Monday 10 March 2014

Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah

Salam 1Malaysia.

Alhamdulillah, Sabtu lepas, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak telah merasmikan Jambatan Kedua Pulau Pinang, yang secara rasminya dinamakan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

Jambatan ini adalah satu titik pencapaian yang penting untuk Malaysia atas banyak sebab. Idea pembinaannya diilhamkan oleh Tun Mahathir pada tahun 1995. Ini disusuli dengan cadangan Tun Abdullah bahawa jambatan ini haruslah dibina di bahagian selatan Pulau Pinang agar ia dapat merangsang pertumbuhan ekonomi di negeri-negeri utara, terutamanya di Wilayah Koridor Ekonomi Utara.

Menerusi peningkatan sistem pengangkutan melalui jambatan ini, beliau percaya rakyat di utara tanah air mampu mengalihkan fokus ekonomi yang berasaskan pertanian kepada industri. Telah difahamkan sebanyak 65,000 peluang pekerjaan akan diwujudkan oleh projek-projek pembangunan di sekitar Jambatan Kedua ini.

Beliau berharap rakyat di Semenanjung Malaysia dapat mengambil peluang dari pembangunan yang dijana oleh projek Jambatan Kedua ini. Ia dibina untuk kesejahteraan anda; manfaatkanlah sebaiknya.

Anda boleh membaca tulisan saya mengenai Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di http://www.1malaysia.com.my/blog/jambatan-kedua-pulau-pinang/

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih! ^_^