Saturday 1 November 2014

Kisah Lembu Menyalak

Damai sejahtera!
:)

Hari ini terpanggil nak bercerita sikit memandangkan riuh sana sini tentang tupperware base line moo..

Kekadang kelakar sungguh dengar dan melihat sendiri orang mengeluh dan mengadu domba distokis dan marah marah..

Ada juga yang kutuk jerung kaut la.. BCO pilih kasih la.. HQ salah la.. semua ditudingnya..

Sepatutnya..

1. Pertama..Bukannya tupperware moo je yang ada dlm katalog.. banyak lagi barang lain ada cam Petalz OT.. RD .. dan macam macam.
Tak dinafikan Moo Baseline Set tu cantik. Tapi ia stock oversea dan sememangnya dijangka cepat abis.
Jangan terperangkap dengan diri sendiri.. suke bergosip.. anggapkan sahaja barang tu tak ada dalam katalog.. dan kurangkan jadi sekadar penjual tupperware tapi jadilah pembina rangkaian. Sebab tulah berpuluh tahun tak rank up.. sebab sibuk marah orang. Sejujurnya... memang saya nak maki je orang yang marah budak stokis kat kaunter.. apa lah dosa diorang.. kita yang kena atur strategi..

2. Kedua.. saya nak tegur.. mulut mulot puaka... cakap la baik2.. dengan budi bahasa.. ini datang macam puntianak muka bengis.. confirm lah orang tak suke.. bisnes ini meskipun kita banyak modal.. orang tak suke kalau sikap kita macam tak sopan. A.k.a macam tak ada budi bahasa.. jadi, tengok balik dalam diri. kena anda tak leh jadi jerung.. sebab anda nak jadi bilis seumur hidup..

3. Ketiga saya nak bagitahu.. ini adalah satu peluang utk kita.. dan dikala ini.. musuh pesaing yang nak kita jatuh akan api apikan kita.. kata kita macam.macam.. sehingga kita GIVE UP nak niaga. Pahadal hal kecik je.. secara jujur.. saya langsung tak terusik emosi sebab saya yakin. Saya nampak ramai yang kecewa dan tak nak niaga.. JANGAN JADI KURANG CERDIK sebab orang yang hasut dia akan suka sebab kurangnya pesaing salam tupperware. orang inilah syaitan.. sebab menyebarkan aura negetif..  dan yang lemah akan terus menimbuskan diri dia.. bile dia tak berjaya.. dia akan merungut " stok tak ada".. itu ini.. dan saya langsung tak heran kalau x ada stok. Bagi saya.. banyak lagi nak di promote.. inilah keadaan kita nak berfikiran positif dan kita kawal.emosi.. dan saya nak tanya.. kalau umah kita tak ada beras.. penghasut tu ada bagi sekantung ka? dia akan terus berjaya.. inilah strategi lawan.. jangan diikut si luncai terjun ngan labu2 nya.

4. Keempat.. saya cukup tahu.. inilah gimik HQ yang mana nak tengok Tupperware diperkatakan dan HQ membuat kajian tentang larisnya barang mereka dan sudah tentu HQ akan keluarkan leaflet sebab dia swngaja macam tu.. nak hangatkan keadaan. Saya percaya, minggu depan pasti ada kejutan. Jadi, tunggu.. hanya yang hebat emosi dan bijak akan berfikir.. dalam.masalah ada peluang, dan rebutlah peluang ini.

5. Kelima: adalah tentang betapa teruknya kita apabila dapat 1 cabaran.. semua nak tukarkan kepada negetif.. salah menyalah dan perasan tak? yang merungut ini selalunya dia dah lama dalam tupperware dan tak rank up. sebab dia suka orang porak peranda. Jadi, adakah anda nak begitu? ignore orang macam ni adalah racun. tak perlu dilayan..

Lastly
Saya minta maaf kalau bicara saya menyentap anda. Yakinilah.. saya sayangkan anda semua. Dan saya tak mahu kalian TERMASUK DALAM JEBAK DAN GAUNG KEJAHANAMAN. Saya yakin kalau kita berfikiran jauh dan positif, KITA akan BERJAYA!!

1 comment:

Terima Kasih! ^_^