Wednesday, 25 March 2015

Jangan Buat Pembeli Rasa Menyampah

Assalamualaikum dan damai sejahtera hendakNYA~

Hari ni pagi2 dah terbaca status rakan blogger ni...
Katanya menyampah dengan sikap seller yang suka buat iklan yang manis kata dari rupa...
Situasi ni memang berlaku kat ramai orang. Termasuklah saya... buat je macam tu memang confirm lah tak tengok iklan orang lain yang guna cara sama... TAKUT TERKENA!
Sengaja saya gariskan komen-komen rakan blogger ni... yang hijau tu adalah kesan dan pesan yang dirasai oleh pembeli-pembeli kita.
Yang saya kotakkan dalam kotak merah tu ialah peraturan yang biasa ditetapkan oleh syarikat jualan langsung bawah akta yang ditulis oleh DSAM(Direct Selling Association of Malaysia)

Saya pun tak terkecuali dari akta ni. memang ada customer yang kata... Kenapa harga you tak murah pun? Sama saja dengan harga katalog?
Macam saya cakaplah dalam iklan saya. Kalau nak harga murah kena PM(Private Message = Mesej Peribadi ke inbox) atau whatsapp/sms ke no.fon saya... sebab saya juga terikat dengan peraturan tu... so kena la buat urusan secara peribadi...

Jadi, harap yang dah baca entri ni faham-faham la lepas ni. Kalau nampak iklan yang takde  harga tu, jangan la marah2 pula. PM je... kalau PM tu lambat, sabar je la atau PM seller lain dulu kalau nak cepat sangat...

YB(Yang Berniaga) Yoshi ;)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih! ^_^