Tuesday 24 June 2014

Cabaran Baru Jun 2014

Bismillah...

Terima kasih kerana masih berkunjung.
Alhamdulillah hari ini saya masih mampu memberi nilai kepada orang lain.
Anda bagai mana?
Sihat?

Baiklah, pada minggu ini saya nak lancarkan satu cabaran baru. Tetapi, sebelum itu, saya nak ceritakan sedikit aktiviti yang telah saya dah lakukan dalam minggu lepas.

Pertamanya, kami telah menganjurkan TupperwareFiesta di sekitar pantai timur. Tentunya, saya di Kuantan bersama dengan stokis kesayangan saya. Stokis Best Winners Bukis Ubi, Kuantan...

Tuesday 17 June 2014

9 Tips Peniaga Yang Hebat!

1. Berfikiran Besar
Anda bukan sahaja memikirkan jualan anda, anda harus memikirkan untuk satu kumpulan. Anda harus menjaga hubungan rapat dan membesarkan rangkaian anda. Saya nasihatkan jika anda baru, janganlah anda hanya bergaul dengan salesman yang baru atau hanya berkawan dengan salesman dari syarikat anda sahaja. Anda buat kaji selidik sedikit siapa antara mereka yang mendapat jualan yang tinggi. Anda cuba dekati dia, berbual dan berkawan, tanya rahsia mereka dan buat apa yang mereka buat tetapi dalam skop produk anda.

2. Leverage on Your Established Customers
Tentulah ini yang paling penting iaitu membesarkan kebarangkalian pelanggan anda, besarkan pasaran anda setiap hari dan buat sekurang-kurangnya 5 pelanggan baru setiap hari. Jangan duduk disatu tempat sahaja, fikir-fikir dan terus fikir.

3. Fahami Pelanggan Anda
Walaupun ada banyak strategi pemasaran, mereka yang berjaya adalah mereka yang faham kehendak market. Tidak semua strategi boleh digunakan dengan berkesan. Lebih baik anda fokus dengan apa yang anda percaya… Lakukan sekarang!
salesman berjaya, top salesman, salesman yang hebat, sales & marketing

4. Kurangkan Berjanji, Lebihkan Memberi
Fikirkan apakah kebaikan yang mereka dapat jika bersama anda? …
‘Say only what you mean, and mean what you say’. Berikan yang terbaik kepada pelanggan anda..Insyaallah berjaya.

5. Pengurusan Masa
Jangan buat pelanggan anda menunggu, uruskan dengan terbaik masa anda. Jika anda berjanji untuk berjumpa, lakukan tepat pada masanya. Perkara ini adalah asas penting.

6. Perhubungan Baik dengan Rakan.
Tidak kira sama rakan atau pelagggan, anda perlu menyemaikan hubungan yang baik dengan semua.

7. Cari Cara Terbaik Servis Pelanggan.
Contohnya, kumpulkan semua tarikh lahir pelanggan anda. Sediakan kad selamat hari jadi untuk dikirimkan kepada mereka. Pasti pelanggan anda suka!

8. Believe In Your Product
Anda adalah orang pertama yang harus percaya terhadap perkhidmatan atau produk yang anda jual.

9. Perlu Mempunyai Proper Action Untuk Memastikan Pelanggan Anda Membeli.
Anda perlu faham perbezaan antara sale dan marketing. Marketing hanyalah info untuk mendapatkan sale. Berapa ramai pelanggan pun anda jumpa tetapi tidak menjual pun tidak guna juga kan
Nak banyak lagi??
SMS/Whatsapp 0139733779

Monday 16 June 2014

49 Tips Dari Usahawan Melayu Terkaya Malaysia

Hari ini saya nak kongsikan dengan anda 49 tips dari usahawan melayu terkaya di Malaysia iaitu Syed Mokhtar AlBukhary.  Harap ia dapat memberikan kita manfaat untuk diteladani.
 
usahawanmelayuterkaya2 |  49 Tips Dari Usahawan Melayu Terkaya Malaysia
Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu yang terkaya di Malaysia. Menurut Forbes beliau mempunyai harta bernilai AS$1.7 billion pada 2010 seterusnya menjadi orang kelapan terkaya di Malaysia pada 2010. Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1951 Beliau memulakan perniagaannya sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970.

