>> Hadiah dan Tunai menerusi media sosial<< |
Sekarang jam 2.12petang. Dah masuk pun kemuncak siang hari(hi). Maka kata perkhabarannya ialah "Konnichiwa" yang bermaksud "Selamat Siang"...
Kalau di waktu pagi(asa) kita ucap ohayo atau secara lebih formal/sopan, ohayo gozaimasu.
Bila dah masuk senja ke malam(yoru) kita ucap konbanwa(selamat malam).
Tapi, konbanwa tak sesuai diucap sama macam good night tau... bukan ucapan untuk pergi tidur.
Kalau nak ucap selamat malam untuk pergi tidur, tinggalkan perbicaraan atau seumpamanya, kita sebut oyasumi, atau oyasuminasai.
Satu lagi! kalau baru bertemu, kita ucap hajimemashite maksudnya "kali pertama bertemu". Secara bahasa, hajime bermaksud kali pertama/ baru bermula
Faham tak? Kalau faham, jom kita cuba kenalkan diri.
Mengenalkan diri
Biasanya kalau nak kenalkan diri kena ada 3 perkara;
1) Nama
2) Umur
3) Asal(lokasi)
Dimulai dengan greeting, kemudian pengenalan diri.
Hajimemashite,
Watashi(saya) no(punya) namae(nama) wa(ialah) ______ desu.
Watashiwa(saya) ____sai(tahun) desu, _______ kara(dari) kimashita(tetapan).
kalau tengok ayat atas ni, macam keliru kan?
Jangan risau, mudah saja sebenarnya,
dalam tatabahasa Jepun, desu adalah perkataan formal yang menegaskan apa yang kita dah cakap sebelum tu. cara sebutannya, des sahaja. sebab huruf su kat Jepun tu ibarat huruf s. cuma, bila dia duk kat depan barulah bunyinya su.
kimashita pula, dari perkataan kimaru(tempat asal) bila tambah shita(telah), ia membawa maksud "tempat datangnya saya".
Faham tak? Kalau dah faham, jom cuba! ;)
Hajimemashite,
Watashi no namae wa Nurul desu.
Watashiwa 18sai desu, Mareshia(Malaysia) kara kimashita.
ini pula contoh tidak rasmi, atau bahasa biasa/borak-borak
Ohayo gozaimasu,
Watashi wa Daniel desu.
21sai, Amerika kara.
Practice ya. Cukup untuk sesi. Untuk sesi berikutnya akan saya ajarkan cara sebutan pula.
Ikhlas,
Yoshi
21 tu sebut macamana?
ReplyDelete21 = nijyu ichi (ni-jyu = 2puluh, ichi = satu)
Delete