Damai sejahtera,
atas nama Tuhan semesta alam yang maha Pengasih lagi maha Penyayang
atas nama Tuhan semesta alam yang maha Pengasih lagi maha Penyayang
Tahun 2015, saya melihat keadaan ekonomi yang lebih mencabar terutamanya buat
mereka yang berpendapatan tetap serta rendah atau sederhana. Cabaran
melangsaikan hutang-hutang di insitusi kewangan serta non-performing loan untuk
kereta, kad kredit serta hartanah juga akan meningkat.
Polisi kerajaan di dalam melaksanakan GST akan memberikan sedikit bahang di
dalam senario ekonomi kepada masyarakat secara umumnya walaupun ianya bagus
untuk Malaysia menjadi sebuah negara maju sedikit masa lagi.
Polisi PTPTN yang bakal mengetatkan syarat pembayaran semula pula akan
memberikan cabaran berat terutamanya kepada 2/3 peminjam yang rata-ratanya anak
bangsa saya.
Jika kita tidak
bertindak merubah keadaan ekonomi kita dengan berniaga serta meningkatkan
pendapatan kita dengan segera, suka atau tidak, kita akan menghadapi tekanan
ekonomi yang mampu memberi kesan kepada banyak perkara. Kesan kepada
perhubungan rumahtangga, kesan kepada anak-anak serta peningkatan kadar stress.
Duit memang bukan segala-galanya, tetapi duit adalah alat yang bagus jika
digunakan dengan baik. Ia dapat memberikan manfaat kepada ramai orang untuk
kejayaan dunia dan akhirat.
Bila saya kata, jom berniaga, ramai yang kata saya poyo! Anda nak tahu saya
poyo atau tidak, anda tunggulah sedikit masa lagi, bila segala kos harga barang
meningkat tetapi gaji anda tidak meningkat, bila kadar pinjaman meningkat, bila
kos hartanah meningkat lagi, bila sewa rumah meningkat lagi, bila kos isi
minyak meningkat lagi, bila kos nak kahwin meningkat lagi..... Masa itu kita
tengok siapa poyo.
Sesiapa yang pernah join Group Whatsapp yang kami adakan pasti tahu, apa
yang saya kongsikan tentang ilmu dan pengalaman saya membina perniagaan saya
serta bagaimana saya membantu beratus-ratus anak murid saya Alhamdulillah telah
banyak membuka minda ramai untuk meningkatkan pendapatan mereka dengan
memulakan perniagaan sehingga ramai yang telah membuat beberapa puluh ribu ringgit
setahun.
Bukan semua orang faham apa yang saya cuba kongsikan di sini. Siapa yang faham
dan bertindak, Insya Allah akan nampak peluang yang akan wujud di sebalik
cabaran ekonomi yang lebih dahsyat nanti.
Akhir kata, saya selalu sebutkan perkara ini, jika kita mati esok hari, tidak
banyak isu yang kita perlu fikirkan tetapi jika belum sampai masanya, suka atau
tidak, kita mesti melakukan persediaan. Nak hidup pun kena bersedia di samping
bersedia dengan kematian.
Apa sahaja yang saya kongsikan di sini adalah mengikut ilmu dan pengalaman saya
berniaga serta menghadapi pelbagai cabaran ekonomi sejak awal penglibatan.
Jika anda merasakan yang anda ingin lebih memahami dan ingin belajar bagaimana
memulakan perniagaan, saya mencadangkan agar anda buat tindakan segera untuk
mencari ilmu berniaga. Saya akan berkongsi lebih banyak tentang bagaimana anda
lebih bersedia dengan membina perniagaan anda sendiri dengan cara yang mudah.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih! ^_^