Damai sejahtera,
Segala puji tuhan semesta alam yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Pertamanya saya nak ucapkan tahniah kepada para downline/rakan bisnes yang sudi menyahur cabaran baru2 ini... dah ada pun 2 orang yang sangat pantas dan menang cabaran tersebut. Maka untuk minggu terahkir Julai 2014 ini, saya lancarkan satu lagi cabaran...
Untuk Direktor
3 Team Rekrut + RM3000 Team Sales
Untuk Konsultan
1 Rekrut + RM1000 Team/Personal Sales
HADIAH KALI INI TENTUNYA LEBIH ISTIMEWA
Baiklah, entry kali ini adalah sebagai peringatan kepada diri dan semua...
Saya dapat inspirasi untuk tulis entry ini selepas berbuka puasa di Hotel Sri Manja Kuantan bersama rakan2 dari kelab nutrisi yang kami telah bina bersama sejak 2012 lagi...
Perhatikan kartun ini... adakah anda salah seorang yang menjadi mangsa 'grand design' masa kini?
Kita dilahirkan tanpa hutang... tapi bila besar, tiba2 banyak giler hutang kita.
KENAPA?
sebab bila kita dah abis skolah, masing2 kejar kerjaya profesional atau senang cakap kerja gaji yang mahal skit. Tapi nak dapat kerja tu bukan senang... kena ada sijil itu ini...
Dan dari situlah kita mula menambah hutang. Bermula dengan hutang belajar.
Alangkah mudahnya buat pinjaman pelajaran masa kini. Asalkan ada surat tawaran...
skali pinjam bukan sikit... at least Rm20 Ribu juga kan??
Dalam proses belajar tu pula kena guna duit belanja itu ini... Bila dah kerja pula banyak pula belanjanya... sampai nak beli Tupperware pun tak mampu...
Masuk ke alam perkahwinan, buat pula pinjaman peribadi, beli kereta pun hutang lagi... ahkirnya... sampai ke mati pun berhutang!!
Grand Design
Inilah agenda yang merubah kehidupan manusia. Merubah fitrah manusia kepada fotokopi yang jauh dari kehendakNya
Lahir - ke Sekolah - Kerja - Kahwin - Beranak - Mati
Adakah fitrah manusia begitu?
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar (ajaran dan nasihat) mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi mereka itulah orang-orang yang lalai.
Al-A'raf 7:179
Ternyata 'follow the flow' bukanlah cara hidup islam/fitrahNya. Kita di-doktrin-kan dengan kitaran hidup begitu secara paksa tanpa sedar.
Kalau mkn gaji, tiap bulan sampai je payday kita akn dpt gaji yg kita deal mase apply keje dulu.
Tak mcm mniaga. Meniaga ni betol2 mengharapkan rzki dri Allah, hari ni melonjak mungkin esok bungkus. Betol2 mengharap ehsan dri Dia.
Tak mcm mniaga. Meniaga ni betol2 mengharapkan rzki dri Allah, hari ni melonjak mungkin esok bungkus. Betol2 mengharap ehsan dri Dia.
Tapi saya tak kisah la orang yang nak makan gaji. Itu pun usaha juga, sekurang-kurangnya boleh la tampung dan jalankan kehidupan. Tapi bagaimana pula dengan nasib graduan2 lain yang gagal mendapat pekerjaan?
Dari sini timbul pula isu berkenaan SIKAP.
Yang rajin dan tak putus asa mungkin mencari pilihan lain seperti berniaga. Yang berputus asa... mungkin jadi gelandangan atau pengangur yang masih disuap oleh ibu bapa masing2.
"Heran
la aku.. Kenapa ramai sgt gelandangan kat negara ni? Org kita kot..
Pendatang2 dari Bangladesh, Indonesia, Nepal n etc xde lak merempat or
minta sedekah... — feeling confused."
Inilah kata2 salah seorang rakan saya di FB.
