Monday, 10 February 2014

Teknik Mencari Downline Dengan Cepat

Mencari downline yang ramai adalah sangat penting untuk berjaya sebagai usahawan MLM.
Dengan kemudahan internet hari ini, mencari downline tidak lagi terhad kepada kawasan setempat anda sahaja. Anda malahan boleh merekrut downline dari seluruh negara.
Apa yang hebat, dengan Tupperware Brands, anda boleh cari downline secara cepat dan banyak kalau kena caranya. Saya bukan cakap kosong kerana downline saya dalam Tupperware Brands sudah beribu orang. Terdapat juga beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk mencari downline. Ini hasil pengalaman sendiri dan juga pembacaan saya.

1. Anda boleh gunakan perkhidmatan iklan berbayar seperti Facebook Ads dan Google AdWords. Cuma anda perlu keluarkan sedikit modal untuk beriklan. Kalau guna Google AdWords, iklan anda akan keluar di muka depan carian Google setiap kali mereka "search" dengan perkataan perkataan yang anda beli dari AdWords. Cas bayaran adalah setiap kali ada pengguna yang klik pada link anda. Dengan Google AdWord, anda tidak perlu bersusah payah membuat blog dan sebagainya. Hanya sediakan link ke laman web atau blog yang anda buat. Cara ini kena ada modal tapi hasilnya pantas. Anda tak perlu update blog untuk capai senarai tertinggi dalam Google. Makan masa cara begitu, bukan tak boleh, tapi lambat



2. Ini cara tak perlu duit tapi perlu USAHA lebih. BUAT BLOG (macam saya buat ni). Kemudian sediakan link sebanyak yang mungkin di blog anda samada melalui link perkataan atau link gambar yang mampu menarik perhatian pengunjung blog anda. Bila ada ramai pelawat barulah ada kemungkinan yang tinggi untuk mereka lihat promosi anda. Lihat contoh blog ini sendiri. Ia bukan di buat sehari dua. Bukan sebulan dua. Ia mengambil masa yang lama. Contoh blog ni yang anda tengah baca nih.

3. Buka mulut dan cakap. Walk and Talk. Sembang di warung, di kawasan kejiranan, iklan di majalah, surat khabar, iklan di tempat awam, dan sebagainya. Hakikatnya, anda perlu berusaha keras untuk mencari downline. Tidak ada jalan mudah untuk senang. Itu hakikatnya. Janganlah anda mudah terpedaya dengan ungkapan manis "labur sekali untung berkali kali". Tidak ada benda semacam itu. Kalau ada kenapa mereka perlu buat benda sama berkali kali pada anda?

Kalau ada MLM yang cakap kerja mudah, senang jual, itu tipu. MLM adalah kerja yang banyak cabaran. Anda perlu gigih berusaha tanpa jemu untuk berjaya. Tanyalah mana-mana orang yang dah buat MLM. Lagi cepat anda dijanjikan kekayaan, lagi cepatlah syarikat MLM itu lingkup.

Tak kiralah Amway ke, Avon ke, Herbalife ke dan banyak lagilah. Mereka semua berdaftar dan berniaga secara jujur. Carilah syarikat yang berniaga secara jujur menjual barang, bukan menjual janji manis. Fikirkan lah. Contoh MLM hebat yang senang cari downline. MLM lubuk cari duit kalau kena caranya. Orang lain boleh takkan anda tak boleh?

Tak semestinya kena berhenti kerja pun.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih! ^_^