Sunday 15 June 2014

Selamat Hari Bapa

14 Jun 2014 adalah hari bapa sedunia. jom sambut sama-sama!
Sebagai rakyat Malaysia memang kita kaya dengan budaya. Antaranya ialah sajak! Jadi... amati bait bait sajak ni ya ;)

Ayah Wiraku
(En. Mohd Faisal Bin Methlan)
Ayah...
Tiba-tiba hati ini teringat kepadamu
Masih terbayang-bayang wajahmu di mataku
Banyak sungguh kenangan indah bersamamu dulu
Pengalaman hidup dikongsi bersama tanpa mengenal erti
penyesalan
Itulah lumrah hidup seorang insan bernama ayah
Ayah...
Walaupun hidupmu tidak sesenang mana
Tapi mampu untuk memberikan yang terbaik untuk anak-
anakmu
Walaupun kutahu beratnya beban di atas bahumu
Namun tidak satu pun janjimu tidak ditunaikan
Ayah...
Dari pagi hingga ke senja mencari sesuap nasi untuk
keluarga
Menoreh, meracun, menebas, mencangkul itu mainan
saja
Hujan panas kau tempuhi jua
Asalkan anak dan isteri bahagia seadanya
Ayah...
Hari ini aku juga seorang ayah sepertimu
Baru mengenal erti kehidupan sebagai seorang ayah
Ayah kepada seorang putera dan puteri tercinta
Demi membela nasib diri, keluarga, agama, bangsa dan
negara
Ayah...
Aku bersyukur kepadaNya kerana dirimu masih di sisi
Sentiasa menemani disaat suka dan duka
Walaupun ayah kini sudah dimamah usia
Namun hatinya tetap muda menempuh segalanya
Ayah...
Aku sangat merinduimu tatkala kita berjauhan
Aku berjanji akan bersamamu selalu
Semoga Allah merahmati segala perjuanganmu dalam
membesarkanku
Dari dulu kini dan selamanya...

Tuesday 10 June 2014

Anak Degil!!??

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,
Satu soalan telah diajukan; degil ke anak saya yang baru 1 tahun 6 bulan yang tidak mahu mendengar kata bila dilarang? Orang keliling mengatakan dia degil. Dia juga suka merampas mainan kanak-kanak lain. Ibu kata tidak boleh garang dan marah anak. Namun, jika tidak marah, dia menjadi-jadi perangainya. Bolehkah dia dihukum dan bagaimana?

Anak baru satu tahun 6 bulan. Usia ini masih kecil dan yang paling ketara pada usia ini ialah anak-anak kecil dijadikan oleh Allah kuat ego centric. Maksudnya bukan dia ego, tetapi dia lebih fokus kepada dirinya. Mekanisma ini ada pada setiap manusia pada usia ini. Inilah cara Allah memastikan kemandirian manusia di dunia ini.

Monday 9 June 2014

KUAH ROJAK BUAH

Bahan-Bahan:
1.  2 paket cili sos.
2.  1 botol besar kicap jalen lemak manis
3.  10~15 tangkai lada kering ~disangai.
4.  3 sudu bsr petis.
5.  1/2 kg~1 kg gula pasir.
6.  1 cawan gula merah.

Cara masak:
- Cincang lada yang di salai dgn sedikit air.

- masukkan lada dalam kuali bersama semua bahan diatas.
- tunggu hingga mendidih @ sampai gula cair.

SIAP!!! enak di makan bersama buah-buahan

Group Meeting TP Pantai Timur Jun 2014

Bismillah...

Terima kasih kerana masih berkunjung.
Alhamdulillah hari ini saya masih mampu memberi nilai kepada orang lain.
Anda bagai mana?
Sihat?

Baiklah, pada minggu ini saya show off sahaja beberapa momen yang saya lakukan dalam minggu lepas

Sunday 8 June 2014

Kelebihan Produk Tupperware Jun 2014

Anda tidak akan tahu bila anda akan tersekat di dalam kesesakan lalu lintas atau tanpa akses air apabila anda bergerak! Berbaloi bila sentiasa mempunyai air minuman dengan anda di mana sahaja anda pergi, pastikan anda kelihatan hebat kerana anda mengambil terus meneguk dengan hip tumbler ini!
Dapatkan sendiri Hipster Pop High Handolier anda dengan kantung kini di RM48/ERM52.10

Biz Partner Di Cari!

Assalamualaikum semua!!

Yoshi punya customer dah makin ramai, 
so nak cari sesape yang mencari side income sebagai biz partner.
suri rumah ke, student ke, penjawat awam pun takpe~
asalkan suka online dengan fb. kalau ada yang lain2 cam twitter & instagram laaagi bagus.

korang just
~ Promosikan produk ~ Copy paste dan posting ~ Jawab PM

income korang boleh dapat
~ Untung Runcit ~ Bonus Bulanan ~ Cek insentif
~ Peluang Trip dan Kereta PERCUMA

Berbaloi-baloi kan??
TEL/SMS/WhatsApp 0139733779

Sunday 1 June 2014

Permulaan Jun 2014 Matlamat Ke Arah Pembukaan Stokis

Assalamualaikum,

Alhamdulillah...Mei telah pun berakhir. Puah hati sungguh bulan ini saya hanya fokus membantu orang lain. Sungguhpun begitu, rakan-rakan niaga saya dari seluruh Malaysia sangat membanggakan saya. Mereka dah mampu berdikari dan sekurangnya dalam keadaan saya terpaksa fokus kepada orang lain...
8 ribu dalam tangan!

Terima kasih banyak-banyak saya uncapkan kepada mereka-mereka ini~
Tanpa anda siapalah saya?