Wednesday 12 March 2014

TRANSFORMASI HIDUP LUAR BIASA

Hidup luar biasa bermakna hidup lebih dari kebiasaan atau boleh dikatakan hidup ekstreme. Orang yang memiliki hidup luar biasa akan menampilkan kesungguhan, kekuatan dan keceriaan mereka berlipat kali ganda dari orang yang hidup biasa-biasa apabila melakukan sesuatu perkara.

Bagi memudahkan anda memahami konsep hidup luar biasa ini, saya pecahkan hidup luar biasa kepada tiga bahagian utama kehidupan manusia iaitu minda, emosi dan tindakan.
 

Minda orang luar biasa amatlah berlainan dari orang biasa-biasa. Contoh, minda mereka telah dilatih untuk berfikir secara pro-aktif apabila berhadapan dengan cabaran hidup. Minda mereka tidak mengenal erti putus asa malah mereka akan mencari jalan bagaimana untuk menyelesaikan cabaran tersebut secara bijak dan aggresif. Berlainan pula dengan minda orang biasa yang hanya bergantung kepada kehidupan rutin harian, jika terdapat masalah hidup, golongan biasa ini akan cepat menyerah kalah atau lari dari tempuh masalah tersebut.
Secara ringkas, golongan minda luar biasa sentiasa berfikir berkali ganda cergas dan aktif dari minda orang biasa-biasa.

Emosi merupakan kunci kepada perwatakan diri manusia. Jika emosi berada dalam keadaan tidak stabil, seseorang itu akan mudah menjadi pemarah, pembenci, perosak dan berbagai lagi perwatakan negatif yang boleh timbul. Emosi harus dijaga dengan baik setiap masa. Bagi golongan orang luar biasa, emosi mereka sentiasa berada di tahap yang terbaik atau kata lain sentiasa positif. Tidak kira apa musibah yang menimpa, emosi golongan ini akan sentiasa bersyukur dan menganggapnya sebagai pengajaran hidup. Dengan mempunyai tanggapan ini, emosi mereka akan sentiasa berada dalam suasana tenang dan positif.

Akhir sekali ialah tindakan. Segala tindakan orang luar biasa akan berlipat kali ganda dari biasa. Jika diberi tugasan, mereka akan pastikan seluruh daya tumpuan dan tenaga akan diletakkan pada tugasan itu dan laksanakannya dengan berkali ganda lebih baik lagi dari kebiasaan. Akibat dari tindakan luar biasa ini, keputusan atau kejayaan akan dicapai dengan pantas malah keuntungan yang dimiliki akan berkali-kali ganda dari biasa.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih! ^_^