Kepercayaan diri yang terhad merupakan perkara yang kita percaya bahawa
potensi diri ini mempunyai batasan tertentu dalam sesuatu perkara. Kepercayaan
terhad ini mungkin terjadi pada diri dalam keadaan kita sedar ataupun tidak
sedar. Antara kepercayaan terhad yang seringkali kita dengari;
“Saya gemuk, tiada siapa yang ingin kahwin dengan saya.”
“Saya tidak mempunyai nasib yang baik (luck), sebab itu saya tidak
berjaya.”
“Saya tidak pandai macam dia, sebab itu saya tidak mempunyai
pekerjaan.”
Huraian ringkas, untuk pengetahuan kita bahawa faktor fizikal bukanlah penentu
jodoh perkahwinan kita. Perkahwinan lebih kepada persefahaman antara dua orang
yang bersetuju untuk hidup bersama yang bertukar menjadi ikatan yang halal
menerusi pernikahan yang sah. Ia membabitkan hati dan perasaan bukannya fizikal
semata-mata.
Nasib (luck), semua orang yang telah dicipta oleh tuhan dengan sebaik-baiknya.
Kesemua kita mempunyai kuasa untuk mengubah nasib kehidupan melalui usaha serta
tindakan dan insya-Allah nasib kita akan berubah menjadi lebih baik dengan izin
dari Allah swt. Ingat usaha dan tindakan yang tidak putus-putus merupakan luck
kita yang sebenar.
Manakala yang terakhir menceritakan kelemahan diri dari segi ilmu pengetahuan.
Setiap manusia mempunyai otak, jika otak ini dilatih dan dididik dengan ilmu
pengetahuan yang betul setiap masa sudah tentu tahap pengetahuan kita akan
berubah menjadi lebih produktif. Jangan salahkan otak yang tak pandai, tetapi
salahkan diri sendiri yang tak pandai mencari ilmu yang berguna untuk otak ini.
Bagaimana kepercayaan terhad ini terjadi?
Cara kita berfikir dan kepercayaan yang kita percaya mewarnakan visi dan
pandangan kita terhadap dunia. Dua perkara ini yang menentukan tindakan yang
akan diambil oleh diri kita. Pemikiran mempengaruhi perasaan manakala perasaan
mempengaruhi tingkahlaku. Proses ini akan sentiasa berulang-ulang melalui apa
yang difikirkan oleh otak, kerana kita perlu menerima apa yang difikirkan
dahulu sebelum ia berubah menjadi kepercayaan hidup diri kita.
Henry Ford pernah mengeluarkan satu ayat yang mengatakan “Jika anda fikir
anda boleh? atau anda fikir tidak boleh? anda betul!” Ia memberitahu kita
bahawa semua perkara terjadi bergantung melalui apa yang dipercayai oleh otak
kita tidak kira sama ada perkara itu baik ataupun tidak.
Jangan takut, kepercayaan terhad ini hanyalah satu permainan minda sahaja.
Secara hakikatnya kita tidak pernah mempunyai kepercayaan terhad di dalam diri
kita. Kita boleh melakukan apa sahaja yang kita inginkan jika kita membuat
keputusan untuk melakukannya.
Kesungguhan dan tekad merupakan kunci untuk mengubah kepercayaan terhad ini.
Jika kita mempunyai kesungguhan yang tinggi serta tekad untuk menghadapi segala
cabaran yang mendatang demi mengubah kepercayaan diri kepada yang lebih baik,
insya-Allah kita pasti akan berjaya melakukannya.
Dengan mempunyai kepercayaan diri yang tinggi, ia akan membantu menerokai
potensi diri kita yang sebenar. Melalui potensi diri, kita dapat mengubah nasib
hidup kita dari aspek kebahagiaan, kesihatan, kekayaan, kejayaan dan keberkatan
hidup.
syabas!!. penulisan yang baik dan sempurna
ReplyDeleteterima kasih sudi membaca. semoga bermanfaat kepada ramai orang :)
Delete