Ini adalah bukti masih RAMAI rakyat di Malaysia ni punya sikap malas dan bergantung harap dengan orang lain. Akibat dari sistem grand design... sebab, masa dibesarkan terlalu banyak bantuan, kurang berdikari, dan tak menepati ciri2 yang telah di'tetap'kan.
Maka mereka ni seperti yang dikatakan oleh Robert T. Kiyosaki dalam bukunya, 'Rich Dad Poor Dad', sebagai golongan yang terkeluar dari sistem yang dicipta negara.
Sekolah kita mendidik anak2 untuk menjawab masalah dengan memberi jawapan terlebih dahulu kemudian diuji dengan soalan peperiksaan, sedangkan...
Dalam realiti, kita diuji dengan masalah barulah kita dapat jawapannya.
Beberapa poin penting:
Islam itu agama/sistem pendamaian. Ia tak ada batas kaum, bahasa mahupun bangsa.
Islam tak ada paksaan. Walau apa pun fahaman/kepercayaan orang lain, ia tetap hormat.
Islam itu ada uswatun hasanah. Memelihara manusia dengan akhlak yang baik.
Islam itu penyatuan. Ibadahnya bukan untuk kutip pahala, ia adalah perintah dan larangan. Bukannya suruh gi surau/masjid layan orang 'baik'baik' je. Orang Islam wajib berdakwah. Berkongsi cerita tentang kebaikan bersatu dan berdamai.
Lihatlah bagai mana umat Islam hari ini dipecah-belahkan. Geng2 surau tak mahu dekati golongan mat rempit/ mat pit. Malah dibiarkan bermasalah.
Golongan politik ikut haluan politik masing2...
"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (perjanjian) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara. "
Ali Imran 3:103
"Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, kamu tidak
dipandang beragama sedikitpun hingga kamu menegakkan
ajaran-ajaran Taurat, Injil dan Al Qur'an yang diturunkan
kepadamu dari Tuhanmu". Sesungguhnya apa yang diturunkan
kepadamu (Muhammad) dari Tuhanmu akan menambah
kedurhakaan dan kekafiran kepada kebanyakan dari mereka;
maka janganlah kamu bersedih hati terhadap orang-orang
yang kafir itu"
Al Maa-idah 5: 68
"Dan tiadalah sembahyang mereka di sisi Baitullah itu melainkan bersiul-siul dan bertepuk tangan. Oleh itu rasalah kamu (wahai orang kafir) akan azab seksa dengan sebab kekufuran kamu."
Al-Anfaal 8:35
"Orang-orang
yang zalim itu (tidak berfikir), bahkan menurut hawa nafsu mereka
(melakukan syirik) dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Maka tiada
sesiapa yang dapat memberi petunjuk kepada orang yang telah disesatkan
oleh Allah (disebabkan bawaannya sendiri), dan tiada pula bagi mereka
sesiapa yang dapat menolong melepaskan mereka dari azab."
Ar-Ruum 30:29
"maka hadapkanlah dirimu
(engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh
dari kesesatan; (turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah
menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk
menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah
itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak
mengetahui. "
Ar-Ruum 30:30
Apa yang saya mahu katakan di sini, banyak ibadah yang kita lakukan hari ini kerana pra-sangka dan dari ilmu yang kita sangkakan benar dari alim ulama. Sedangkan ayat Al-Quran itu jelas penerangannya. Saya tidak mahu menyalahkan ulama' hari ini kerana mereka masih menyampaikan ilmu dan mereka bukanlah manusia yang sempurna. Mereka juga sama saja seperti kita. Bezanya ilmu mereka mungkin lebih tinggi.
Namun, bukankah lebih baik jika ulama' kita hari ini sama seperti ulama' zaman Rasulullah?
Mereka bukan sekadar berkata-kata. Tetapi mereka adalah pakar!
Merekalah arkitek, doktor, ahli perniagaan, petani, nelayan dan pengembara.
Mereka semua pengembara!
"(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad(bersungguh-sungguh)
pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar
dan tinggi darjatnya di sisi Allah dan mereka itulah orang-orang yang berjaya"
At-Taubah 9:20
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih! ^_^