Saturday 30 May 2015

Tupperware Tak Buat Anda Kaya

jual tupperware malaysia murah | tupperware malaysia catalogue | tupperware malaysia branch | tupperware malaysia promotion 
Assalamualaikum,
Hari ini saya nak cerita sikit je berkenaan perjalanan saya dalam bisnes Tupperware ni.
Ramai yang tanya saya, "Boleh hidup ke buat bisnes Tupperware ni?"
Mula-mula saya tersentak juga. Lama-lama dah biasa dengar soalan macam ni.
Saya dapati ramai yang tanya soalan ni sebab mereka;
1) Dah skeptikal dengan MLM.
2) Pernah jual Tupperware tapi tak menjadi dan susah nak dapat untung.

Saya ari rezeki dengan berniaga. Bila dapat hasil boleh lah nak gi jalan-jalan ikut suka, sedekah banyak mana, beli apa saja!
Bersama rakan-rakan dari Tupperware dungun, Terengganu.

Apa yang anda boleh dapat dari bisnes Tupperware.

Untung tak dapat sehari... Kejayaan bukan sebulan...

Usaha = Kejayaan
Itulah yang saya belajar sepanjang pengalaman saya sebagai peniaga.
Hebat mana pun pelan pemasaran Tupperware, jika anda tak ada sikap yang diperlukan pasti anda susah nak berjaya.

USAHAkan perkara ini jika anda nak jadi hebat dan BERJAYA;
1) Usaha untuk perbaiki AKHLAK.
- Akhlak ni kita perlu teliti. Cara kita menulis, berkomunikasi, adab kita depan dan belakang orang serta cara kita berfikir. Semuanya harus diperhalusi dan diperbaiki. Inilah bahagian yang susah kita nak kawal sebab kita ada minda separa sedar yang dah 'biasa' dengan cara yang biasa kita buat. Contohnya, dah makan, tinggal je... Apa salahnya kita hantar ke singki dan terus basuh. Kalau di restoran tu, tak perlulah sampai macam tu. Tapi cubalah jangan bersepah.

2) Usaha jadi lebih BERDISIPLIN.
- Ini sebahagian dari akhlak juga. Tapi saya nak lebih detailkan. Ciri-ciri disiplin yang saya maksudkan ialah, cara kita berpakaian, jaga masa dan menepati janji. Contoh yang baik ialah, pakai baju kemeja, seluar slack dan kasut bila jumpa client. Ikut waktu yang dijanjikan. Sebab ada orang bila jumpa customer pakai t-shirt kolar, seluar jean dan selipar. Kalau perempuan pula, kadang-kadang pakai baju 'ala kadar sahaja' tak nampak bersungguh! Customer memang tak kisah, tapi disebab itu juga customer tak-kisahkan-anda!

- Selain itu, ramai juga yang gagal sebab gagal untuk jaga masa sendiri. Memanglah bisnes sendiri ni anda boleh tentukan sendiri bila nak kerja. 'Tapi maksudkan 'tentukan masa  sendiri' tu bukannya macam hari ini bangun buat kerja pukul 8.00pagi dan esok rasa malas skit, bangu pukul 10.00pagi. Anda perlu konsisten dan jadualkan masa anda. Set bila masa nak buat iklan, bila nak edar flyers, bila nak buat parti dan bila nak rehat. PENJAGAAN MASA SANGAT PENTING!

3) Usaha untuk URUS WANG sendiri.
- Bahagian ni memang majoriti orang fail. Bila terdesak je, wang yang sepatutnya digunakan untuk komitmen lain dicuri untuk cover biaya keperluan lain. Sebagai seorang yang berakhlak dan berdisiplin, anda perlu jaga wang anda. Jangan biasakan sikap 'terguna'! Kalau rasa-rasa duit tu dah makin sikit. Cepat-cepat buat pelan tindakan macam mana nak tambah duit lagi. Anda manusia yang ada akal fikiran dan percayalah ANDA BOLEH! Kalau peminta sedekah pun boleh raih RM100 sehari dengan hanya mengumpulkan RM1 dari 100 orang di pasar malam. Mengapa tidak anda? Mereka tiada produk... ANDA ADA!
Jadi, uruskanlah wang anda dengan bijak. Bukan urus dimana nak belanja saja tetapi fikir juga cara nak tambah.

Kesimpulannya; Didik diri untuk jadi lebih berdisplin dan bijak mengurus. Harta dan diri. Akhlak, masa dan wang!

Ikhlas,
Yoshi.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih! ^_^