Assalamualaikum dan damai sejahtera~
Pernah tak anda alami sindrom "Kalau aku tahu?"
Yalah, contohnya kita buat sesuatu tetapi berlaku kesilapan atau gagal then
selepas setahun baru kita dapat informasi atau ilmu tentang kesilapan kita
tersebut lalu kita pun cakap "Kalau aku tahu....".
Tapi, bila sesuatu telah berlaku, maka ia dinamakan takdir atau Qada' &
QadarNya. Kita tidak boleh menyesal atau menyalahkan sesiapa sebenarnya tetapi
saya percaya, kita boleh belajar dan ambil pengajaran tentang punca sebenar
kenapa ianya berlaku bukan?
Saya dapati sepanjang perjalanan hidup saya serta proses saya membina
kehidupan, kewangan dan perniagaan saya, saya selalu "terjebak" di
dalam keadaan "Kalau aku tahu!" ini. Dan ianya berlaku terutamanya
apabila saya membuat sesuatu perkara atau keputusan dengan tiada persediaan
ilmu.
Banyak kali berlaku di mana bila saya melakukan sesuatu perkara tanpa ilmu dan
tanpa memahami tentang kesan sesuatu keputusan tersebut, maka ianya membawa
kepada "damages" ataupun kerugian yang besar samada dari segi masa,
tenaga atau kewangan.
Semua orang berharap kita ada magik dan boleh mengetahui apa yang bakal berlaku
di masa hadapan dan suka saya katakan ianya adalah hampir-hampir mustahil. Kita
tidak ada bola kristal yang boleh meramal masa hadapan tetapi lesson apa yang
saya belajar selama ini ialah, kita boleh lebih bersedia dengan masa
hadapan apabila kita mempunyai ilmu atau akses kepada maklumat tentang apa yang
mungkin berlaku di masa hadapan.
Dan inilah yang saya cuba sampaikan sejak beberapa tahun ini, sistem ekonomi
dan kewangan dunia menunjukkan petunjuk-petunjuk krisis ekonomi atau
sekurang-kurangnya kadar inflasi kenaikan harga barang yang meningkat over
beberapa tahun ini. Bukan saya kata tetapi dengan ilmu yang saya baca dari
sumber jurnal-jurnal ekonomi dan kewangan semuanya menunjukkan tekanan ekonomi
dan kewangan yang semakin meningkat. Ianya telah bermula tetapi akan semakin
dahsyat menjelang sempadan 2015 hingga 2018.
Tidak ada sesiapa pun yang akan suka keadaan ini. Dan kita boleh terus
berfikiran positif yang ianya tidak berlaku tetapi jika anda biasa dengan
perniagaan dan pelaburan, anda pasti tahu yang ianya sedang berlaku.
Apa yang anda akan lakukan andainya "Kalau anda tahu" yang ianya
sedang berlaku?
Apakah persediaan anda?
Anda bekerja? Gaji anda akan mengecil nilainya.
Anda berniaga? Kuasa membeli orang ramai akan berkurangan.
Di dalam cabaran ekonomi, pasti akan ada yang "terluka" tetapi saya
juga tahu, pasti akan ada mereka yang melaluinya dengan gembira terutamanya
mereka yang tahu potensi kewangan dan kejayaan yang mereka boleh capai ketika
krisis kewangan.
Pernah dengar di mana ada masalah, di situ ada peluang?
Tetapi ia hanya akan menguntungkan mereka yang mempunyai ILMU. Sebab itu
pentingnya "Kalaulah aku tahu!".
Tapi sebenarnya tanpa semua isu ini selama ini pun, adakah anda benar-benar
hidup dengan potensi diri, potensi kewangan dan potensi kejayaan yang sebenar..
Adakah anda mempunyai ilmu yang diperlukan untuk anda ubah dan tingkatkan
potensi kehidupan dan kewangan anda samada untuk kualiti hidup yang lebih baik
serta mampu memberikan zakat, sedekah yang lebih banyak? Atau anda hidup hanya
sekadar hidup?
Bak kata Prof Hamka, kalau hidup sekadar hidup, kera di hutan pun hidup
bukan?
Saya tahu beberapa perkara yang ramai orang tidak tahu atau tidak mahu ambil
tahu.
Saya dapati ramai orang adalah seperti saya satu masa dahulu. Tidak tahu apakah
potensi sebenar yang tersimpan di dalam diri. Ramai orang tidak memaksimakan
potensi kejayaan mereka untuk mencapai kehidupan yang lebih baik dan berkualiti
untuk kehidupan di sini dan di sana.
Saya tahu, ramai di luar sana ingin perbaiki hidup mereka dan kewangan mereka
tetapi tidak tahu bagaimana. Ramai yang "terangkut" di dalam
kehidupan yang "biasa-biasa" kerana mereka tidak tahu apa yang mereka
tidak tahu.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih! ^_^