Thursday, 19 February 2015

Santai Pantai Merdeka

Assalamualaikum dan damai sejahtera hendakNya.

Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakan2 dan pembaca2 yang menyambut perayaan ini. Dek kerana stokis dan beberapa kedai juga cuti, maka saya pun 'terpaksalah' bercuti juga... sambil bercuti ni buat pula kerja sambilan dalam talian atau online...

Sepanjang tinggal di Kedah ni saya bertemu dengan pelbagai insan yang pelbagai ragam dan unik. Walaupun banyak perkara kami tak semetri, tapi ikatan kepercayaan kami cukup kuat untuk jadi keluarga.
Memahami dan toleransi menjadikan kami akrab walaupun orang pandang macam tak matching... hahaha!



Untuk merapatkan lagi nilai kekeluargaan kami, kami buat hari keluarga buat warga kerja disebalik kejayaan jomtapauweh.com
Lokasinya di Pantai Merdeka, Kedah.
Perjalan dari Sg.Petani dalam setengah jam saja. Dekat sini, nak mandi2 boleh, tapi kurang sesuai. Tapi dari segi kemudahan, banyak yang ada, ada banyak stall makanan yang murah2 dan kemudahan awam seperti tandas awam, 'port' untuk BBQ dan banyak lagi!
masing2 tak sabar nak tunjuk skil

ramai pengunjung seawal 9.30pagi

pemandangan yang sangat cantik

di seberang ialah.. tanjung dawai. tempat makan laksa dan mee udang paling best di sg.petani

selfie: sambil tunggu bebudak 'main api'

tetiba budak2 tadi dah berdiri...siap dah ke?

last2 kitorang juga yang masak.. hahaha

meh nak try rasa skit...sedap tak?


bazaar sepanjang side walk. ada stall keropok dan macam2.

bye bye pantai merdeka... nanti jumpa lagi!

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih! ^_^