Sunday 14 September 2014

Kenangan Zaman Kanak-kanak

Chapter  #11

Damai Sejahtera
Atas nama Tuhan yang Maha Pemurah lgi Maha Penyayang
Apa khabar semua?
Saya baru je pindah rumah dari Kuantan ke Sg. Petani, Kedah.
Perjalanan ambil masa lebih kurang 8 jam. Tapi sangat teruja!
Yelah, rumah sendiri kan....
sebelum pergi sempat bungkus hadiah untuk downline. TOP 5 bulan Ogos

Perjalanan dari Ipoh hampir 2 jam.




rumah yang luas. Syukur! Boleh buat training centre

Dan muat 2 biji kereta.
Esoknya orang TM pasang internet dan aku kembali bekerja

Di stokis Tupperware Sg.Petani. Alhamdulillah, staff sini friendly :)
Bila duk sorang2 dalam bilik terkenang zaman budak2 dulu. Saya dibesarkan dengan nenek hampir 5 tahun. Suka suasana kampung bela kucing dan pokok bunga raya.
Depan rumah ada pokok manggis dan selalu main dengan sepupu sepapat petang-petang. konda kondi, congkak, batu seremban, main basikal dan paling best sampai darhjah enam. masin gasing dan laga biji getah.
buah getah amat popular masa dulu-dulu.kegunaannya ialah seperti melagakannya

gasing cina... sampai skolah menengah saya main, sampai  gasing ni pupus... suka sangat
Tak lupa juga, buat terompah guna tempurung kelapa. dulu masa zaman saya, nak dapat santan kena kukur kelapa. Lepas buang sabut, belah kelapa. Kalau ada ubun, kitorang makan. Mentah2 pun sedap... Lepas tu naik kekuda untuk kukur kelapa. Dari isi yang dikukur tu la diperah untuk dapat santan. Kulit tu nanti buat la terompah ke, pelita ke, mangkuk atau senduk. Seronok!
ada yang panggil menda ni kekuda
Banyak la permainan tradisional dulu yang sempat saya rasa. Serius lagi best dari main tab atau video game kat rumah. Kena rotan, kurung dalam/luar rumah tu standard la... buka macam budak sekarang... Dulu saya gi skolah dengan basikal. Start adik2 yang kedua dan ketiga je baru naik van/bas sekolah. Itu pun sekolah menengah. Kalau pergi beraya rumah ke rumah dengan sedara mara pun biasa buat. Masa tu takdelah nak kecoh pasal kes culik2 ni...malah jarang-jarang berlaku. Kalau darjah enam, abis exam je biasa cikgu buat jamuan KFC. Seronok sangat!

Indah sungguh kenangan zaman kanak2, petang2 main bola, kadang2 mandi sungai dan panjat bukit... tapi hari ni, banyak tempat2 kami main dulu dah diteroka. Permainan tradisional plak banyak dah pupus. Wau pun dah jarang2 nampak...

Korang macam mana? Share lah sikit ;)

.:: Cabaran 30 Hari::.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih! ^_^