Jom Tapau Weh! ❁ MEMANG BEST!

Dapatkan pelbagai maklumat di sini dan ikuti kisah perjalanan saya bersama Tupperware Brands Malaysia! Jom Tapau Weh! ✌☺

jual tupperware malaysia murah | tupperware malaysia catalogue | tupperware malaysia branch | tupperware malaysia promotion

i-Radio LTFM

Search This Blog

Tuesday, 3 March 2015

Asam Pedas Melaka

Damai sejahtera~

Semalam seharian sibuk berurusan di Melaka. Dah lama juga tak datang...(Ye ke???) Biasa kalau ada masa bercuti memang akan datang jalan-jalan ke Melaka.
Bandarahya yang bersih. Sebab tu saya suka...
Dan yang paling penting, mesti pekena asam pedas!
bertolak 10.30mlm dari Sg.petani, sampai dalam pukul 7 di Melaka. Bas agak lewat sebab turunkan orang banyak tempat



Seberang jalan ada satu kawasan perumahan. Singgah surau kat situ untuk mandi dan salin baju.

Pastu terus buat urusan kat AEON Melaka yang tak jauh dari perumahan tu.

Malam tu siap kerja, lepak dengan kawan2 jap.

Dan semestinya kenalah capai hajat... makan asam pedas!

BAHAN-BAHANNYA :-)
Ikan! korang keratlah ikut saiz yang di-idam atau ikut bilangan orang yang nak makan.
Untuk resepi ni, saya buat hidangan untuk 4 orang.
12 batang bendi muda
1 biji tomato
1 genggam daun kesom
1 kuntum bunga kantan, belah 2
1 batang serai, diketuk
1 3/4 senduk nasi cili kisar
1 kiub pati ikan bilis (optinal)
1 camca besar pes asam jawa
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
1 camca teh jintan kasar
1 camca teh jintan halus
1/2 camca teh lada hitam biji
Secubit belacan, dibakar
BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
1 tangkai daun kari, dilurut
1/4 camca teh halba
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, kemudian kerat pada 4 bahagian, cuci bersih dan toskan. Bendi dicuci dan toskan kemudian potong sedikit pangkal dan hujungnya. Tomato dibelah 4~8 secara wedges, ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan serai titik dan bahan2 tumis, tumis hingga harum dan tambah bahan2 kisar halus. Kacau rata dan masak hingga wangi, masukkan cili kisar, kacau dan masak hingga cili garing dan pecah minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Tambah pes asam jawa, kacau dan tuang air secukupnya (anggaran 800 ml). Biar mendidih. masukkan ikan. daun kesom, bunga kantan dan bendi, kacau perlahan. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak hingga bendi lembut. Tambah tomato dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih! ^_^

Terima Kasih Sudi Lawat~. Powered by Blogger.

Followers

Google+ Followers

TABUNGAN + PERBELANJAAN = PENDAPATAN

TABUNGAN + PERBELANJAAN = PENDAPATAN
Cuba buat keputusan jumlah yang anda ingin simpan sehingga ke waktu tertentu, kemudian campurkan dengan kadar perbelanjaan bulanan anda. Hitung jumlahnya untuk tentukan kadar pendapatan yang anda perlu perolehi.

Tupperware Brands menyediakan pelbagai pendapatan dan tabungan yang anda mungkin perlukan.

Jangan tunggu sampai esok. Hubungi Yoshi SEGERA di 0139733779 atau jomtapauweh@gmail.com