Sunday, 7 December 2014

Baca Kalau Buntu

Assalamualaukum dan damai sejahtera,

Ramai orang susah nak cari idea.
Dan rasa macam buntu nak cari idea.

Ia berlaku sebab beberapa faktor.

pertama, sebab memang tak tahu. dan ia perkara baru baginya.

kedua, sebab orang itu tak mahu belajar dan malas berfikir (mungkin kerana otaknya berkarat).

Sebenarnya terlalu banyak benda yang boleh difikirkan dengan mudah, dan boleh dijadikan peluang buat duit.

Jadi bagaimana caranya?

Benda ni saya dan terangkan dalam seminar saya.
Tapi malangnya saya perhati tak ramai yang buat betul2 latihan tu

Balik2 asyik nak jual produk kecantikan, 'ubat kuat', tudung dan jubah.

Jangan limit pada apa yang anda nampak.
Selami dan tanya, apa yang dekat.

Yang ada dalam dada anda itu.
Qalbu.
Hati.
Diri sendiri.

Tanya dulu..
"Apa yang aku mahu?"
"apa yang aku tahu?"
"Apa yang aku suka, dan kemana hala tuju ku?"

Jika anda suka merejam lembing sekali pun, tahukah anda itu mungkin satu peluang?

Pun boleh buat duit.

Jangan gelojoh.
Jadi diri sendiri.
Dan buat apa yang kita mahu.

Spend satu hari bersama diri anda.
Manjakan diri.
Berbual dengan diri sendiri.

Dan bila tak tahu sesuatu.
Tanya kawanmu.
Namanya Google.

Be unic.
Have a personality.
Jangan takut ekspresi diri.

Ikhlas,
Yoshi-san
 
Buat duit dengan blog... klik untuk daftar
 

1 comment:

  1. Salam perkenalan ... semoga memberi manfaat umtul semua...

    ReplyDelete

Terima Kasih! ^_^