak saya sebab mak saya suka nak
rasa.
7. Kita tidak ada duit bukan kerana
kita tidak ada duit tetapi ramai mereka
tidak ada duit sebab tidak ada
disiplin dalam simpanan dan perbelanjaan. Jika
apa yang kita buat sekarang tidak
mendatangkan hasil, mungkin telah tiba
masanya kita buat perkara lain?
8. Langsir tak baru pun boleh Raya
juga. Sports-rim lama pun boleh Raya juga.
9. Pakai baju Raya tahun lepas pun
masih sah solat Raya InsyaAllah.
10. Ini saat untuk berjimat cermat
walaupun kita fikir kita ada banyak atau
sikit duit. Jika anda mahu
berbelanja, bagus belanja mereka yang susah. Beri
makan walau sikit kepada orang yang
berpuasa.
Fikirkan begini, adakah apa yang aku
beli ini aset atau bukan?
Mak saya selalu berpesan kepada saya,
bukan sebab kita ada duit then kita boleh
membazir dan dia juga berpesan,
sentiasa fikirkan mereka yang lebih susah dari
kita dan bantu mereka.
Sebab itu saya suruh berniaga dengan
mempunyai ilmu.
Saya share ini bukan saya baguslah sangat tetapi ia sebagai ingatan buat diri sendiri dan mereka yang suka diingatkan.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih! ^_^